Sunday 11 June 2017

BACKPACK EASTERN EUROPE MURAH : BUDGET DAN ITINERARY RM 2965

Assalamualaikum dan hi semuaaaa.

Dah lama Miszdae tak update, tapi nak share, baru-baru ini, saya baru pulang dari Eastern Europe pula. Hihi. 

Awal tahun pergi Europe dengan bajet RM 2889 All in, kalau nak baca, boleh klik link di bawah :


Kali ni, saya nak share bahawa saya baru sahaja pulang dari menjelajahi 6 negara Timur Eropah dengan bajet RM 2965 All in ye dengan tiga orang rakan backpack yang lain. Maksud saya all in sudah termasuk tiket penerbangan, kos pengangkutan sepanjang di sana, tempat penginapan, sewa kereta, tol, minyak! 

Yang tidak termasuk dalam bajet di atas hanyalah makan dan souvenir sahaja! Jika anda mahu tahu keseluruhan bajet saya termasuk makan dan souvenir, GRAND TOTAL yang saya spend untuk trip ini ialah RM 3374.50

Berikut merupakan route saya :



EASTERN EUROPE TRIP (2nd May – 11th May 2017)
KUL – TEHRAN, ---> ISTANBUL, ---> PRAGUE, ---> VIENNA, AUSTRIA --->
ZAGREB, CROATIA --->  DUBROVNIK, CROATIA --->
MOSTAR, BOSNIA ---> SARAJEVO, BOSNIA ---> TEHRAN, IRAN ---> KUL

Sebelum tu, nak bagi teaser sikit la hehe.



My second visit in Istanbul. Haritu musim sejuk, ni musim tak sejuk pulak!



Charles Bridge, Prague. Famous dengan jambatannya yang romantis. Mungkin boleh honeymoon sini. Gitchewwww




Vienna, cantik!



Zagreb, Croatia





Dubrovnik, Croatia. Memang sangat-sangat recommend sebab cantik! Juga pernah menjadi tempat penggambaran Game of Thrones!



Minum coffee depan apartment kami di Dubrovnik. Time ni belum bulan puasa lagi ye! Huhu




Cantik sangat Dubrovnikkkkkk






Mostar Bridge di Bosnia & Herzegovina. 




Kravica Falls di Bosnia & Herzegovina

Kenapa kami memilih route ini? 


1. Kerana setelah disurvey, kami mendapati, deal termurah daripada Istanbul untuk ke negara Timur Eropah ialah ke Prague.

2. Untuk pulang pula, kami mendapati bahawa untuk ke Tehran, Iran daripada negara-negara Timur Eropah yang disebutkan tadi, lebih murah daripada Sarajevo, Bosnia. 

Oleh itu, kami terpaksa merangka route perjalanan yang bermula dari Prague, dan berakhir di Sarajevo. Tempat kami pergi ialah semua 'along the way' daripada Prague ke Sarajevo. 

Tetapi, tujuan utama saya nak sangat pergi Eastern Europe ialah kerana saya sukakan kelainan! Yela, kita dah pernah tngok negara-negara Eropah barat seperti London, Paris. Tak ramai Malaysian yang pernah teroka Eastern Europe, kalau ada pun, memang tak banyak sumber rujukan. So saya ambil peluang ini untuk challenge myself. Niat saya travel sebab nak mudahkan anda semua untuk rujuk di kemudian hari :)

1. VISA


Tiada sebarang visa yang diperlukan untuk ke negara-negara dalam route saya berikan tadi.

2. ITINERARI 

Sudah tentu  dalam setiap perjalanan backpack, saya merupakan mastermind dalam planning itinerary. Di bawah ini merupakan itinerari yang telah saya siapkan sebelum kami ke sana. Sila klik di gambar untuk membesarkan gambar.










Seperti yang dinyatakan di dalam itinerari, bajet dari segi penerbangan, tempat penginapan, sewa kereta, dan pengangkutan berjumlah RM 2713.44. Sudah pastinya apa yang telah dirancang pasti akan berubah di hari sebenar! Jadi, anda perlu membawa duit lebih dan juga duit emergency (PENTING!) kerana kita tak tahu apa yang bakal terjadi di negara orang!

Ya, saya memang bawa duit lebih, tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa Eastern Europe jauh lebih murah berbanding Western Europe (London, Paris & lain-lain) terutamanya dari segi makanan! Bayangkan, satu pinggan nasi yang portionnya untuk 2 orang boleh didapati dengan harga € 4 sahaja! Jika dibandingkan dengan western Europe di mana rata-rata hidangan untuk portion 2 orang berharga € 10.


Makanan yang berharga € 4. Murahhhhh



Apa yang lebih best, rata-rata orang Croatia dan Bosnia sangat baik! Sebagai contoh gambar di atas, saya tidak pasti sama ada dia hanyalah pelayan atau manager, tetapi dia sangat berbaik hati untuk membelanja kami desert dan beberapa side dish yang lain. Terharu sangat. Alhamdulillah




Desert sedap, lagi-lagi sebab percuma! Huhu


Ini contoh harga roti di Bosnia. 1.00 KM = € 0.50. 
Ada roti yang berharga hanya 0.20 KM = € 0.10 sahaja!

Tetapi, tidak dapat dinafikan kami dapat jimat banyak kerana bawa makanan sendiri dari Malaysia. Sebab apa? Sebab negara-negara seperti Prague, Vienna, agak sedikit sukar untuk mencari makanan halal. So, better bawa siap-siap je.

2. TIKET PENERBANGAN

Seperti yang ternyata di dalam itinerari, berikut merupakan jumlah kos penerbangan bagi seorang :

  1. AIR ASIA (KUL- TEHRAN-KUL)                        RM 614.50
    PEGASUS (TEHRAN-ISTANBUL)                      RM 376.50
    PEGASUS (ISTANBUL – PRAGUE)                  RM 251.00
    PEGASUS (SARAJEVO - TEHRAN)                 RM 575.50


    TOTAL FLIGHTS = RM1817.50      
Saya telah menempah tiket di laman web Pegasus. Boleh klik link di bawah untuk menempah tiket :



Sekarang ni mudah je, tak perlu beratur panjang-panjang untuk dapatkan tiket. Guna mesin je senang!




Ini merupakan backpack yang saya bawa. Saiz 40 L kot tak ingat dah. Tapi betul lah orang kata yang Air Asia dah semakin strict. Sebab semasa kami pergi tu, dia nak timbang bag semua orang. Mesti tak lebih 7 kg. Tapi kalau lebih sikit tu dia halalkan je cuma jangan obvious sangat laaa. Bag camni pun lepas untuk naik Pegasus. Don't worry


3. PENGANGKUTAN DARI NEGARA KE NEGARA LAIN

Selain penerbangan, kami telah menggunakan dua jenis pengangkutan untuk bergerak dari satu negara ke negara yang lain sepanjang di sana; bas dan kereta.

BUS

Sepanjang perjalanan dari Prague ke Zagreb, kami telah menggunakan bas untuk menghubungkan dari satu negara ke negara yang lain. Berikut merupakan harga tiket bas yang telah dibeli :


FLIXBUS Prague-Vienna                                RM   85.75
FLIXBUS Vienna – Zagreb                              RM 109.70


TOTAL FLIXBUS = RM 195.44


Tiket ini boleh dibeli di internet sahaja. Boleh klik link di bawah untuk menempah tiket :


Kalau nak tahu cara book Flixbus boleh klik link di bawah :




Inilah FLIXBUS yang kami naiki




SEWA KERETA / CAR RENTAL






Harga sewa kereta ialah € 404 untuk 4 orang selama 4 hari dan boleh cross country (Seorang hanya  101 = RM 482 dan sudah termasuk insurans). Seperti yang saya katakan tadi mengenai cross country, kami menyewa kereta bermula daripada Zagreb, Croatia dan memulangkannya di Sarajevo, Bosnia.

Boleh book dari Malaysia di laman web berikut :


Tol kesuluruhan berharga RM 40 seorang, manakala minyak RM 94.50 seorang! Jadi, saya amat menggalakkan anda menyewa kereta kerana kita tidak begitu rushing, dan boleh enjoy the trip better la.

4. PENUKARAN MATA WANG

Memandangkan itinerari telah pun siap, maka, saya dapat menjangka berapa jumlah yang perlu di bawa sepanjang trip ini. Seperti tiket penerbangan, saya telah menempah dan membayarnya dari Malaysia. Oleh itu, RM 1817.50 duit tiket penerbangan telah settle. Saya turut menempah tiket FLIX BUS yang berharga RM 195.44 dan turut membayarnya di Malaysia juga.

Jadi total yang telah saya bayar di Malaysia ialah RM 2012.84.

Meskipun bajet saya di dalam itinerari ialah RM 2713.44, TETAPI, sekali lagi saya ingatkan, sudah pasti anda PERLU MEMBAWA LEBIH! Hal ini kerana, di dalam itinerari saya, saya tidak memasukkan bajet untuk makan, minyak, tol dan souvenir. Disebabkan itu, saya telah menukar duit sebanyak RM 1400 kepada Euro, manakala RM 100 kepada Turkish Lira. Jadi total duit yang saya tukar dan bawa ke sana ialah RM 1500.

Kadar mata wang sekitar April - May 2017 :

 1 Euro = RM 4.76


5. TEMPAT PENGINAPAN

Memandangkan trip kali ini lebih ramai, jadi saya telah memilih untuk menginap di apartment pula. Selama ini tidur di hostel kerana jumlah rakan backpack sedikit, jadi tidak berbaloi untuk menginap di apartment.
                                                     (Harga 4 orang)   (Harga 1 orang in RM)  
          Bright Apart, Istanbul                   €25              RM 30.00
     Apartment Status, Zagreb          €50               RM 60.00
          Villa Kukuljica, Dubrovnik            32              RM 38.25        
          River Apartment, Mostar             32              RM 38.25
          Rooms Mahala, Sarajevo            23              RM 28.75

TOTAL  SEORANG     RM 195.25

Berikut ialah review saya mengenai setiap apartment :

Bright Apart, Istanbul   


Harga RM 120 semalam, dibahagikan kepada 4 bersamaan RM 30 seorang.

Rating dari Booking.com --> 8.7

Kelebihan :

- Ada dapur, so boleh masak
- Ada disediakan kuali, periuk, pinggan, mangkuk
- Selesa
- Ada disediakan sabun mandi, shampoo
- Ada wifi. Penting!
- Owner friendly gilaaaa

Kekurangan :

- Jauh dan tersembunyi. Perlu bertanya orang untuk cari apartment ni.
- Owner tak pandai cakap English, tapi nasib anak dia tengah cuti. Kalau tak cuti??? Haha

Link untuk book apartment ini : Booking.com - Bright Apart


Apartment Status, Zagreb







Rating dari Booking.com : 9.7

So far, apartment paling best, paling cantik yang kami duduki.

Kelebihan :

- Ada dapur so boleh masak
- Ada disediakan kuali, periuk, pinggan, mangkuk
- Selesa
- Ada disediakan sabun mandi, shampoo
- Ada wifi. Penting!
- Owner friendly gilaaaa. Sanggup tunggu even kitorang sampai lambat dari yang dijangkakan
- Dapat free gift dari owner, botol arak. Haha tapi of course tak minum
- Ada washing machine!


Kekurangan :

- Tak tahu la sebab kitorang or apa, tapi asyik elektrik kena tendang. I mean, macam blackout tu. Entah panggil ape tah. Cuma maybe sebab kitorang guna banyak benda serentak, sebab tu jadi camtu kot. Hahaha
- Sama jugak. Owner tak pandai cakap English, tapi nasib anak dia tengah cuti. Kalau tak cuti??? Hahaha. Tapi at least better kot English dia ni hahahaha


Link untuk book apartment ini : 

Villa Kukuljica, Dubrovnik




Rating dari Agoda.com : 9.2


Kelebihan :

- Buka je tingkap, pemandangan terus menghadap laut. Cantik sangat!!
- Owner friendly gilaaaa
- Bilik dia cam antic. Nice!
- Ada shared kitchen
- Selesa
- Ada shampoo, sabun



Kekurangan :

- Wifi dia semput sikit. Haha

Link untuk book apartment ini : 


River Apartment, Mostar 







Rating dari Agoda.com : 8.7

Kelebihan :

- Ada dapur so boleh masak
- Ada disediakan kuali, periuk, pinggan, mangkuk
- Selesa
- Ada disediakan sabun mandi, shampoo
- Owner kacak macam Hans Isaac (kata diorang laaaa Hahahaha)

Kekurangan :

- Rumah dia cam rumah kedai jugaklah so cam confusing sikit nak cari. Nasib bila tanya, orang dia tahu kat mana.

Link untuk book apartment ini : 


Rooms Mahala, Sarajevo





Rating dari Agoda.com : 8.2

Tips : Sarajevo kawasan dia berbukit bukau. Alamat tempat ni memang tulis di Sarajevo City Centre, tapi bukit bukau dia macam bukan city centre. Then baru la kitorang tahu yang negeri dia memang berbukit bukau. Hahahha

Kelebihan :

- Ada dapur so boleh masak
- Ada disediakan kuali, periuk, pinggan, mangkuk
- Selesa
- Ada disediakan sabun mandi, shampoo

Kekurangan :

- Mula-mula susah cari, lama-lama la dekat je rupanya.

Link untuk book apartment ini : 

6. PENGANGKUTAN SEPANJANG DI SANA

ISTANBUL, TURKI



Dari Istanbul Gocken Sabihah Airport, kami menaiki bas HAVABUS untuk ke bandar. Harga tiket 15 TL seorang (RM 18) dari airport ke Taksim Square. Dari Taksim perlu ambil Metro. Sila beli IstanbulKart ye. Kami kongsi bertiga so sorang bayar 10 TL (RM 12). Dari bandar untuk ke airport juga 15 TL dengan menaiki HAVABUS, so total pergi balik ialah 30 TL (RM36)

PRAGUE, CZECH



Kami beli 90 min one day pass Prague yang berharga € 1.20 seorang (RM 5.73). Di bandar Prague, kami banyak berjalan kaki sahaja untuk menikmati keindahan Prague. Lagipun pusat tarikannya juga terletak berhampiran antara satu sama lain, jadi lebih mudah dengan berjalan kaki.

VIENNA, AUSTRIA




Di Vienna, kami membeli Vienna One Day Pass yang boleh didapatkan di mana-mana station, sebagai contoh, saya dapatkannya di metro station. Unlimited rides, so boleh la naik turun sesuka hati sampai 24 jam. Haha. Harga € 7.60 seorang (RM 36.27)


ZAGREB, CROATIA




Di Croatia, anda boleh mencuba beca elektrik! Menarik kannn. Kami dapat dengan harga € 10 seorang. (RM 47.60) Apa yang bestnya ialah, dia bawakan kita ke tempat-tempat tarikan di sekitar Zagreb! Dia juga akan tunggu kita la kalau kita ada nak ambil-ambil gambar ke.




Aduhh, pandang-pandang I pulakkkk cia cia cia

SELEBIHNYA MENGGUNAKAN KERETA

So far, dah cover hampir semua kos-kos yang terlibat. Oleh itu, di bawah ini saya nak senaraikan grand total yang saya dah belanjakan di hari sebenar.


TOTAL PERBELANJAAN SAYA SEORANG :

Flight Air Asia dan Pegasus                      RM   1817.50
FLIXBUS                                                       RM      195.44
Apartment                                                 RM      195.25
Car Rental SIXT                                          RM      482.00
Havatas Bus Istanbul (Return)                  RM       36.00
Istanbul Kart                                               RM       12.00
One day pass Prague                              RM          5.73
Vienna Metro Day Pass                            RM        37.00
Beca di Zagreb                                         RM        47.60
Tol                                                                RM        40.00
Minyak                                                        RM        94.50



                                                   TOTAL  = RM 2963.02


GRAND TOTAL PERBELANJAAN SAYA SEORANG :


TOTAL Perbelanjaan  = RM 2963.02
Makan + Souvenir =       RM 411.38

Souvenir I shopping kawkaw, especially di Bosnia. Sebab murahhhh

GRAND TOTAL PERBELANJAAN DI EASTERN EUROPE SAYA SEORANG :

RM 3374.40 





32 comments:

  1. tq sis..menariknyaa eastern europe...boleh masuk wishlist ni:):)...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg sangat berguna n tips2 yg menarik. Tq sharing ilmu pengembaraan pada public

    ReplyDelete
  3. Omaigodddd macam mana u rancang all this. hahahahaha and mana dapat link link tu😭 really adore u 👏👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much.. semoga bermanfaat :)

      Delete
  4. Hi Miss Dae

    Next time kalau nak jalan2 lagi ajakla sis sama. email: nhafirdaus@yahoo.com blog: http://myfoodathome.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. You'd made a great deal:)thanks for sharing. such a beautiful places

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much.. semoga bermanfaat :)

      Delete
  6. Waaa best. Thank you for sharing miss Dae. Travel ke Eastern Europe dah masuk dalam list. Tak sabar nak tunggu next entry.

    ReplyDelete
  7. alamak.. bestnya... nak follow ur itinerary jer utk my future trip. looking fwd nak pergi bosnia dari dulu. insyalllah. tq tq for sharing this one ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much.. semoga bermanfaat :)

      Delete
  8. Assalamualaikum Miszdae, thank you! semoga Allah murahkan rezeki awak, sebab berusaha post pjg2 & bagi details lengkap :) boleh share tak macam mana Miszdae boleh dapat harga return Tehran murah betul. saya excited nak ikut itinerary Miszdae tapi frust tgk harga tggi sgt...please bagi tips

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya dapat pergi melancong.tp kita xd bajet..lepas ni boleh la kot buat bajet cm tips y awak kongsikan..tq ek..blog saya http://cararesepi.blogspot.my/..sudi2 la melawat ye..kalau xkisah masukkan la blog saya dalam bloglist awak mana tau esk2 tgh2 melancong tetiba nk makan masakan malaysia...huhu...

    ReplyDelete
  10. thank you so much.. semoga bermanfaat :)

    ReplyDelete
  11. hi Miss. Nak Tanya if kita transit 2 tehran so tiada bayaran di kenakan? If kita stay berapa ya kena? Any visa need to apply before?

    ReplyDelete
  12. Salam, hi Miszdae. Untuk drive di Sana perlu ada international license ke?

    ReplyDelete
  13. TERBAIKKK... TERIMA KASIH DI ATAS PERKONGSIAN YANG SANGAT JELAS.
    RASA MACAM SENAG JE NAK IKUT.

    ReplyDelete
  14. salam missdae..nak tanya ni miss pegi bulan berapa yer?

    ReplyDelete
  15. Wow best. Sekarang may be ticket flight dah mahal sikit.
    Teruja nak gi.
    Tq for the information

    ReplyDelete
  16. hi, can u share the visa process to enter the countries above? TQ

    ReplyDelete
  17. *for malaysian

    ReplyDelete
  18. TQ sis...sy nak ke sini juga bln 12...hehe

    ReplyDelete
  19. if travel backpack alone,advisable ke?

    ReplyDelete
  20. hi dear.. can i join u next travel miss?
    sazlidasaad@gmail.com
    tq

    ReplyDelete
  21. Hi salam dik saya dari sabah boleh join adik next trip ke negara europe...inak887378@gmail.com (Pn. Veronica Matius)

    ReplyDelete
  22. Tq atas perkongsian. Byk info berguna. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  23. Rasa2nya nak pi lg x?kalau nak pi bgtaulah...cik.ma tringin tp xde kwn...

    ReplyDelete
  24. nanti nak buat trip mcm ini lah juga

    ReplyDelete
  25. Tell your clients which the breaks usually are in this article in addition to they should be receive these last-minute expenses performed by means of building a web page that includes a merry look for the item also checkout la romana sightseeing. That has a uncomplicated pattern motif, you possibly can call to mind special occasions with your web page in addition to tempt shoppers to obtain treats through your web page all the more.

    ReplyDelete