Hi semua! Hari ini hari pertama bulan Ramadhan. Ingin mencari destinasi berbuka puasa di bulan Ramadhan ini? Tetapi mahukan keunikan dan ingin merasai pengalaman baru?
Jom kita rasai pengalaman berbuka puasa secara ekslusif di restoran berputar yang terletak pada ketinggian 282 meter, dan juga merupakan antara restoran yang tertinggi di seluruh dunia!
Apakah restoran yang begitu unik itu? Tak lain tak bukan, sudah tentunya
Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur!
Sebut sahaja nama restoran ini sudah pasti ramai mengetahui bahawa restoran ini bukan calang-calang restoran. Ia merupakan restoran mewah dan ekslusif yang sering dikunjungi oleh VVIP di dalam dan di luar negara! Bukan sahaja itu, ramai juga memilih restoran ini sebagai destinasi makan malam romantis (romantic dinner) bagi menyambut ulang tahun perkahwinan.
Ruangan makan VVIP. Setting yang sangat eksklusif!
Dulu, dae pernah survey untuk candle light dinner di sini, tetapi harganya almost RM 300 per person!
Tetapi khas untuk anda, restoran Atmosphere 360 pada tahun ini akan mengadakan Buffet Ramadhan buat julung kalinya dengan harga yang sangat-sangat berpatutan!
HARGA BERBUKA PUASA DI
ATMOSPHERE 360, KL TOWER
Harga Buffet Ramadhan tahun ini ialah
RM 232 untuk 2 orang
Diskaun 50% untuk 30 tempahan pertama
Diskaun 40% untuk 30 tempahan seterusnya
Diskaun 30% untuk 40 tempahan seterusnya
Jadi seorang cuma perlu membayar RM 116 sahaja!
THIS IS INSANE! THIS IS SO WORTH IT! YOU BETTER GRAB IT NOW! I CRYYYYYY SEBAB HARGA DIA MEMANG SANGAT BERBALOIIIII.
Dengan harga RM 232 untuk dua orang, anda boleh dapat macam-macam hidangan! Apa yang penting ialah hasil jualan restoran ini akan didermakan kepada rumah anak yatim.
240 JENIS HIDANGAN YANG DISEDIAKAN
Menurut chef, pada tahun ini mereka akan menyajikan 240 jenis hidangan istimewa untuk anda!
Jom kita lihat apa yang akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2019 ini. Tahun ini konsepnya lebih kepada Melayu tradisional, tapi jangan bimbang, sebab memang macam-macam adaaa! Jom tengok apa yang disajikan
Sayur, ulam dan salad
Terdapat pelbagai jenis seafood...
Sushi!
Pelbagai jenis buah-buahan.
Kambing golek! Nyummyyy
Makan kambing golek mesti kena pair dengan nasi arab baru la ngam.. Sedaappppp
Ada juga sudut untuk vegetarian
Aneka kuih muih
Sate!
Udang, sotong, ikan bakar. Nyummmyyy
Eh banyak la makanan dia, tak terkira banyaknyaaaa dan jujurnya memang makanan dia semua sedap-sedap. Terbaikkkkk
Sambil makan sambil melihat pemandangan yang cukup indah di atas langit. Best sangat tauuuu I love it so much! Best ni kalau dapat berbuka dengan pasangan. Romantis sangattt
REDUCE FOOD WASTAGE CAMPAIGN
Tetapi jangan khuatir, meskipun mereka menyajikan 240 jenis hidangan, seiring dengan kempen “Reduce Food Wastage” maka tiada lebihan sisa makanan yang akan dibuang begitu sahaja. Mereka akan menyajikan hidangan mengikut jumlah booking pada hari tersebut. Oleh itu, anda digalakkan untuk book terlebih awal bagi membantu chef menganggarkan kuantiti yang perlu disediakan!
LIVE COOKING
Selain itu, pada tahun ini, mereka juga akan mengadakan Live Cooking di mana makanan akan disediakan berdasarkan permintaan pengunjung semasa berbuka di sana. Bukan sahaja anda berpeluang untuk melihat makanan dimasak secara live, malah anda juga dapat hidangan panas, “fresh from the oven” gituu di samping dapat mengurangkan pembaziran! Good job Atmosphere 360!
Jadi boleh pilih je nak suruh bakar kan apa. Dia boleh tolong bakarkan on the spot! Nak sotong? Udang? Semua adaaaa.
HALAL CERTIFIED RESTAURANT
Untuk pengetahuan anda, Atmosphere 360 telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan mereka turut mendapat anugerah BESS RESTAURANT (Bersih, Sihat, Selamat)
Jadi tak perlu bimbang sebab restoran ini memang terbaik!
Thank you kak Eliey sayang kerana menjemput Dae! Love you kak Elieyyyyyy, semoga dimurahkan rezeki!
KEMUDAHAN DI KL TOWER
Antara kemudahan yang disediakan oleh Atmosphere 360 ialah sudah pastinya tandas yang sangat eksklusifnya itu. Haha I love the toilet!
Selain itu, mereka juga menyediakan surau jadi anda boleh lah solat di surau yang disediakan.
KAUNTER ZAKAT
Apa yang lebih menarik ialah, pada tahun ini, pihak Atmosphere 360 telah mengambil inisiatif untuk membuka kaunter zakat di restoran ini sendiri, jadi sesiapa yang ingin menunaikan zakat boleh lah berbuat demikian semasa menikmati berbuka puasa di sini. Bagus kannn?
LIVE GHAZAL
Anda juga kini boleh menikmati makanan sambil disajikan persembahan Ghazal secara live!
SKYDECK KL TOWER
Sekiranya anda bukan seorang yang gayat, jadi anda boleh melanjutkan langkah anda ke Skydeck di KL tower dan ambil gambar posing maut begini!! Hahaha
So apa tunggu lagi, marilah kita berbuka puasa di Atmosphere 360 sekarang!!
atau hubungi :
Abdul Salam https://www.wasap.my/+60126604370
Bob https://www.wasap.my/+60126604373
Shikin https://www.wasap.my/+60126604375
Susan https://www.wasap.my/+60126202052
Boleh baca pengalaman saya sendiri berbuka di Atmosphere dengan klik link di bawah :
Berbuka Puasa di Atmosphere 360
Waktu malam memang sangat cantik berbanding siang bila lepak kat Atmosphere 360 KL ni
ReplyDeleteKannn 😍
Delete