Thursday 12 April 2018

Trip Bajet ke Ho Chi Minh I - Bajet dan Itinerari

Assalamualaikum. 

Baru-baru ini saya telah ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 4 hari 3 malam dengan bajet sebanyak RM 369 sahaja untuk seorang, TERMASUK tiket penerbangan, hotel, dan pengangkutan.

Selama saya di Ho Chi Minh, antara aktikiti yang saya dapat lakukan ialah Mekong Delta Cruise, Cu Chi Tunnel dan melawati sekitar bandar HCM iaitu seperti War Remnant Museum, Saigon Central post Office dan lain-lain.

*Bajet tidak termasuk makan dan shopping sebab ikut nafsu makan masing-masing la kan hihihi.
*Rate yang saya dapat ialah 1,000,000 VND = RM 173
Berikut merupakan ringkasan kisah perjalanan saya.

       Day 1 (22/2/2018)
Tiba di airport pada pukul 5.30 pm

Naik bas 152 untuk ke bandar Ho Chi Minh pada pukul 5.40.. Bas dia berwarna hijau dan putih.. Harga bas 5000 VND seorang.


Sampai di pasar Benh than pada pukul 6.20 pm. Singgah di sebuah Travel and tours untuk membeli pakej Mekong Delta Cruise, 1 orang 300,000 VND.
Kemudian, makan malam di restoran Hajah Basiroh

      Day 2 (23/3/2018) MEKONG DELTA RIVER CRUISE
Pukul 7.30 bertolak ke Mekong River cruise dgn travel tours yang telah ditempah semalam. Dia ambil dekat hotel kita.. So kita tunggu je van dia datang, senang.

Memang best join untuk pergi Mekong Delta River Cruise ni. Ala yang fengfeeling naik sampan tuuu. Hihi. So untuk ke kawasan tu, kena naik bot dulu la
Masa naik boat tu kita siap dijamu dengan air kelapa. Best gilaa
11.15 tiba di kilang gula gula kelapa
11.30 naik kuda padi
11.40 lalu di pasar basah dia and naik boat untuk ke pulau unicorn
12.00 singgah minum madu
12.20 makan tengahari dan solat
1.20 naik boat
1.26 singgah di sebuah tempat untuk makan buah sambil mendengar alunan muzik.
2.00 Akhirnya naik sampan. Sekejap je 15 min camtu haha
4.30 Singgah kilang jual tudung, baju dan lace
5.15 depart to HCM again



Semua ni included dalam tour, termasuk makan tengahari, makan buah, air kelapa, transport dan lain2. So senang kita takyah pening2.

Balik tu dia hantar kita ke pasar Benh Thanh. So kita jalan2 di Malaysia street yg berdekatan Benh Thanh utk cari pakej Cu Chi Tunnel yang paling murah pula. So dapat 260,000 VND.

      Day 3 (24/3/2018) CU CHI TUNNEL
07.40 Tunggu depan hotel siap2 lepas breakfast untuk diambil oleh Tours untuk ke Cu Chi Tunnel.

0930 singgah kilang buat handicraft by handicap. Around 20 mins kt situ pastu bertolak ke Cu Chi Tunnel

10.15 sampai. Masuk tunnel, dan kemudian dijamu untuk makan kayu ubi, untuk kita merasai zaman ketika peperangan dulu.
12.30 balik. Makan di Halal Amin restoran.

     Day 4 25/3/2018 
HO CHI MINH CITY TOUR BY WALKING
Jalan-jalan sekitar Ho Chi Minh City. Antaranya ialah :

1. Independence Palace
2. War Remnant Museum * 40000 VND
3. Saigon Notre Dame *free
4. Saigon Central Post Office *free
5. Ho Chi Minh Mosque *free
6. Museum of Fine Arts Ho Chi Minh
And some other places.




Ada yang kami masuk and ada yang tak sebab tutup, and ada sebab tak sempat, banyak sangat nak cover hehe. Tapi jarak antara tempat menarik ni dekat-dekat so boleh jalan kaki je senang. Lagipun best jalan di negara orang dengan berjalan kaki. Sebab rasa macam kita dapat tengok sendiri suasana di sana bagaimana. Lagipun saya memang suka berjalan, untuk exercise. Hihi


That night, kami naik bas 109 (20000 VND) untuk ke airport semula sebab flight kami pagi esoknya. Yela risau juga kalau tetibe takde bas ke apa en pastu tertinggal flight. Uish takutnya sbb sy esoknya kerja hahaha so mmg taknak tertinggal flight.

Saya google untuk hotel di airport and ada terjumpa yg sleeping pods yang macam capsule tu ada disediakan di airport so bayar ikut jam je. Yela teringin nak rasa tidur di capsule tu sebab sy baca baru lagi features tu. Tapi bila sampai emmm takde pon. 



       Day 5 26/3/2018 Flight pulang ke Malaysia 💕
*Tiket flight Air Asia pergi balik termasuk luggage 25kg untuk balik = RM 157 (beli time promo)
*Hotel = RM 106.50 (untuk 4H 3M)
* Mekong Delta Cruise 300,000 VND (RM 52)
* Cu Chi Tunnel 260,000 VND (RM 45)

NOTE :

1. Nak makan halal, tak perlu risau sebab ada Malaysia Street berdekatan Pasar Benh Thanh. Kat satu lorong tu, memang penuh restoran halal. Dan ada juga restoran2 halal ni yang menawarkan pakej dan tour balik hari yang murah so boleh pilih mana2 nak.
2. Makanan halal di vietnam agak mahal. Satu pinggan range harga around RM 14 untuk makanan bergoreng. Kalau ambil nasi putih dan lauk lagi mahal. Disebabkan makanan dia mahal, jadi saya banyak save sebab ambil hotel yang ada breakfast, dan ambil tour yang sediakan lunch. Senang
3. Setiap malam di Malaysia street, automatic akan jadi happening. Sebab waktu malam, peniaga2 akan buka tikar dan jual lambak tudung Neelofa, Bokkita, Duck, telekung Siti Khadijah dengan harga RM 10, RM 15, RM 50. Bukan nak promote, tapi itu realitinya... So pada yang suka shopping, boleh la bawak duit shopping banyak sikit.
4. Malaysia street terletak betul2 bersebelahan Benh Thanh jadi senang cerita nama kawasan dia Benh Thanh la hihi.
5. Saya sarankan, cari hotel berdekatan Benh Thanh, although agak bising sebab ramai orang Malaysia, tapi bagi saya senang sebab walau camne pon kita tetap akan ke pasar benh thanh untuk makan dan shopping.
6. Mesti cuba kopi vietnam. Terbaik!
7. Saya dapati ada benda yang murah di bayar dengan dong, dan ada yang murah dibyar dengan duit RM. So sebelum bayar better tanya dua-dua harga terus. haha

12 comments:

  1. Assalam..bokeh bgi nama travel agent utk ke delta mekong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD DEENI TRAVEL & TOURS SDN BHD

      Delete
  2. boleh tau x sis ambil travel agent ape nie yer??sb harga pakej murah sgt....

    ReplyDelete
  3. Apa nama hotel yg u duduk kt sana ye?

    ReplyDelete
  4. Kat Mana sis beli pakej Mekong Delta river cruise?? Pls reply me urgent . Saya nk ke HCM next week

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saf Az pegi bila? ktorang pun nextweek ke sana.

      Delete
  5. sis nak tanya, beli pakej Mekong Delta River Cruise tu kat Vietnam or tempah dari Malaysia? Apa namanya eh?

    ReplyDelete
  6. Boleh pergi ke FB PAGE Ad deeni Travel

    ReplyDelete
  7. Hi , boleh share contact Number or nama agent ? pls whatapp me 0198856340

    ReplyDelete
  8. Trip ke Ho Chi Minh - Dalat - Mui! ✈ Hanya RM1500/pax (fullboard) pada 2-6 Jun 2020. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk pertanyaan lanjut boleh ws 📲 018-9581995 atau email 📩 najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete
  9. What activities come into your mind when you think of Boston? boston activities is home to many tourist spots that can capture your interest. These places are good for your family to just go and unwind. One such place is The Boston National Historic Park.

    ReplyDelete