Hi semuaaaa. Hari ini nak share sesuatu yang mungkin ramai dah tahu, tapi sudah pastinya ramai juga yang belum tahu.
Siapa kat sini tahu CouchSurfing tu apa??
CouchSurfing ini ialah sebuah portal di mana anda boleh jadi host untuk beri 'traveller-traveller' dari seluruh dunia untuk tumpang tidur di rumah anda beberapa hari secara PERCUMA.
Bukan sahaja anda je boleh jadi host, malah, anda juga boleh jadi 'Traveller' yang menumpang rumah-rumah orang di seluruh dunia.
Apa yang bestnya CouchSurfing ni?
Best! Sebab awak boleh tumpang tidur di rumah orang secara FREE, dan kita boleh berkenalan dengan host rumah itu, belajar tentang budaya mereka, mereka belajar tentang budaya kita.
Cuma anda jela selesa ke tak selesa nak tinggal di rumah orang yang tidak dikenali. Huhu.. Bagi saya, saya tak kisah, sebab rata-ratanya, host CouchSurfing ialah orang yang jujur. Yela, sebelum kita request nak tumpang rumah dia, mestilah kita baca dulu rumah dia macamana, pastu review orang lain yang pernah menumpang di rumah dia juga main peranan!
Lagi best, kalau dapat host baik, dia siap boleh bawa awak jalan-jalan. Okay mungkin anda tak faham. INI BUKAN PAKEJ. Ini hanyalah MANUSIA BIASA, yang berbaik hati untuk memberi traveller-traveller tumpang tidur di rumahnya SECARA PERCUMA. Okay, faham tak??
Kalau dah faham, meh saya ajar Step-by-Step cara nak 'menumpang' di rumah orang. Hahaha
*Harap maklum, saya hanya screenshot daripada handphone saya sahaja. Untuk buktikan saya pun pengguna Couchsurfing. Hihihi
1. Pergi ke website ini : CouchSurfing
2. SIGNUP untuk dapatkan Account CouchSurfing.
TIPS : Boleh signup guna Facebook Account je. Senang.
3. Dah signup, nanti dia akan suruh kita fill in About Me, dan letak profile picture. Jadi silalah isikan segala details yang diperlukan.
4. Nanti dekat profile awak, akan keluar
PROFILE ....% COMPLETE.
Klik situ dan tengok dia nak suruh complete kan apa lagi. Macam saya dah 85% complete dah. Tinggal beberapa je yang belum complete macam gambar di bawah :
Untuk request menumpang di rumah orang, profile anda kena sekurang-kurangnya 50% complete. Yela, host pon mesti nak tahu para penumpang dia siapa. Dia pun mesti ada perasaan takut juga nak bagi tumpang dekat strangers kan..
So kita permudahkan urusan dia dengan melengkapkan biodata kita.
-------------
Dah siap profile, boleh lah mula mencari Host untuk menumpang. hihihihi
Macam saya, saya akan pergi ke Manila tidak lama lagi. Jadi saya sudah tentunya akan memberikan contoh berdasarkan pengalaman saya kan..
1. Klik pada magnifying glass
di couchsurfing anda. Nanti akan keluar Explore seperti dibawah. Klik situ.
2. Pilih 'Find Hosts' dan taip destinasi pilihan anda.
Macam saya, saya taip Manila
3. Nanti akan keluar senarai hosts yang tinggal di Manila. Jadi, anda boleh pilihlah, nak host lelaki atau perempuan dan rumahnya terletak di kawasan mana.
Yela, ibarat di Malaysia, kalau dia tulis kat biodata dia tinggal di Kuala Lumpur, which part of KL? Cheras? Ampang? Haaa camtu..
4. Pilih host anda. Macam saya, saya decide untuk pilih host ini, sebab dia perempuan.. hahaha.
Kita buka profile dia dan baca serba sedikit tentang dia.
Kalau nak baca review tentang host ini, boleh rujuk kat References seperti gambar di bawah ini. Macam dia ni, ada References (263) bermaksudnya, dah ada 263 orang (atau lebih) yang pernah menumpang rumah dia dan memberikan komen mereka tentang host ini.
Yakin dengan keputusan anda? Klik SEND REQUEST.
Nanti akan keluar macamni.
So anda isikan, seperti tarikh tiba dan tarikh pulang, dan berapa orang yang bersama anda yang bakal menumpang rumah dia.
Lastly, is to write something nice la, kenapa anda nak menumpang, and all that la..
5. Lagi bagus, anda SEND REQUEST je kat ramai-ramai host terus. Yela, kita tak tahu samada request kita diterima atau ditolak. Jadi untuk elakkan kesedihan, better send request ke ramai-ramai host.
Jadi macamana nak tahu kita ni diterima atau tidak, anda perlu ke inbox couchsurfing anda dan check mesej-mesej anda.
Seperti di bawah, ada yang reject permintaan saya seperti contoh :
(dalam tulisan kelabu itu)
Tapi dalam ramai-ramai yang reject, ada juga yang menerima, sebagai contoh :
JAMES ACCEPTED : Jun 3, Jun 5
(dalam tulisan hijau)
Bila dah accepted tu, boleh lah anda tanya lebih lanjut, rumah dia kat mana, boleh ke dia ambilkan dari airport, boleh ke dia bawakan berjalan.
TIPS PENTING :
Kita ni, kalau dah menumpang rumah orang, tolonglah hormat Tuan Rumah ye! Lepas dah tumpang, kemas tempat anda tumpang tu!
Pastu kalau boleh, kalau nak keluar masuk rumah dia, minta izin. Kalau dia jenis tak kisah nak keluar masuk sesuka hati, takpela.
Yela, bayangkan orang tumpang rumah kita, kita mesti tak suka orang buang sampah merata-rata, makan tak kemas, bilik tak kemas pastu balik macam tu je. Yela, kena ingin, kita menumpang rumah orang, FREE pulak tu.
Lagi baik kalau anda bawakan buah tangan dari Malaysia, macam saya, saya suka bagi baju kurung, or kain batik ke. Pastu suruh dia pakai. Bangga tau! Hihi
Okay itu je nak share. Good luck! Hihihi
Sesape pernah couchsurfing kat sini? Boleh lah share experience anda di komen :)
Thank you for the info Miss Huda. Baru tau pasal coachsurfing ni.
ReplyDeleteYou're welcome dear 😊
DeleteNice info! Boleh share experience couchsurfing? Owner dia macamana, keadaaan tempat tinggal tuh etc thx! :)
ReplyDeleteTerima kasih! Baru nak berjinak-jinak traveling sensorang ( selalu ikut family).
ReplyDeletePernah ke dapat host berlainan jantina? Macam mana menjaga pergaulan? Kemudian, kalau yang didebatkan isu 'bagi kaum hawa, wajib mengembara bersama mahram sahaja', bagaimana pula? Sebenarnya kita boleh mengambara solo atau tidak?
thx for shared
ReplyDeletenonton film semi korea
Pernah guna masa gi Aceh dan Korea. Xstay rumah, just dia bawak jalan2. Sampai sekarang jadi kawan. Best cuba CS ni..
ReplyDelete