Thursday, 23 November 2017

Review NASI LEMAK TEPI JALAN 1996 CHERAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Apa khabar? Harini Missdae nak share sesuatu yang baru I nak cuba, padahal setiap hari lalu area tu. Hihihi

So ceritanya, kali ni nak try makan Nasi Lemak Tepi Jalan. Perghh nama klasik betullll. Orang kata kedai ni famous dengan Nasi Lemak Lobster. haaaa kelas uolsssss. Kalau nak try nasi lemak yang rare, saje untuk tukar selesa and nak cuba, boleh try datang sini la katanya.

So jom kita pergi kedai dia duluuuu.

Lokasi: D1-28-G, Block 7 Jalan Dutamas, Taman Dutamas, Balakong, Cheras (berdekatan Jusco Cheras Selatan
sebelum Columbia Asia)


Semasa tiba di lokasi, benda pertama saya terfikir, ohhh takdela tepi jalan macam gerai-gerai tuuuu. So far nampak kedai yang proper la, ada banyak kerusi meja yang disediakan.


Dekat banner tulis waktu operasi dia dari

ISNIN - JUMAAT
11 PAGI - 12 MALAM

So macam wow nasi lemak start pukul 11 pagi. Haha.


Bila masuk je dalam, okay not bad, style ala-ala hipster. Nice and comfortable.



So ada tempat yang disediakan untuk beratur. Konsep dia ialah order di kaunter apa yang kita nak makan. Dia siapkan on the spot. Cuma air je dia akan datang ke meja untuk ambil order.



Menunggu dengan kesabaronnn. Hahaha. Tapi okla servis dia cepat la sebab semua dah tersedia ada kan so dia letak je kat pinggan.



Pada mereka yang nak makan Nasi Lemak Lobster, korang boleh pilih atau dorang yang tolong pilihkan freshhhh dari... aquarium. Hahaha. Tapi tengok aquarium dia pon bersih so oklaa.


Sooo cuteeeeee



Haa ni orang tu saje pegang nak bagi kat ada budak tu, tapi budak tu takut. Hahaha


Simple interior designing but nice


Sepanjang menunggu tu, dia ade la tampal menu-menu so kita boleh la fikir nak makan apa. Yela, soalan "nak makan ape" tu kan amat susah untuk dijawab. Hahahaha



Bila tengok tanda X besar ni teringat cerita P Ramlee. Hahaha. Okay tu tandanya dah habis stok yeeee. Yang lobster small tu rasanya crayfish je kot sbb kecik.



Set ketam pon ade tauuuu



Tengok rata-rata orang memang akan order set lobster ni lah yang berharga RM 45.00 ni. Dorang sanggup la menunggu untuk lobster ni dimasak terlebih dahulu.



Pada yang rasa lobster tu a bit heavy, boleh la try nasi lemak kerang. 



Kalau hanya sekadar nak makan nasi lemak time malam, boleh la order nasi lemak biasa. Hahaha 
Harga RM 3.50

So saya dah try dah makan nasi lemak ni, jadi ini review saya.

Kelebihan

Makanan : 
Sedap, not bad
Persembahan plating : 
okla, just nice la
Harga : 
Berpatutan (Ramai kata harga lobster tu mahal, tapi i tengok, mahal pun tetap ramai jugak gigih menunggu, so maybe reasonable la kotttt. Lagipun dia pon ade offer juga lobster kecil harga RM20 kalau rasa lobster besar RM 45 tu mahal)
Surrounding : 
Kemas dan teratur
Pekerja : 
pandai cakap terima kasih dan baik
Lokasi : 
Mudah untuk dicari
Kemudahan : 
Boleh ambil air masak free di mesin

Kekurangan

Makanan : 
Ada menu yang dah sold out. Sepatutnya boleh expect la customer ramai, so kena la order banyak sikit bahan mentah. Ni banyak menu dia dah ada tanda X sebab tak available. Kadang orang cuma nak try je dalam kuantiti sedikit (contoh nasi lemak lobster adik yg harga RM 20) tapi disebabkan takde dan dah sold out, terpaksa la order yang saiz besar.
Kebersihan : 
I tengok kat plak tu gred kebersihan kedai ni B

So far tu je review saya. Sesiapa yang nak try boleh ke

Lokasi: D1-28-G, Block 7 Jalan Dutamas, Taman Dutamas, Balakong, Cheras (berdekatan Jusco Cheras Selatan
sebelum Columbia Asia)
Operasi: Isnin - Selasa 11 tengahari – 12 malam
Hubungi: 017-6328772









No comments:

Post a Comment