Saturday 14 January 2017

Jaipur, India

Hi semua. Ini adalah sambungan untuk post sebelum ini. Boleh klik link di bawah untuk baca post sebelumnya :


Okay, kita move forward jela k. Sebab orang pun bukan berminat sangat nak tahu pasal India kan. Hahahaha. Jadi, dari Agra nak ke Jaipur mengambil masa 4 jam. Jaipur ni terkenal dengan Pink City.  Jom tengok apa ada kat Pink City!!


Kenapa dipanggil Pink City? Sebab dorang gunakan pink sandstone and konon-kononnya kedai-kedai kat situ semuanya warna pink. Tapi aku tengok coklat oren je semua. Tak nampak pink pun. Emm..



Kitorang masuk Pink City ni sebenarnya nak tengok Hawa Mahal. Driver parking kat tepi jalan, tetiba kitorang nampak orang ni tengah buat snake charming. First time tengok live! Bestt!


Apa yang menarik di Pink City ni, ada satu istana ni namanya Hawa Mahal. Hawa Mahal juga dikenali sebagai Palace of Wind. Okay, korang mesti dah perasan asyik ada perkataan Mahal. Mahal tu sobonanyo istana. Hahaha



Kisahnya dulu, raja tak bagi permaisuri dia keluar rumah sebab nak menjaga dia. Kesian lah permaisuri zaman dulu, di jaga rapi sampai nak keluar pun tak boleh. Jadi, raja pun bina la istana ni, yang terdiri daripada tingkap-tingkap kecil supaya permaisuri boleh tengok orang di luar yang tengah berjual beli di pasar, tapi orang tak boleh nampak dia. Kesian.....


 Kami berempat


Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Amber Fort, juga dikenali sebagai Amer Fort, yang terletak di perkampungan Amer. Perjalanan termasuk jam, hon sana sini, orang cilok sana sini, ada la dalam 45 minit. Padahal dekat je sebenanya hahahaha



My beautiful mum!

Amber Fort ni zaman dulu-dulu juga berperanan sebagai kubu la, dan dibina oleh orang-orang Meena (kaum di Rajasthan), dan kemudiannya tempat ini di perintah oleh Raja Man Singh I pada tahun 1550 (zaman pemerintahan Queen Mary di UK)


Apa yang bestnya di sini, kubu dia dibina sama macam The great wall of China! Cuba bayangkan berapa ratus ribu orang yang mati semasa pembinaan kubu-kubu camni kan...



 Moving on, nak masuk ke kubu ni, ada tiga option.

1. Jalan kaki, Free
2. Naik Jeep, Rs. 450 /- seorang untuk pergi balik
3. Naik gajah, Rs. 1100 /- seorang untuk pergi balik

Jadi, pilihan di tangan anda. Yang penting, aku memang taknak naik tangga setinggi tu la. Hahaha. Sudahnya kami berpakat naik Jeep je, senang.




Kalau naik Jeep, itu lah pintu masuk dia. 


Kalau naik gajah, pintu dia di sebelah sana.


Tapi sebenanya cam syoknya raya naik gajah pulak. Haha




Sekitar Amber Fort. Cantik sangat!





Pergh hipster la pakcik ni


Cantik kannnn


Kalau korang nak tahu, lukisan-lukisan ni diwarnakan menggunakan natural colours la. So contoh warna hijau, dia guna la tumbuhan warna hijau. Haaa camtu.




Kalau tengok seni bina dia, memang kagum sebab sangat halus hasil kerja dia. 



Diorang ada menggunakan kaca untuk buat ni. Cantik dan berkilau!





Kat Amber Fort ni, memang sumpah banyak gila pintu. Boleh sesat juga sebenanya. Tapi itulah taktik diorang. Kalau musuh ceroboh, kiranya dorang boleh sesat la kat sini. Sebab kalau penduduk sini memang akan tahu selok belok dia kan hahaha.



Dikatakan bahawa ini dulu-dulu tempat diorang masak untuk makanan orang ramai. So memang besar la.



Cantik sangatttt. Memang kalau korang pergi Golden Triangle ni, Amber Fort ni please korang wajib pergi sebab memang cantik!!



Inilah Jeep yang kitorang naik hahahaha


 Seterusnya, kami pun menuju semula ke Jaipur.

Dalam perjalanan, ada ternampak sebuah istana di tengah-tengah tasik. Namanya Jal Mahal, yang bermaksud water palace (istana air). Dikatakan bahawa Jal Mahal ni ada 4 tingkat di bawah air, dan tingkat kelima di atas air. Cam woww hebatnya. Tapi kitorang tak pergi pun sebab memang takde sesape dibenarkan masuk. So ini gambar hasil google jela k 




Nampak tak. Bijak dan hebatkan orang zaman dulu-dulu. 

Lepas tu kitorang meneruskan misi dan agenda kami iaitu... 
SHOPPING!!

Kat sini of course lah famous jual saree and all. Nak buat kurta pon boleh! Guna kain cotton dia.



So my mum took the opportunity untuk buat baju labuh sampai lutut. Boleh siap malam tu jugak! Dia boleh hantar kat hotel terus. Bagus servis dia!



Kami kemudiannya bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Jantar Mantar. Maksud dia 'calculation instrument'. So kat sini ada macam-macam jenis binaan untuk mengukur masa, ketinggian matahari, bulan berapa, horoscope apa. Cam wowww hebat.


Binaan ni antara yang buat aku kagum la. Sebab dia boleh tahu masa sekarang dengan tepat ikut bayang-bayang. 

So guide tu tengok daripada bayang2 tu, and buat kiraan la sikit tah camne tah, pastu cakap 'Now is 1526. Is it correct?"

Kitorang tengok jam kitorang, and jam memang 1526 and we were like wowwwwww tabik spring betapa powernya orang zaman dulu boleh cipta benda camtu





Kat sini pon ada Horoscope. Siapa Libra kat sini, kita geng!! Haha


Bersebelahan Jantar Mantar, terdapat City Palace, Jaipur. Boleh jalan kaki je jangan risau. Haha





My mum pon hipster ok jangan main-main. Hahaha 



Cuba teka ni apa??


Okay la, setakat tu je apa yang ada di Jaipur. Tapi bila datang Jaipur, benda wajib korang pergi is Amber Fort dengan Hawa Mahal. Mesti pergi tau!!

Okay tu je. Chalo betteh.

Sila baca sambungannya di bawah :

Delhi, India

Boleh klik link di bawah untuk baca post sebelumnya :


4 comments:

  1. Wahhh... Bestnya dapat melawat negara orang... Jauh perjalanan, luas pemandangan ^_^

    ReplyDelete
  2. pasal razia sultan xde ke huu

    ReplyDelete
  3. Tahniah lagi
    (* ̄︶ ̄*)
    Gambar cantik!

    ReplyDelete
  4. hye assalammualaikum..nak tnya..brp total all in yea?

    ReplyDelete