Saturday 19 May 2018

Renew Passport di Putrajaya




Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Harini I baru je renew passport. Agak sedih juga sebab passport lama tu memang sangat berjasa. Actually expire bulan 12 ni, tapi memandamgkan next month nak fly lagi, so terpaksa renew sebab passport kalau lagi 6 bulan expired dah tak boleh guna. Kang takut tak lepas pulak masa di immigration nati. So better renew siap2.

This time, Dae renew passport di Putrajaya. After googling, below is the new address untuk JABATAN IMIGRESEN PUTRAJAYA

Tingkat 3,
Menara Ikhlas,
Persiaran Perdana, Putrajaya

Atau waze je Menara Ikhlas

Perjalanan dari rumah takdela begitu jauh. Dalam pukul 8.50 pagi dah sampai.






So inilah Menara Ikhlas. 





Haa tu dia Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya. Maaf la, banyak pulak pokok yang menghalang hahaha



Untuk buat passport, tak payah masuk ikut main entrance. Masuk je ikut pintu di sebelah tepi bangunan menara ikhlas ni. Nanti akan nampak macam ni. So ikut je orang-orang ni sebab semuanya nak buat passport. Or tanya je pakcik RELA tu (RELA kan tu? Huhu)



Inilah pintu masik di sebelah kirinya. Nampak tak i ,emang ikut je orang depan. Haha



Nanti akan nampak lift sejurus sahaja masuk pintu tadi. So korang masuk je lift tu and tekan Tingkat 3





Tadaa dah sampai. Ini la Jabatan Imigresen di Putrajaya. Looks new. 
Not bad. Selepas ambil nombor, my turn was 1064, and nombor sekarang ialah 1050. So dalam 20 min jugakla kena tunggu untuk giliran I pula.



Sekarang ni tak payah susah susah bawak gambar, or salinan fotostat ape2. Kalau nak renew, cuma perlu bawa passport lama je. Mudahkann?

So tiba giliran i, and dia minta passport lama dan IC je. Gambar pula dia akan ambil on the spot di kaunter tu. So sangat mudah..

Cuma ada benda yang perlu diingat la. Antaranya ialah :

- Tak boleh pakai tudung warna cerah. Pakai tudung warna gelap je
- Tak boleh pakai baju warna cerah
- Tak boleh pakai spek mata (semasa ambil gambar)
- Tak boleh pakai lens

Tapi kalau terpakai juga, don't worry, dia dah siapkan tudung dan coat hitam  untuk dipakai sementara ambil gambar.



Selepas dah settle urusan di kaunter, dalam 10-20 minit kemudian, nombor kita akan dipanggil sekali lagi. Tapi kali ni untuk membuat pembayaran passport pula. 

Harga passport yang terkini ialah :



RM 200 untuk 5 tahun bagi dewasa.
RM 100 untuk 5 tahun bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun

Murah dan mudah! 

Selepas dah membuat pembayaran, maka kita pon perlulah menunggu  selama sejam untuk dapatkan passport. Sebab tu la i pon rajin menulis tentang post ini sekarang, sebab tengah bosan menunggu. Hahahaha



Yeayyyy dah siapppp. Passport lama dia potong, so now kita guna passport baru je. Hehe.
Hope it helps. 

Di bawah ini link untuk sesiapa nak tahu cara buat passport untuk kali pertama :

Cara Buat Passport Kali Pertama

Love,
Missdae








3 comments:

  1. Ramai tak org??
    Pergi hari bekerja ke?
    Kaunter utk renew & buat kali pertama kaunter yg sama ke?

    ReplyDelete
  2. Mcm mna nk cek org tu dh pernah ada passport Malaysia..

    ReplyDelete