Showing posts with label restoran best untuk berbuka puasa 2019. Show all posts
Showing posts with label restoran best untuk berbuka puasa 2019. Show all posts

Saturday, 25 May 2019

Berbuka Puasa di Atmosphere 360

May 25, 2019 1

Hi semuaaa! Apa khabar? Malam tadi dae baru je berbuka puasa di Atmosphere 360. 

Haa ingat tak haritu dae dijemput untuk review buffet ramadhan di Atmosphere 360, tapi dae pergi tu sebelum bulan puasa menjelang. Boleh baca di :


So kali ini, dae datang lagiiii untuk review bagaimana pula suasana Atmosphere 360 di bulan ramadhan. Dan kali ini juga, dae bawa keluarga sekaliiii. So jom kita tengok apa yang menarik di sini sepanjang bulan puasa.

INFO MENGENAI ATMOSPHERE 360

Masa operasi restoran Atmosphere 360 :
11.30 am - 11.00 pm

Masa operasi khas untuk buffet ramadhan :
6.30 pm - 11.00 pm

Alamat :
Restoran berputar Atmosphere 360,
Menara Kuala Lumpur,
Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur

Untuk reservation:

Hubungi 60320202121 atau klik link di bawah untuk ke laman web mereka 



CARA-CARA UNTUK KE ATMOSPHERE 360

Bagi mereka yang baru pertama kali di Menara KL, anda boleh la park kereta anda di parking yang disediakan.


Kemudian, anda perlu menaiki escalator ini


Setelah menaiki escalator, anda akan melihat kaunter yang berwarna ungu itu. Sebut sahaja nama yang telah digunakan untuk reservation, dan mereka akan memberikan tiket sebagai pass untuk menaiki lif dan juga mengandungi info nombor meja anda.


Tadaa inilah tiket dae. Jadi kita tunjuk je semasa hendak menaiki lift ke restoran Atmosphere 360!


Yeayyy sampai. Jangan risau, kalau anda rasa seperti sesat, boleh je tanya staff mereka kerana staff mereka sangat baik! 

Okay, jadi kenapa korang perlu cuba berbuka di Atmosphere 360? Haa jom baca review dae.

SUASANA EXCLUSIVE DI ATMOSPHERE 360

Sebut sahaja nama restoran ini sudah pasti ramai mengetahui bahawa restoran ini bukan calang-calang restoran. Ia merupakan restoran mewah dan ekslusif yang sering dikunjungi oleh VVIP di dalam dan di luar negara! Bukan sahaja itu, ramai juga memilih restoran ini sebagai destinasi makan malam romantis (romantic dinner) bagi menyambut ulang tahun perkahwinan. 


Memang tidak dapat dinafikan bahawa suasana di Atmosphere 360 kelihatan amat exclusive, relaxing dan romantic! Mereka berjaya menghidupkan suasana untuk tampak mewah. Pihak Atmoshere 360 juga telah memenangi pelbagai anugerah dan sememangnya mereka layak!


Bagi mereka yang berbuka puasa di sini, anda boleh menyaksikan sendiri matahari terbenam dari ketinggian 282 meter dan juga menikmati kecantikan lampu-lampu bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam.


Apa yang menariknya ialah kita berpeluang untuk menikmati juadah sambil melihat ke luar jendela pemandangan yang cukup indah. 


Tempat duduk kami. Yeayy sebelah tingkap!


I really really love the ambience. So exclusive, so romantic!

PELBAGAI JUADAH MENYELERAKAN 

Selain itu, antara sebab kenapa anda perlu berbuka puasa di Atmosphere 360 ialah kerana kepelbagaian juadah yang disajikan! Tahun ini sahaja, lebih 240 jenis juadah yang disajikan oleh chef!  

Dari masakan  Melayu tradisional, ke masakan barat, ke makanan Jepun, semuanya ada untuk bersesuaian dengan selera anda!





Kalau nak berbaloi, memang digalakkan untuk ambil oyster dan segala jenis seafood di sini banyak-banyak sebab dia mahal! Haha





Jangan lupa ambil Salmon juga! Sedapnyaaaaa


Selain itu mereka juga ada membuat sushi on the spot. Anda juga boleh meminta sashimi Salmon!



Nak makan mee pun boleh. Pelbagai jenis mee kita boleh request. Antaranya ialah mee sup, laksa dan lain-lain.


Nak lemang? Ketupat? Rendang? Pun adaaaa


Pelbagai jenis pilihan sayuran-sayuran.


Apa yang menariknya ialah di bulan puasa, mereka ada membuka satu booth lagi iaitu booth dessert. Sebab masa haritu dae datang sebelum bulan puasa, tak ada pula. Jadi ini merupakan satu keistimewaan tambahan khas untuk yang berbuka di sini.




Saje ambil gambar cheese ni sebab cantik! Macam dalam kartun tu hihi.

REDUCE FOOD WASTAGE CAMPAIGN

Meskipun mereka menyajikan 240 jenis hidangan, jangan bimbang kerana mereka telah mengadakan kempen “Reduce Food Wastage,” maka tiada lebihan sisa makanan yang akan dibuang begitu sahaja. 

Mereka hanya menyajikan hidangan mengikut jumlah booking pada hari tersebut. Oleh itu, anda digalakkan untuk book terlebih awal bagi membantu chef menganggarkan kuantiti yang perlu disediakan!

LIVE COOKING

Seiring dengan kempen "Reduce Food Wastage", antara usaha mereka untuk mengurangkan pembaziran ialah dengan mengadakan live cooking! So anda berpeluang untuk menikmati hidangan panas, “fresh from the oven”  di samping dapat mengurangkan pembaziran! Good job Atmosphere 360!


Di section Live Cooking ini, anda boleh pilih nak suruh chef masak on the spot mengikut pilihan hati anda seperti;

Grilled half baby lobster,
Salmon brick,
Marinated beef,
Marinated chicken drumstick,
and Sotong bakar! Nyummmyyy!


Masa kitorang tengah makan, tiba-tiba staff dia menghulurkan durian crepe untuk semua orang cuba. Wahhhh saya suka saya sukaaa


So jom makan banyak-banyakkkk!

LIVE GHAZAL


Sambil menikmati makanan, kita pun disajikan dengan live ghazal dan live performance yang merdu! Jadi memang best laaa, happening!

SURPRISE UNTUK ORANG TERSAYANG

Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat sambutan hari jadi secara percuma di Atmosphere 360! Cuma request sahaja kepada staff untuk buatkan kejutan, dan mereka akan membawa kek yang berlilin serta menyanyikan lagu birthday untuk orang tersayang.

Kebetulan birthday abah hari iniiii. So kita pun tumpang celebrate. Weehooo





Happy birthday abah! Abah pun tak sangka dapat cake dan di celebrate begituuu. Memang best la Atmosphere 360 ni, dia tak charge apa pun for that cake! Memang terbaikkkkk la diorang!

NIKMATI PEMANDANGAN KUALA LUMPUR YANG INDAH SECARA 360°  BERSAMA TERSAYANG


Seperti mana yang anda tahu, nama restoran ini ialah Atmosphere 360° kerana restoran ini boleh berputar sikit demi sikit. Jadi one moment anda sedang menghadapa menara berkembar Kuala Lumpur, the next moment anda sedang menghadap menara tertinggi di Malaysia iaitu Tun Razak Exchange pula!



Yang paling I enjoy di sini is definitely the view. Memang cantik dan romantic! 

HALAL CERTIFIED RESTAURANT

Untuk pengetahuan anda, Atmosphere 360 telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan mereka turut mendapat anugerah BESS RESTAURANT (Bersih, Sihat, Selamat)


Mereka juga telah memenangi pelbagai anugerah dan ternyata Atmosphere 360 merupakan antara restoran yang terbaik di Malaysia!

Jadi book sekarang semasa masih ada peluang untuk mencuba Atmosphere 360! Boleh lihat poster dibawah untuk rujukan.

KEMUDAHAN SURAU DI KL TOWER


Berbuka puasa di luar sudah semestinya agak rushing untuk solat tetapi jangan risau kerana pihak Atmosphere 360 ada menyediakan dua surau di tingkat yang berbeza!

PRAYER ROOM


Upper Ground Floor – Male (1) and Female (2)
TH 03 (Mega View Banquet Room) – Male /Female (1)


HARGA BERBUKA PUASA DI 
ATMOSPHERE 360, KL TOWER

Harga Buffet Ramadhan tahun ini ialah
RM 232 untuk 2 orang

Diskaun 50% untuk 30 tempahan pertama
Diskaun 40% untuk 30 tempahan seterusnya 
Diskaun 30% untuk 40 tempahan seterusnya

Jadi anda perlu menghubungi pihak Atmosphere 360 untuk mengetahui status diskaun semasa.



atau hubungi :

Thursday, 9 May 2019

PNB Perdana Hotel Buffet Ramadhan 2019

May 09, 2019 0

Hi koraaaannngggg. Masih mencari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan? Apa kata kali ini korang cuba pula berbuka puasa di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur! 


Pada tahun ini, mereka menampilkan kelainan untuk berbuka puasa iaitu dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan.



Jom kita lihat sekitar restoran di PNB iaitu Restoran Binjai


RUANGAN YANG LUAS DAN SELESA



Ruangannya luas dan anda boleh memilih untuk duduk di ruangan dalam ataupun di luar.

SEBANYAK 188 JENIS HIDANGAN YANG DISEDIAKAN


Bagi menyambut kedatangan bulan suci Ramadan untuk tahun ini,  Chef Amran Adnan selaku Eksekutif Chef di sini telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu istimewa yang hadir ke sini!

Para pengunjung pastinya akan berasa teruja dengan sajian menu tradisional melayu di Bazar Perdana sepanjang bulan  Ramadan. 


Apa yang menarik minat dae ialah Nasi Briyani Gam ini memang persis Nasi Briyani Gam di Johor! Jarang dapat tengok nasi briyani yang betul-betul di gam begini di KL!




Menarik dan sudah tentunya lazattt!

Antara signature dish yang ingin ditampilkan pada tahun ini ialah Sup Berempah Binjai, Kambing Golek,  Apam  Balik,  Satay, Aiskrim Goyang, Ais  Batu Campur  (ABC)  dan  juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai.



Kupang sambal bawang

Ikan tenggiri masak tauchu

Kambing opor bali

Sauteed veggie with mushroom





Yong Tau Fu pon ada tauuu! Besstttt






Aneka buah-buahan




Aneka kuih-muih




ABC dengan pelbagai topping menarik!

RUANGAN OUTDOOR DENGAN ANEKA HIDANGAN SERTA MENU SPECIAL : KAMBING GOLEK


Restoran 10 Binjai turut mempunyai ruangan outdoor yang juga menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik  buat  para  pengunjung  bagi  merasai  suasana  seperti  berada  di  bazar  Ramadan  yang sebenar. 


 Dae suka sangat konsep khemah lutsinar macamni. Cantik sangat lagi-lagi di waktu malam!




Di luar ini lagi macam-macam adaaaaa. Sate ada, roti canai ada, mee ada macam-macam ada! Sama seperti konsep bazaar tetapi lebih eksklusif!




Kambing golekkkk! Nyummy!




Selain itu, terdapat juga ruangan minuman yang pelbagai!







Boleh pilih nak air apa. Yang famous di bazaar boleh juga didapati di sini!






    Haaa, nampak tak betapa banyaknya I ambil untuk makan! Hahaha. Jangan risau, tiada sebarang pembaziran sebab makanan dia semua sedap-sedap! 


Untuk tempahan dan maklumat lanjut:- 

Restoran 10 Binjai 
Harga Promosi:  RM80.00 seorang 
Harga Biasa:   RM98.00 seorang 
Tel:      03-7490 3838  

Bagi mereka yang ingin melihat pemandangan Kuala Lumpur anda boleh menikmati buffet yang sama, tetapi istimewanya di tingkat 39 PNB Hotel KL!

Restoran 39       
Harga Promosi:   RM100.00 seorang 
Harga Biasa:     RM135.00 seorang 
Tel:       03-7490 3939  

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com



Selamat berbuka puasa dari saya dan chef guyss!