Saturday 28 October 2017

MEDINI'S BARBEQUE RESTAURANT


Assalamualaikum.

So harini I makan di sebuah restoran yang diberi nama Medini's Barbeque Restaurant. Kalau tengok dalam Facebook dia, ini merupakan restoran halal korean BBQ. Wow macam menarik! Yela sebab I suka nak try tempat best makan makanan korea yang halal ni. So jom cuba!

Lokasi restoran ini terletak di Ukay Boulevard ye.. Mudah je nak cari kalau ikut Waze. Hihi



Bila kali pertama melangkah masuk ke restoran ini, personally I think not bad la arrangements and layouts dia. Quite nice. Cuma korang perlu tahu bahawa ini adalah kedai BBQ, so dalam restoran itu sendiri, jujurnya agak berasap la.

Kami disambut oleh staff yang agak ramah, so first impression, okay not bad. Yela first impression tu kan penting. Haha







Ada pelbagai variety dan mostly memang barbeque la. Dia punya barbeque set ada banyak jenis, boleh pilih  nak 2 pax, 4 pax, 6 pax, buffet dan sebagainya.



Tapi kalau korang sejenis yang tak makan banyak, (i honestly memang makan banyak tapi since i tengah tak sihat so tak berapa selera), ade jugak  set untuk 1 pax, dan apa yang lebih menarik ialah, harga dia sangat murah dan berbaloi! Anda boleh pilih samada nak ambil beef set, lamb set or seafood set, dan harganya cuma RM 18.90 seorang sahaja! Apa yang lebih best ialah, setiap set yang kita order tu sudah termasuk nasi dan chinese tea.

So I pon order 1 lamb set dan 1 seafood set. Setelah selesai mengorder, nanti akan ada satu staff yang akan bawa batu arang yang sudah panas (betul ke bm i ni) dan staff yang lain akan bawa set yang kita dah order. Fuhhh. Itu pon dah penuh meja. So waiting time is very minimal, so okla. About 10 minit je duduk dah sampai semua benda. Nasib servis tak slow kalau tak silap-silap darah ni yang terbakar sebelum bermulalah proses membakar. Hahaah okay just joking.



Honestly I terlupa nak ambil gambar makanan so ini adalah screenshot dari video yang i rakam. Hahahahaha maaf yeee


Ulasan : Sejujurnya, I tak nampak pon ape kena mengena dengan korea. Cuma tadi ternampak meja sebelah ade kimchi je. Hahahahaha. Rasa okla not bad, cuma kalau diperap macam di Seoul Garden I think would be better. The price is good, just imagine, makan 2 orang RM 37 jeee. Service is good, overall I think it's decent la.

So kalau korang nak try, boleh la check FB page diorang or pergi terus ke restorannya.

Medini’s Barbecue Restaurant

No 2, Ukay Boulevard, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang
Business hours: 12pm – 11pm
Tel: 03-4101 9018

1 comment: