Delhi, India

07:05:00

Hi semua. Ini ialah sambungan trip saya ke India. Boleh baca post sebelumnya di :


So alkisahnya dipendekkan cerita, harini aku pergi Delhi la. Dari Jaipur ke Delhi ambil masa lebih kurang 5 jam.

Ingat tak Golden Triangle haritu?



Route 1 : Delhi >> Agra = 3 jam
Route 2 : Agra >> Jaipur = 4 jam
Route 3 : Jaipur >> Delhi = 5 jam

Okay sambung cerita. Kalau korang pergi India kan, aku suggest korang pergi Taj Mahal paling last la. Sebab bila dah pergi awal, rasa macam dah tak sabar balik Malaysia sebab serabut dengan keadaan di India. Bahahahaha..

Yela, serabut sebab dorang suka hon sana hon sini, setiap 5 saat ada je bunyi hon. Pastu serabut dengan orang dia yang suka cakap belit-belit. LOL.

So harini kita jenjalan Delhi jela. Takde ape best sangat pun



Lelong lelong jagung kangkang satu


Usually orang pergi Delhi ni, nak bergambar dengan India Gate la. Ala-ala Arc De Triomphe, Paris macam gambar di bawah. 


So kat India gate ni mostly ada terukir nama-nama pejuang diorang la. Kiranya dia tu war memorial la.

Then kitorang ke Old India. Kat situ ada kawasan orang Islam la. Tujuan dia nak pergi tengok Masjid Jama. Masjid ni dibina pada tahun 1644. 


Ramai gila manusia nak ke masjid ni. Oh ye, nak masuk masjid ni kena buka kasut ye. Dan berhati-hatilah dengan kasut anda sebab takut di curi. Dorang ni bukan sahaja mencuri, malah menjualnya di pasar. Hahaha 


Untuk pengetahuan korang, nak masuk masjid ni, free je, tapi kena bayar Rs. 300 /- untuk kamera atau handphone kalau nak bawa masuk ke dalam. Macam hekeleh. Hahaha

Tapi nasib baik la tour guide ni orang dia kan, so boleh belit belit and sudahnya kitorang dapat masuk tak perlu bayar apa-apa. Hahahaha


Masa kitorang sampai tu kebetulan dah masuk zuhur, so ambil peluang untuk solat la kat situ. Pehhh masa ambil wuduk tu sejuk gilaa.


Macam-macam style orang solat kat sini. Yela, mazhab lain-lain kan.





View luar. Lepas kitorang solat tu, ada nampak ramai manusia tengah mengusung jenazah. Macam tabik la semangat bersatu dorang tinggi. Sebab memang ramai gila yang solat dan mengusung sekali. Tapi lupa nak ambil gambar. Huhu


Ini kat dalam dia. Cantikk... Suka sangat binaan yang menggunakan Red Sandstone ni.



Kat tempat orang yang baju kuning tengah tidur tu, adalah di mana disimpannya kasut / sandal Rasulullah S.A.W. Tapi masa tu tutup pula bahagian tu so tak boleh tengok.


Next desitnation, kitorang pergi ke Red Fort, Delhi pula. Nama dia memang sama dengan kat Agra hahaha.


Tapi hari tu dia tutup pula so boleh tengok dari jauh je lol lagi

Okay to cut short, maka berakhirlah trip kami. Jadi kena lah pergi ke airport dia untuk berangkat pulang.


Oh ye, untuk pengetahuan korang, souvenir paling best ialah barang-barang Himalaya. Sila borong sepuasnya ok! Macam lipbalm ni, aku borong untuk harga RM 1.98 je satu. Kat Malaysia RM 13 satu okay! 

Jangan risau, kalau tak sempat nak singgah kedai himalaya, kat airport pon ada. Pegi je Pharmacy mana-mana yang macam Watson or Guardian kat Malaysia. Memang masa tu nampak ramai gila orang putih, cina, korea borong barang-barang Himalaya. Hahaha






Lepas dah memborong tu, kitorang pun nak solat isyak. Tak sangka ada surau dalam airport India. Bagus!!



Maka, itulah kisah saya di India yang telah dipendekkan kepada tiga post sahaja. Hahahahaha. 

Antara benda best bagi aku kat India ialah :

1. Makanan dia memang sedap gila ya Allah tak pernah makan kuah kari, dal dan lain-lain sesedap tu. Tapi, kena berhati-hati, jangan makan sebarangan kat kedai. Kitorang memang makan kat hotel je. Sebab takut cirit birit kalau makan kat luar. Hahaha

2. Tempat-tempat tarikan dia memang berbaloi, cantik dan wajib pergi. Sebab India ni kaya dengan sejarah so menariklah untuk dengar.

3. Boleh borong Himalaya banyak-banyak!

Antara benda tak best bagi aku kat India ialah :

1. Kena sentiasa berwaspada sebab diorang anytime, anywhere akan cuba belit dan tipu korang

2. Kalau naik kereta tu, kena bersedia dengar kena hon setiap lima saat.

3. Banyak yang meminta sedekah dan memaksa untuk kita memberi sedekah atau membeli barang yang dijual. So kalau taknak, cakap No awal-awal dan jangan pandang muka dia dan terus jalan. Sebab kalau kita cam serba salah, nanti dia akan ikut je kita sampai ke kereta

4. Semua orang yang menolong kita mengharapkan tips dari kita. No such thing as ikhlas

5. Berhati-hati dengan barang anda sebab takut pick pocket atau dicuri.

6. Kotor

Solusi?

1. For me, datang lah melawat India, even datang sekali, taknak datang lagi dah pun. Tapi that one time tu memang berbaloi la untuk pergi.

2. Pergi masa musim sejuk sebab kotor dia tak nampak kotor sangat. Kira macam kalau time musim sejuk, kotor dia berdebu macam tu je dan bukan kulat berlumut lendir la, so boleh tolerate lagi kotor yang kering. Lagipun rasanya musim sejuk, bakteria dia berkurangan sikit. Bahahaha teori sendiri.

3. Pergi masa musim sejuk sebab udara dia sejuk dan selesa la untuk travel. Sejuk dia pun setakat sejuk aircond suhu 20 darjah celcius je. Ok la untuk travel time ni berbanding pergi time panas. Dahla kena tipu time musim panas pulak, mesti berasap je rasa nak marah kan? So pergi masa musik sejuk! hahaha

4. Sediakan banyak duit syiling untuk mereka yang nak menderma.

5. Pergi dengan pakej, supaya chance untuk kena tipu tu berkurangan. But I won't recommend Kembara Sufi kalau bawah 10 orang yang pergi. Better cari yang lain.

Sekian sahaja dari saya. Good luck travel di India!

Boleh baca post sebelumnya di :






Related Post

0 comments