Monday 18 September 2017

Backpack Eastern Europe Murah 3 : Vienna, Austria



Assalamualaikum. Post ini adalah sambungan untuk post sebelumnya. Boleh klik di sini untuk membaca :



Seperti yang diceritakan semalam, tepat 2.30 pagi, kami bertolak daripada Prague untuk ke Vienna dengan menaiki flixbus. Kami tiba di Vienna VIB Terminal pada 6.00 a.m. 



So inilah Vienna International Busterminal atau code nya ialah VIB. Usually bas-bas dari negara lain akan ke sini lah. Kira antara bus station yang penting terutamanya untuk FLIXBUS.


Kami kemudiannya naik ke tingkat atas untuk ke bahagian metro.





Kitorang kemudiannya beli Metro 1 day pass harga yang berharga €7.60 di mesin. Aku memang suka beli day pass ni sebab jauh lebih murah berbanding beli individual tickets. Kalau nak jimat, pastikan beli day pass okay. Hihi. Boleh beli di mesin je. Senang. 

Nama station ini ialah Erdberg. 

Okay since barang banyak, bag berat kan, so plannya nak cari train station yang ada locker. Setelah mengkaji route, kami perlu menaiki train dan turun di train station Landstraße pastu berjalan kaki ke Bf. Wien Mitte sbb station ni besar and ade locker untuk letak bag. So naik train and stop at Landstraße.


Pukul 06.40 pagi, train pon sampai.

Erdberg -- Menuju ke Ottarking --> Landstraße 








Okay tiba je di Landstraße, keluar je terus ke kanan dan  tengok gambar ni sebagai panduan untuk ke Wien Mitte atau senang cerita korang tanya jela locals. Hahaha.


Jalan terus dan korang akan nampak landmark bangunan camni. Haa tu maksudnya dah dekat dah. 


Tadaaa, setelah 40 m berjalan (dalam 2 minit) tibalah station dia. Besar!! Siap ada shopping mall lagi. Apa lagi, terus cari signboard tempat letak luggage Hahaha


Harga locker di sini berbeza ikut jenis saiz, tapi kitorang ambil yang paling besar yang berharga € 4, dan boleh muatkan 4 bag 50L, so kitorang share je 1 locker, so sorang bayar € 1 hehehe.


Lepas dah letak bag, kitorang terus pergi mall dia. Memang dalam station yang sama. Terus p cari breakfast. Lapar uols. Hahaha





Dia macam ada kedai Tesco camtu and dia jual makanan yang on the go la. So I ambil spaghetti seafood dia . Tawakkal jela.

Lepas dah makan, perut pon dah kenyang, boleh meneruskan perjalanan untuk pusing Vienna! Kitorang pergi ke station tadi (Landstraße) dan naik train menuju ke Ottarking juga, dan turun di Stephensplatz


Landstraße -- Menuju Ottarking --> Stephensplatz


Sampai je Stephensplatz, bila keluar je dari station terus jumpa Stephen's Cathedral. Nah sedikit sebanyak info tentang dia. (Malas nak translate tapi dia easy English Haha)

Stephen's Cathedral, Vienna 

St. Stephen's Cathedral (more commonly known by its German title: Stephansdom) is the mother church of the Roman Catholic Archdiocese of Vienna. The current Romanesque and Gothic form of the cathedral, seen today in the Stephansplatz, was largely initiated by Duke Rudolf IV (1339–1365) and stands on the ruins of two earlier churches, the first a parish church consecrated in 1147. The most important religious building in Vienna, St. Stephen's Cathedral has borne witness to many important events in Habsburg and Austrian history and has, with its multi-coloured tile roof, become one of the city's most recognizable symbols.


Apa yang menarik ialah church ni ada unsur Gothic so memang cantik dan mysterious gitu!

Okay next stop ialah Horfburg Palace! Untuk pergi ke sini dengan berjalan kaki pon boleh. Lebih prefer untuk berjalan sebab boleh tengok bangunan-bangunan dia. More or less, bangunan dia lebih kurang macam Prague, tapi ada keunikan dia tersendiri.

Untuk ke Horfburg palace dengan berjalan kaki, apabila keluar je dari cathedral, belok kiri and menuju ke kedai jam Omega, di kedai jam omega tu, belok kanan. Pastu jalan 7 blocks and turn left akan nampak Horfburg palace.


Sebelum tiba di Horfburg Palace, kita tengok-tengok dulu seni bina Vienna. Memang cantik!



Style betul cara kak Amy ambil gambar. Tak perlu bantuan orang lain untuk bergambar. Dia sendiri boleh bergambar sorang sorang dia Haaa ni yang akan jadi masalah kejap lagi.. Nak tahu kena terus baca! Hahaha, tapi apa-apa pun, memang cool la sotong stand ni. Orang yang lalu pon cam teruja tengok. Hahaha 



So..... Inilah Horfburg Palace!

Sedikit sebanyak tentang Horfburg Palace : 

Horfburg palace ni di bina pada abad ke 13 dan merupakan istana yang turut menjadi lambang kekuatan dan kemegahan terutamanya semasa pemerintahan dinasti Hasburg. Kini, tempat ini didiami oleh presiden Vienna.




Air terjun di luar Horfburg Palace. Haha. Menarik tengok air terjun dia. Jap nak close up gambar dia hahahaaha



Semua tutu dia ditutup dengan daun hahahaha.


Explicit work! Memang nampak segala muscle, urat! Gigih dia angkat berat!






Di dalam lapangan Horfburg Palace.


Cantik! 









Berdekatan dengan Horfburg palace, terdapat Kunsthistorisches Museum Wien (Art History Museum) tapi masa tu tutup so memang takde siapa yang dapat masuk pon muzium tu. Tapi surrounding dia sangattttt cantikk!


Tau tak ni apa? Haa ni nak iklan kejap. Ini lah Bozzle. Bozzle ni sangat brguna kalau korang nak cuci time buang air besar or kecil memandangkan kita kan di negara yang tidak menyediakan air untuk cebok. Sangat berguna! Boleh pergi ke Instagram @Bozzlebidets



Geramnya tengok itik dia rasa nak picitttttt



Tengok jam, dah kena standby pergi ke station dah ni sebab tengahari ni nak bertolak ke Zagreb. Tapi masalahnya.... Kak Amy hilang!!! Aduhhhh mana pulak dia pergi, dia sibuk sangat bergambar dengan sotong dia tu sampai lesap tak jumpa dah. Memang dah risau sebab ni nak pergi Zagreb ni, kat Croatia! Negara lain ni! Bukan di Austria lagi!! Mesej call tak dapat pulak, macam phone dia off. Kitorang tunggu la dalam sejam lagi sambil mencari dia. Tapi risau kena tinggal bas so nak taknak, kitorang teruskan jela perjalanan ke station tanpa dia. Doa jela yang terbaik.



Kitorang naik dari station Volkstheater. Untuk ke station yang kita letak bag kat locker tu, kena turun di Landstraße. Ingatkan nama station dia tu? Senang train di Vienna ni. Kami cuma naik satu line ni je. So dari Volkstheater, ambil train menuju ke Simmering (sebab kita nak patah balik ke arah sana) then turun di Landstraße. Simple!

Volkstheater -- Menuju Simmering --> Landstraße

Then jalan 40m untuk tiba di Wien Mitte.

Dah sampai kat Wien Mitte tu, kitorang pergi locker nak ambil barang, rupanya kak Amy dah ada kat situ dah. Rupanya sebab phone dia memang habis battery, dan dia pon tak jumpa kitorang, so dia pon decide untuk pergi ke station yang ada locker bag ni terus. So dia tunggu kt situ sambil cas phone dia. Ya Allah, nasib dia pandai cari jalan sendiri. Dan nasib baik train station di Vienna senang untuk difahami. Dan nasib baik dia jenis memerhati nama station setiap kali kita berhenti. 

Cuba bayangkan kalau orang yang ikut membuta tuli je??!!!



Perut pon dah lapar, so kita makan di restoran dekat Wien Mitte ni.


Aku dengan Kak Amy kongsi beli Pasta Pomodoro. Harga not bad € 6 je. Sebab ketahuilah, portion makanan dia sangat banyak so perut orang Malaysia ni, kita kongsi jelaaa.



Lepas dah makan, kitorang pon menuju ke Erdberg semula untuk ke bus stop tadi.




So inilah bas kami yang menuju ke Zagreb. Pukul 2 bas tak sampai lagi, tetiba aku dapat mesej katanya bas delay tapi dah on the way. Wow cuba bas Malaysia, kalau terlambat ada dia nak mesej customer dia? Haha. Tapi takdelah delay sangat pon. Patutnya bertolak 1420, tapi 1419 flixbus sampai. Tunjuk je tiket bas yang dah print siap-siap dari Malaysia kat dia, then letak bag, kitorang pon menuju ke zagreb.



Kali ni bas takde dua tingkat. Dia setingkat je. Maybe sebab tak ramai sangat


1826 arrive at immigration. So cam biasa kena keluar bas, tunjuk passport, cop, then tunggu semua dh cop, baru naik bas semula. Macam pergi Singapore dari Malaysia. Haha

1953 Arrived in Zagreb. Go to tourist information to ask the direction to our apartment. 

2030 arrive at apartment. Di sambut oleh our owner. Siap dapat a bottle of wine lagi untuk celebrate kedatang kami. Memang sangat baik owner dia. Dia tak berapa pandai cakap English tapi anak dia boleh. So kitorang bayar terus kat owner dia €50, divide by 4 = €12.50 per person. Meaning, masa saya book apartment ni, saya choose option 'pay at the hotel'. 
Apartment Status, Zagreb




First impression woooww cantik.




Rating dari Booking.com : 9.7

So far, apartment paling best, paling cantik yang kami duduki.

Kelebihan :

- Ada dapur so boleh masak
- Ada disediakan kuali, periuk, pinggan, mangkuk
- Selesa
- Ada disediakan sabun mandi, shampoo
- Ada wifi. Penting!
- Owner friendly gilaaaa. Sanggup tunggu even kitorang sampai lambat dari yang dijangkakan
- Dapat free gift dari owner, botol arak. Haha tapi of course tak minum
- Ada washing machine!


Kekurangan :

- Tak tahu la sebab kitorang or apa, tapi asyik elektrik kena tendang. I mean, macam blackout tu. Entah panggil ape tah. Cuma maybe sebab kitorang guna banyak benda serentak, sebab tu jadi camtu kot. Hahaha
- Sama jugak. Owner tak pandai cakap English, tapi nasib anak dia tengah cuti. Kalau tak cuti??? Hahaha. Tapi at least better kot English dia ni hahahaha


Link untuk book apartment ini : 




Budget for today is :

locker = € 1 
metro = € 7.60 
Makan = € 3 (portion besar so kongsi dua orang. Harga sebenar € 6)
Air mineral = € 0.50
Makan pasta = €6.90 kongsi dua orang = €3.45 seorang 



4 comments:

  1. Sis please sambungg entry crotiaaa, i love to read ur travelog

    ReplyDelete
  2. here
    It’s great to read content which is both fun and informative. Keep up the great job. Hope to read more fun content here.

    ReplyDelete
  3. The portable power station can be quite useful while traveling. It's basically a battery-powered generator.
    portable power station

    ReplyDelete
  4. Mini pcs are not only great in quality but also portable.
    mini pcs

    ReplyDelete