Hi semuaaaa.
Siapa di sini suka makan makanan yang berkonsepkan BBQ dan BUFFET? Korang boleh cuba BBQ Nation, Pavilion!
Pavilion? Gulp. Tak mahal ke harga diaaa? Haa.. Sebab tak mahal la dae nak cerita niiiii. Dahlah tak mahal, boleh makan ape sahaja dan sebanyak mana kita suka pulak tuuu. Make sure kalau nak try tempat ni perut korang betul-betul kosong!
Destinasi hari ini kita nak terjah :
BARBEQUE NATION PAVILION
Hello Pavilion!
Tadaaa dah sampai! My first impression was, wow, besar restoran ni!
Jadi serba sedikit info mengenai Barbeque Nation :
Barbeque Nation terletak di :
Level 9 Pavillion, di section ELITE
Dibuka pada :
Mon, Sun 12–3:30 pm and 6–10:15 pm
Tue-Sat 12–3:30 pm and 6–10:30 pm
Maksudnya, Barbeque Nation akan dibuka pada waktu lunch, sehinggu pukul 3.30 pm, dan akan tutup sementara untuk persiapan makan malam, then pukul 6 petang akan dibuka semula untuk dinner pula.
Ini merupakan branch pertama yang di buka di Malaysia! Tetapi seluruh dunia, ada lebih 100 branch dan kebanyakannya di India, manakala 2 buah restoran telah dibuka di Dubai! Wow menarikkk
While waiting for BBQ Nation to re-open at 6 pm, kita bergambar dulu, gittewwww.
Tepat jam 6 pm, mereka pun buka. Yahooo
Pemandangan di dalam Barbeque Nation. Amat luas!
Selain BBQ, korang juga boleh ambil apa jua makanan yang disediakan. Sebab ada buffet kannn. Antaranya ialah nasi, pasta, sup, salad, ehhh semua ada lahh senang cerita! EAT ALL YOU WANT AS MUCH AS YOU WANTTTTT! Bestnyaaaaa
Sebaik sahaja kita duduk di tempat kita, staff dia akan memasang alat untuk grill! Yeahh tak sabar nak memanggang!
Konsep buffet di sini ada dua ; satu barbeque which is the starter, another one is buffet, which is the main dish. Uniknya starter dia bermula dengan kesukaan ramai, BBQ! Dan lagi best, BBQ grill ni UNLIMITED.
Ini merupakan menu grill hari ini. Korang boleh pilih apa sahaja! Beza buffet di Barbeque Nation dengan BBQ buffet yang lain, di sini staff dia dah tolong grill 90% di kitchen, so kita cuma panggang je selebihnya ikut kesukaan kita!
Jadi, kita masak sekejap jela, more time to eat rather than wasting to grill. I suka cara ni sebab tak perlu buang masa untuk menunggu dia grill!
Tadaaaa dah siap pasang dan grill! Haha
Boleh request nak BBQ skewers apa. Nak udang? ayam? kambing? Semua bolehh. Bila kita request, staff akan bawakan yang dah siap masak 90% tu dan letak di atas tempat grill kita. So kita boleh teruskan memanggang ikut kesukaan kita.
Untuk makan dengan BBQ skewers ni, of course ada sos, barulah sedap untuk dicicah! Ini merupakan antara pilihan sos nya :
Mango sauce
Barbeque sauce
Mayonese sauce
Mango surprisingly sedap! Mango sauce dia basically macam mango puree tapi lg cair. Yang menariknya mango sauce dia menggunakan mango dari India yang rasanya manis dan berlemak. Korang mesti try okayyyyy
Memandangkan BBQ Nation merupakan makanan yang berkonsepkan BBQ dan buffet, jadi korang WAJIIB makan sepuas-puasnya
But before that, ada nampak tak bendera ni di atas meja? Okay bendera ni sangat penting ye! Selagi bendera ni berkibaran, staff akan letakkan makanan di atas meja korang sampaaaiiiii la korang dah surrender! Hahaha Let's seeee..
Haaa, staff dia memang akan datang dan serve BBQ skewers ikut apa yang kita nak.. Kita memang tak perlu susah-susah panggil dia, sebab dia memang bila tengok kosong je pinggan kita terus dia topup tanpa di minta!!
Tengookkk, staff dia datang lagi. Tak panggil punnnn. Pinggan kita dah kosong je terus dia tambahh.
Lagiiiiii. aaaa bestnya tempat ni, servis dia memang tiptop, dilayan macam rajaaaaa.
Okay selain BBQ grill, korang pun boleh menikmati makanan di bahagian buffet dia. Macam-macam ada! Nasi, pasta, sup, dessert, EH MACAM-MACAM LA ADAAAAA. Yang bestnya sebab semua ni included dalam harga BBQ dann buffet tuuu. So makan la sepuas-puasnyaaa!
Nasi pun adaaaa. Siapa yang suka beriyani memang heaven la makan kat sini sebab macam-macam jenis beriyani adaaa.
Kuah untuk beriyani pun ada pelbagai jenis. Pilih la nak mana pun.. Haha
Sup pun adaaaa
Selain tu, korang pun boleh custom request nak order apa. Nak pasta carbonara? olio? Order je apa yang korang nak! hihi
Kat sini memang ada macam-macam station, dan setiap station menghidang makanan yang berbeza!
Salad pun adaaaaa
Dessert pun adaaaa..
Yeay macam-macam adaaaaa
Balik semula ke tempat, staff dia tambah lagi makanan ke dalam pinggan kita. Hahaha Kalini staff dia hidangkan crispy corn which is among our favourite dish dekat barbeque nation. Jagung dia goreng bersama bawang dan rempah ratus yang pasti membangkitkan selera makan korang. Marvellous!!!!
Last but not least, roti naan pulakkkk. Dekat sini korang boleh order je roti nan and diorg buat on the spot untuk korang. Memang sedap sebab dia serve panas-panas roti naan ni! Rangup dan sedap utk dimakan begitu sahaja.
Rasanya duduk makan dalam ni je dah boleh naik 5kg! Hahahahaha tapi takpela, sekali sekala korang reward diri makan sepuas-puasnya, apa salahnya kann? hihi
Okayyy dah tak larat, kami surrenderrrrrr. Mulut masih mampu menerima sebab makanan dia memang sedap-sedap, tapi perut dan waistline seluar mengatakan "no more spaceeeee, terlalu penuh alreadyyy" hahahaha
Dah kenyang??? Haa bolehla start karaoke pulak. Hahahaha
HARGA BUFFET BARBEQUE NATION 2019
DEWASA
Lunch (Monday - Friday) RM 49
Dinner (Monday - Thursday) RM 59
Lunch (Saturday - Sunday) RM 59
Dinner (Friday - Sunday) RM 69
KANAK-KANAK RM 29
Untuk pengetahuan korang, memandangkan restoran ini terletak di pavilion, maka di satu sudut kecil di hujunggggg restoran ini ada bar kecil. Tapi, tiada sebarang minuman keras yang dihidangkan secara terbuka! Minuman keras hanya akan dihidangkan di atas permintaan sahaja. Lagipun, cawan yang kita gunakan pun berbeza dengan cawan yang menghidangkan minuman keras.
Tapi korang jangan risau sebab makanan dia tiada unsur yang meragukan sebab memang HALAL. In fact, rangkaian restoran ini memang halal di seluruh dunia. Alaa sama la macam restoran Chillis, makanan dia halal, tapi ada bar macam ni jugak..
As I said earlier, restoran in tersangat sangat lah besar, jadi korang boleh lah makan di section yang lain sebab dia ada banyak section untuk makan. Tak perlu lah makan di ruangan yang ada bar tu yeee. Banyak tempat lain untuk di makan
Overall, tempat ni memang terbaiklaaaaaaa. I memang recommend sangat korang datang sini sebab harga dia sangat-sangat murah, sangat-sangat berbaloi untuk makanan yang dihidangkan, serta layanan dan servis yang superb dan tiptop!
Because of that, I rate this restaurant ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future.
For more info :
Barbeque Nation Pavilion
Level 9 Elite Pavilion Mall
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel 03 - 2110 4311
In collaboration with @socialfoodmarketer
konsep dia menarik !! and nampak sooo classy. sedapnya tengok grilled chicken tu.
ReplyDeletelapar tengah2 hari ni.. x masak lagi =P