Monday, 6 March 2017

Backpack Europe : Istanbul, Turki

Assalamualaikum dan hi semua.

Gosh this is going to take a while for me to update semua kisah-kisah sepanjang 14 hari but I can do it in sha Allah. Seperti yang dikatakan, saya telah menjelajah Eropah selama 14 hari covering Iran, Turkey, Greece, Italy, United Kingdom, Netherlands, France dan total cost sepanjang trip ialah RM 2889. Boleh baca post yang merangkumi bajet, penginapan, dan tips-tips murah di post saya di bawah ini :


Jadi saya mulakan kisah saya. Saya dan seorang rakan yang dikenali melalui group backpackers telah plan berdua untuk trip Eropah ini. Kami menaiki penerbangan Air Asia dari KLIA2 ke Tehran Iran yang berharga RM 404 pergi dan balik. 7.05 pm departed from KLIA2 to tehran and masa tu aku terlambat (sebab ada orang tu suruh kita makan dulu sebab cakap relax lah lambat lagi) Ahhh sudahnya dah Final call so berlari-lari ke plane. Memang kecut perut masa tu sebab yela takut kena tinggal, melepas la Europe trip aku. Haha.

Dahla lambat, pastu time check2 bag pulak ramai orang. Pastu kawan aku tu dia potong je barisan cakap "Sorry, sorry kami dah Final Call" and luckily orang-orang di situ faham.  Aku lak tak biasa potong barisan so dengan innocentnya tunggu je nasib buka line baru untuk check bag so dapat la cepat sikit. Sampai di gate, kawan aku dah siap2 cakap "Sorry bang, kawan saya kat toilet". So tips bila hampir kena tinggal tu cakap je kat toilet. In sha Allah dia tunggu.


Sementara menunggu tu, tetiba dapat Pizza Sandwich free. Barulah aku tahu, yang segala penerbangan Air Asia lebih 8 jam, akan dapat makanan dan air percuma. Baik jugak diorang ni.

Jam 11.10 pm jam Tehran time kami tiba. Proceed to transfers (sebab kitorang flight ke Istanbul pukul 2 pagi waktu Tehran) jadi semua transfers ikut je anak panah TRANSFERS. Tapi sumpah annoying sistem Iran. Lembap lembap lembap. Dia takde kaunter or apa-apa untuk orang transfers, dia cuma ada staff and kitorang kena bagi passport to the staff to check in. Waited for a long time to get back the passports. 

So sementara menunggu tu, kitorang pun melangok la duduk kat kerusi, dahlah takde Wifi, memang hambar je. Airport dia pon hambar. Okay cukup mengutuk. Pukul 1.30 pagi kitorang dapat balik passport siap sekali dengan boarding pass. 

2.00 am get into shuttle bus
2.15 am inside plane

Tapi untuk ke Istanbul, kitorang ada kena transfer satu lagi airport, iaitu di Azerbaijan, sebuah negara yang memang sumpah aku tak pernah dengar pun nama dia. Hahaha.




0430 arrived at Baku, Azerbaijan (their local time) stayed at gate 01

Walaupun asing la bagi aku, tapi airport dia sangat sangat cantik dan moden. So terus aku google, apa itu Azerbaijan.

Jadi secara konklusinya, Azerbaijan ialah sebuah negara Islam (shiah)  yang mendapat kemerdekaan pada tahun 1918. Negara Azerbaijan terletak di Selatan Barat Asia dan Selatan Timur Eropah. Ibu negara dia ialah Baku.


Ini contoh gambar bandar dia yang diambil dari Google je sebab kami tak keluar dari airport pon. Cuma tula, maybe next time nak travel sini la. Macam best je. Hihi


Jadi inilah kami, yang hanya mereput dalam airport je. Tapi aku suka! Sebab semua perfume stores aku masuk and cuba. Muahaha.



Untuk ke Istanbul, kami menaiki penerbangan Azeraijan.




9.00 boarded Azerbaijan plane to istanbul
9.45 flight

Yang bestnya flight Azerbaijan ni, bukan cikai-cikai punya tau. Dan juga bukan low cost airlines. Siap dapat makan lagi. Serious tak sangka. Dahlah dah dapat sandwic Air Asia tu pon tak termakan, ni dapat sandwic lagi. Tapi aku ambil je, buat bekal untuk di Istanbul nanti. Jimat duit kan? Hahaha

⚜️ ISTANBUL, TURKEY

10.30 arrive at Istanbul airport


ISTANBUL : TAK PERLU VISA



First thing yang kena buat ialah, cari pengangkutan untuk ke bandar. Haha. Dari airport ke bandar, ada bas, taxi, train dan sudah tentu pilihan kami ialah keretapi sebab murah. Hotel kami terletak di Sultanahmet jadi misi kita ialah untuk ke sana.

Ikut sahaja sign Metro Subway yang terpapar seperti di dalam gambar-gambar di bawah :





Kena melintas jalan untuk ke Metro. Okay nampak tak ada zebra line tu. Kita lintas situ k!



Alamak gegau pulak gambar. Tapi lepas melintas tu akan terus nampak lif ini. 



Nampak tak Metro di level 0? Haa unik betul level 0. Hahaha

So kena turun ke bawah la ceritanya.




Di bawah tanah "level 0". Jalan je straight and don't belok belok.



Tadaaa dah sampai..

So nak pergi ke Sultanahmet tu, kena pergi ke Zaytinburnu dulu. Dari Zaytinburnu, kita akan ambil tram ke Sultanahmet.






Di metro ni, kitorang beli Istanbulkart siap-siap. Kitorang masukkan 20 TL, rupanya dia tak bagi baki. So harga card is 6 TL, and automatically dia topupkan 14 TL la dari baki. So kitorang share 2 orang sebab kad ni boleh main pass-pass je. So 1 person pay 10 TL la.







1145 train arrived.Take train to yenikapi. 6th station to zaytinburnu.

Airport ----> Zaytinburnu (towards Yenikapi)






6 station je untuk sampai from airport.




1240 Dah sampai di Zaytinburnu. 

Sekarang kita nak ambil tram. So kena keluar di bahagian kanan and akan terus nampak tempat menunggu tram.





Take tram to kabatas but stop at Sultanahmet. 15 stations. Initial plan is to stop at Sultanahmet but then decided to stop at Cemberlitas, one station before. Nearer to walk to hotel

Zaytinburnu -----> Cemberlitas (towards Kabatas)


Pada mulanya nak stop di Sultanahmet. Tetibe google map cakap Cemberlitas lagi dekat. So kalau korang nak pergi Sultanahmet dari station ni pon boleh. Sama je.

Zaytinburnu -----> Sultanahmet (towards Kabatas)




Hostel kitorang namanya Artemis Old City dan berharga RM 48 semalam. 

Expectation :



Reality : 





Hahahaha tapi tak kisah la asalkan murah dan boleh berehat je. Dalam bilik ni ada toilet persendirian so okla. Lepas dah letak bag semua, apa lagi, jom meronda Istanbul!


Dari hostel, kitorang guna je wifi dia and search kat Google map : Blue Mosque. Rupanya 5 minit je perjalanan.






Tadaaa Blue Mosque. Weh excited gila wehhhh memang teringin sangat nak pergi Istanbul dari dulu. Akhirnya dapat jugaaaaa.



Macam biasalah, bila nampak visitors, mesti ada je orang-orang yang approach untuk jadi tour guide. Tapi katanya free of charge. Takpe kita tengok macamana.


Cantiknya blue mosque. Menangis tengok sebab cantik sangat. Jangan risau, untuk masuk blue mosque ni PERCUMA je.








Tempat ambil wudhu dia di open space. Weh time tu winter korang tahu tak sejuk dia macamana. Air macam ais yang mengalir




Tour guide percuma bersedia membawa berjalan-jalan sekitar blue mosque.







Hmmm rupanya ada udang di sebalik batu. Last-last bawak ke kedai dia. Hahahaha




Tapi yang bestnya depa ni, dia tak paksa kita beli. Siap bagi air teh free untuk kita minum. Tour guide tadi pun tak minta bayaran apa-apa. Okay macam dah jatuh cinta je dengan Istanbul.

Memandangkan musim masa tu ialah musim winter, maka dalam pukul 5 petang macam tu hari dah malam. So destinasi seterusnya ialah, HARD ROCK CAFE. Sebenarnya, aku ni bukan lah peminat HRC pon, cuma sebab dah ada orang order baju so kita menyinggah jela.



To hardrock cafe, take metro from 

Vezneciler towards haciosman and stop at sishane. 

Vezneciler ------> Sishane (towards Haciosman)

Station Verneciler ni terletak berdekatan je dengan Blue Mosque. Kena berjalan sikit la mencari. Homework untuk korang, takleh semua suap je. Hehehe

Tadaaa, dah sampai HRC. Kat sini aku duduk je menunggu. Kawan aku je yang banyak shopping. Hihi


Topup 10 TL sebab dah kekangan duit.. Haha. So kalau nak balik pon sama je, cuba diterbalikkan je destinasinya.

Sishane -----> Vezneciler (Towards Cemberlitas) 



Station Sishane
Jangan risau, dalam train ada petunjuk ke destinasi-destinasi yang aku cakap tu.

Malam tu, kitorang pun berehat la di hotel. Makan habiskan sandwic free tu je. Yela, tak basi pun sebab kat luar sendiri suhu cam dalam peti sejuk. Cakap pasal sejuk, amboi sejuknya malam tu, comforter dia pun cam tak mencukupi. Nasib bawak sweater. Golek punya golek, last-last tertidur juga.

Keesokannya..




Kita mulakan hari kita dengan MAGGI. hahahaha. Belum pape lagi dah makan maggi.

Destinasi kita harini ialah untuk pergi Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi dan lain-lain. Tapi yela, kalau kena bayar tu malas la. Tak berminat sangat pun since ni pun backpack je.



Sebenarnya tujuan asal kami ialah nak join free walking tour Istanbul, yela, sebab dengan join walking tour macamni, at least dapatlah tengok tempat-tempat menarik di samping belajar sejarah tempat tersebut. Lagi pula harganya percuma la kan...Katanya....





Papan tanda ada untuk ke tempat-tempat menarik disediakan. Memang dekat-dekat pun semua attractions dia. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda pergi dengan berjalan kaki ialah :

Blue Mosque
Hagia Sophia
Grand Bazaar
Topkapi Palace
Spice Bazaar
Basilica Cistern

Tetapi yang percuma untuk kita masuk ialah Blue Mosque dan Spice Bazaar je. Topkapi pun kita boleh masuk dalam perkarangan dia, tapi kalau nak masuk di dalam muzium, kena bayarlah. Hihi

Akhirnya jumpa dengan guide yang akan bagi free walking tour, tapi tengok-tengok takde orang lain and kitorang berdua je. Free walking tour ni sepatutnya berdasarkan tips la, seikhlas hati kita nak bagi berapa. Kitorang tanyalah, 20 TL untuk 2 orang okay tak? Dia cakap tak berbaloi memandangkan kitorang berdua je. Cam eh kau, kau bukan buat free tour ke, banyak lak kau mintak. Hahaha. 

Rupanya sebab kerajaan Turki tak benarkan guide yang tidak berlesen, jadi diorang nak buat guide mesti kena bayar untuk lesen kepada kerajaan. Bincang punya bincang, sudahnya kami bersepakat untuk tak mengikutinya dan lebih baik kita ronda sendiri je lagi best.


Di belakang saya ialah Hagia sofia. Sebutannya ialah Aya Sofya. Aya Sofya ini merupakan salah satu bangunan yang mempunyai banyak sejarah. Tahukah anda bahawa Aya Sofya suatu ketika dahulu merupakan sebuah gereja, namun telah diubah menjadi masjid semasa pemerintahan Sultan Mehmed II. Namun begitu, pada tahun 1937, presiden Turki ketika itu iaitu Mustafa Kamal Attartuk telah mengubah status Hagia Sofia dan kini bangunan bersejarah ini dijadikan muzium.



Bercakap pasal Kamal Attartuk, beliau sangat terkenal dalam kalangan orang Turki kerana ada yang berpendapat bahawa beliau merupakan 'bapa pemodenan' manakala ada yang beranggapan bahawa beliau ialah 'Al Ghazi' iaitu orang yang memerangi. Kenapa? Ketika misi beliau memodenkan Turki, beliau telah :

#  Menghapuskan sistem khalifah Uthmaniah
# Memisah dan mengasingkan urusan agama, politik dan negara
#  Azan ditukar kepada bahasa Turki
#  Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
#  Memaksa wanita membuka tudung
#  Menukar hari cuti umum kepada hari Ahad
#  Menutup masjid dan melarang umat Islam solat di dalamnya
#  Agama Islam telah digugurkan daripada menjadi agama rasmi negara.




Inilah Mustaffa Kamal Attartuk. Memang akan nampak muka dia di mana-mana di Istanbul. Kat souvenirs pun banyak.



Jadi, bagi mereka yang suka akan perubahan ini, sudah tentu mereka bersorak kegembiraan. Tetapi ramai umat Islam yang bersedih kerana ditakbir oleh orang Islam yang beliau sendiri memerang Islam. Dikatakan bahawa di saat kematian Kamal Attartuk, beliau mengalami rasa panas yang dahsyat sehingga rumahnya terpaksa disiram bomba 24 jam.

Di saat kematian beliau, tiada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah beliau. Apa yang lebih menyedihkan apabila bumi tidak menerima sewaktu mayatnya hendak ditanam. Jadi mereka terpaksa ditanam di celah-celah batu marmar dan kini berada di Ankara.




Okay sekian sahaja tazkirah harini. Huhu.. Tapi best bila kita baca sejarah ni. Okay belakang saya ini ialah sebuah restoran. Saje nak tunjuk cara sebutan Hagia Sofia iaitu Aya Sofya. Hehe

Selepas berjalan di sekitar Blue Mosque dan Hagia Sofia, kami kemudiannya ke Topkapi Palace. 




Secara ringkasnya, Topkapi Palace merupakan istana Sultan Mehmed II.





Pada pendapat saya, Topkapi Palace ni sangat cantik! Sekali lihat, macam Hogwarts pun ada. Boleh dapatkan pass muzium di sini. Fast track boleh dapat dengan harga 85 TL dan boleh pergi ke beberapa buah muzium di Istanbul. Tapi say sudah tentu sekali tidak mengambilnya. Jadi saya jalan je setakat mana yang boleh dijalan secara percuma. Hahaha






Kami kemudiannya ke Grand Bazaar untuk tengok apa yang boleh shopping untuk souvenir. Tapi dah ada orang siap warning cakap jangan beli situ sebab itu tumpuan pelancong, jadi harga dia MAHAL.


So kitorang pun jalan-jalan jela tengok cuci mata sambil try makan segala tester yang diberikan. Paling best Nutella lokum diorang, okay korang WAJIB TRY. Tak payah beli pun takpe, asalkan cuba. Haha. Kitorang punya jahat, semua kedai-kedai kacang kitorang masuk hanya sebab nak makan Nutella lokum tu. Hahaha



Nahh saje bagi terliur. Nutella Lokum. Boleh beli buat souvenir.


Apa yang best nya di Istanbul, hampir setiap kedai kitorang pergi, dia akan tawarkan air teh. Boleh tahan macam-macam perisa teh dah kitorang cuba. Cherry, Apple, Lemon. Kitorang baru tahu yang harga satu cup ni 3 TL kalau beli sendiri kat kedai okay. So tak boleh membazir, kena habis kan apa orang dah beri.

Kata orang-orang Turki, inilah cara menunjukkan hospitaliti diorang kepada kita tetamu mereka. Apa yang best juga tentang Istanbul ialah, mereka tidak pernah paksa kita untuk membeli barang-barang mereka. Best sangat Istanbul, gosh rasa macam jatuh cinta dengan tempat ini. 

Tetapi, penjual Turki tu berkata kepada kami bahawa layanan istimewa seperti ini hanya boleh dibuat ketika musim sejuk sahaja. Kerana pada musim sejuk, tidak ramai pengunjung yang datang, tidak seperti musim panas, sehingga tak menang tangan untuk melayan customer. 

Jadi tips penting : Sila travel ke Istanbul semasa musim sejuk okay! Hahahaah



Keluar je Grand Bazaar, fikir nak habiskan duit Turkish Lira je, jadi beli lah kebab yang berharga 3.50 TL. 



Terasa macam di Myeong Dong, Seoul pula. Hihi

Destinasi seterusnya ialah nak tengok harbor diorang. Sebab dari jah dah boleh dengar bunyi ombak, bunyi kapal, bunyi angin. Macam bestnyaaaa, so nak pergi! Haha. Jadi kitorang sebenarnya jalan ikut bunyi je hahaha



Sambil berjalan tetiba terjumpa kucing. Tak best kucing sini, penakut. Bagi ayam pun taknak. Ceh..


Jalan punya jalan, akhirnya jumpa harbour dia. Cantik sangat and seriously sejuk yang amat. Tapi saje nak ambil feel oversea, even memang dekat oversea pun haha lol

Bila dah sejuk sangat, kitorang pun bergegas pulang ke hotel. Tapi dalam perjalanan ke hotel, tiba-tiba terjumpa kedai souvenir murah pula. Jadi beli je tanpa fikir panjang dah. Haha



Beli magnet 10 dan 1 percuma, harga 10 TL. Takdela murah sangat, tapi murah la banding tempat lain, dan memang malas fikir panjang dan, so ambil je. Lepas beli tu tiba-tiba tuan kedai belanja air teh lemon pula. Rezeki sangat dahlah tengah sejuk. Muka nak senyum pun beku je rasa. haha

Kami kemudiannya berjalan pulang ke hotel. Topup 5 TL siap-siap IstanbulKart untuk ke airport nanti. Malam ni tidur kat dalam airport je sebab flight pukul 10 pagi esoknya flight ke Athens, jadi rasa macam rugi je book hotel, jadi lebih elok tidur di airport. Jimat duit. 

Jadi untuk ke airport, perlu naik tram seperti kita datang :

 Sultanahmet ---> Zeytinburnu


Inilah tram, yang berjalan di tengah-tengah bandar.

Tiba di station Zaytinburnu, masuk ke dalam metro station pula (tadikan kita naik tram, sekarang nak naik Metro pula) 

Zeytinburnu ----> Halavini, Atartuk Airport


Alhamdulillah sampai di metro station yang masa mula-mula kita sampai dulu tu. Jadi ikut je anak panah untuk ke airport. Yela sebab metro kan bawah tanah, jadi kita nak ke atas tanah sekarang. Haha okay lawak hambar



Masuk Entrance C untuk All Airlines


Jadi dah sampai tu, boleh lah check in siap-siap ye. Tak tahu lah apasal banyak airlines di Eropah ni semua kena check in 1-2 hari sebelum penerbangan. Cuba buat macam Air Asia, bagi 14 hari okay. Tapi jangan gentar, jangan khuatir, boleh je check in guna mesin, or pergi sendiri kat kaunter. Senang je guna mesin ni.



Dalam banyak selection tu, kitorang pilih booking reference dan masukkan nombor booking kitorang yang dah print siap-siap dari email semasa di Malaysia.



Kemudian dia minta last name kita. Isikan.


Masukkan passport kita ke dalam slot. Dia scan dan siap dia print kan boarding pass! Kalau anda menghadapi masalah semasa proses ini, jangan risau, pergi je ke kaunter, solosai masalah.

Jam masa tu menunjukkan pukul 11 malam. Okay, kita ada 11 jam lagi untuk penerbangan seterusnya. Tahu tak airport dia memang sejuk gila takde heater! Jadi kitorang pun tidur lah di dalam surau. Baru je nak lelap mata, rupanya pukul 12 pagi sehingga 4 pagi kerja-kerja penyelenggaraan pula. Jadi kena duduk kat luar surau.

Nasib banyak kerusi jadi boleh la nak tidur. Even tak selesa, tapi tanpa disedari, berjaya jugalah redah semalaman dalam airport.

Review Attartuk Airport 

Pros :
- Pekerja dia bekerja dengan efficient
- queueing time semasa imigresen tak lama

Cons : 
- Sejuk takde heater
- Tak banyak restoran yang disediakan
- Surau 12 pagi - 4 pagi tutup untuk kerja penyelenggaraan
- Cleaner dia garang! Haha
- Wifi dia untuk 1 jam je. Gunakan satu jam sebaik mungkin!

Kisah cleaner dia garang ni sebab masa tu ada nenek ni tidur di surau, pastu kena kejut sebab nak kemas surau, pastu staff dia marah-marah nenek tu. Kesian nenek tu. 

Pukul 10 pagi kami memasuki kapal terbang. Airlines yang kami naiki ialah Aegean.  





Belum apa-apa lagi dah dapat gula-gula dan makanan. Best! Ini memang dia bagi percuma, bukan pre book meals okay!




Akhirnya, selamat tinggal Istanbul. Sehingga berjumpa lagi!!

BAJET DI ISTANBUL

3.5 TL Kebab
2 TL Kebab
2 TL jagung
15.5 TL Istanbulkart

Total = 23 TL = RM 27
+ Hostel = RM 48

TOTAL BAJET DI ISTANBUL = RM 75

Pecahan untuk Istanbulkart :

 6 TL harga kad 
10 TL initial topup
10 TL Topup
5 TL Topup
Total = 31 divide by 2 = 15.5 TL per person


Untuk membaca post lain mengenai backpack di Eropah :



18 comments:

  1. Salam maaf ya sis, pasal cuba2 makanan tu. Saya ada baca kalau kita memang niat tak nak beli, tak boleh kita cuba makanan2 yang di jual. Just sharing, bleh cuba tanya ustaz/ustazah yang lebih pakar utk kepastian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tapi dia memang bagi tester, so rasanya memang takde masalah. Lagipun kitorang masuk semua kedai sebab setiap kedai harga dia berbeza so kena survey dulu. Alang-alang tu merasa. In the end kami beli juga. Niat memang ada, tapi nak try semua kedai dulu sampai jumpa kedai yang paling berpatutan. Thanks for the reminder anyway :)

      Delete
  2. Tq sis bg tips details. Sgt membantu

    ReplyDelete
  3. Salam sis, dekat Istanbul mesra wifi macam dekat Korea tak? :)

    ReplyDelete
  4. Terbaik la entry sis, keep up the good work!

    ReplyDelete
  5. salam sis.. flight yg sis ambil tu flight ape ye? brp kali transit & brp kosnya?

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat ke Turkey.. Lagi-lagi HONEYMOON dengan Suami.. ^_^
    " Rapatkan hubungan Suamiisteri dengan Miss V Perfume

    ReplyDelete
  7. TIPS MENCARI PAKEJ MURAH & SEWA KERETA ;
    MEDAN / DANAU TOBA / INDONESIA
    JANGAN TERGODA HARGA MURAH … !!!

     PLEASE MAKE SURE SYARIKAT TEMPAHAN PAKEJ TOUR / SEWA KERETA
     PLEASE MAKE SURE ADDRESS AGENCY PELANCONGAN
     PLEASE MAKE SURE TALIAN TELEPHONE AND FAX MAIL
     PLEASE ASK FOR SYARIKAT PERMIT NUMBER / LICENSED NUMBER
     PLEASE ASK FOR TAX NUMBER
     PLEASE ASK FOR INSURANCE KERETA ( KALAU SEWA KERETA SAJA)
     PLEASE CHECK AND RECHECK IN GEOGLE SYARIKAT OFFICE
     PLEASE WRITE INTO THE GEOGLE COMPANY NAME. FOR EXAMPLE : TIARA TOURS INDONESIA

    AT LEAST BUT NOT LAST , I WISH YOU WELCOME TO INDONESIA
    HORAS .... !!! HORAS .... !!! HORAS .... !!!

    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    COMPANY TAX NO. 36.555.970.7-122.000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068


    ReplyDelete
  8. Good sharing sis. Info sangat membantu.. I wish I could do it next year. InsyaAllah..
    -xx-

    ReplyDelete
  9. HAI SIS,, BOLEH MINTAK ITI PENUH??
    emel
    noor_qber@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum and thanks sharing.. Nnti ade ape2 nak tanye. Boleh saya email kan?

    ReplyDelete
  11. The next thing you should know is how to adapt with your roommate/s. According to Helpful, "Nothing will make college dorm life more uncomfortable than if you fail to establish a good relationship with the people w you live with." İstanbul yurtlar

    ReplyDelete
  12. A huge section of selecting this kind of christmas will involve selecting offers, for instance sign-on additional bonuses, affiliate additional bonuses, plus more check out atlanta attractions . Without a doubt observed the past few days inside September confirmed in which 3. 2% regarding seasons career listings about Without a doubt pointed out economic offers, which can be upwards coming from 0. 6% through the identical period of time inside 2020 (4). Methods integrate selecting offers contain:

    ReplyDelete
  13. Looking for approaches to aid your task outline be noticeable? Just what far better approach as compared to to include getaway brighten! Could you somewhat "help Santa claus supply offers this kind of getaway season" or perhaps "work in the storage place. inches Could you somewhat "help getaway buyers get the best reward for adored one" or perhaps "work inside store. atlanta things to do inches Simply by acquiring imaginative along with your career outline

    ReplyDelete
  14. What an amazing journey through Istanbul! The way you’ve described the different locations really brings the city to life. If you ever find yourself in Dubai next, make sure to explore the perfume stores in Dubai. They have an incredible selection of scents that beautifully capture the essence of the Middle East and would make for a perfect souvenir from your travels!

    ReplyDelete