Review Ko Hyang Korean Food Midvalley

May 02, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. 

Mesti kat sini ramai peminat makanan Korea kan? Haaa so hari ni saje nak share review makan makanan Korea di Ko Hyang Midvalley. 

Restoran ni terletak di tingkat bawah sekali, dan terletak betul2 di antara deretan restoran yang menghubungkan Midvalley dan The Gardens. Turun je escalator The Gardens, dan anda akan melihat Ko Hyang terletak di sebelah kiri anda. 


Ini lah nama restorannya. Restorannya pon agak kecil la. Hanya boleh memuatkan dalam 20 orang dalam satu-satu masa. 
And itupon dah sempit sangat dah. Tapi takpe, kita try dulu makanan dia. Actually this is my third time datang makan kat sini, tapi memang dah lama tak makan di sini, and dulu memang sedap! So this time saje la nak try if diorang masih maintain. Haha

So ini ialah sedikit sebanyak menu Ko Hyang. Harga quite reasonable. Maybe murah sikit la banding restoran korea yang i pernah cuba sebelum ni.






Choices of air dia yang tak banyak tapi understandable sebab usually orang order Sikhye or Korean Aloe Vera.

So we ordered :

- Lamb BBQ 
- Ttuk Bulgogi
- Pa Jeon
- Tteok Bboki
- Korean Aloe Vera

* Mostly semua yang diorder including free side dish, soup and rice. Kena tengok di menu apa yang included dan apa yang tak.

So apa yang kami order sampai agak cepat. Dalam masa 10 minit meja dah penuh.

Pa Jeon (Seafood Pancake)


Tteok bboki (Spicy rice cake)


Ttuk Bulgogi (Sup daging la senang cerita)


Lamb BBQ


Gambar full meja lupa nak ambil sebab sibuk record untuk ig story hahaha. So ini ialah screenshot dari recording tu..

As I said earlier, this is my third time trying out this restaurant. First dengan second was really good, however, this time around, sedikit hampa la. Alahai time orang nak review pulak menghampakan haha. So to cut it short, below are the pros and cons okay..

Pros :
-Makanan sampai cepat gila
- Harga lebih murah banding kedai makanan korea lain
- side dish dia sedap
- Rice cake dia sedap tak kenyal sangat so tak penat mengunyah
- Air sedap
- Lamb BBQ is nice

Cons :
- Makanan agak tawar : seaweed soup tawar, pa jeon tawar and i prefer it to be crispier like how the Koreans do. 
- Ttuk bulgogi daging dia are in large chunks (like oh come on, is this the best you could do) but nasib baik sangat lembut
- Restoran agak kecil and cramped

So since it is my third time datang sini and baru lani rasa macam kurang sedap, so I assume probably tukang masak lupa letak garam kot. Hahaha. Since today time I nak tulis review pulak tak sedap makanan dia you can surely give it a try. Mana la tau the next time you datang, chef dia ingat letak garam kikiki

Cheers,
Miszdae

Related Post

1 comments

FOLLOW ME

submit a blog