Monday 29 February 2016

Restoran Bayu Village, Seremban


 Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan saya cuba untuk makan di sebuah restoran bernama Bayu Village, yang terletak di Seremban. Sekiranya anda biasa dengan tempat di Seremban, tempat ini memang berdekatan dengan restoran Nasi Arab Damsyik dan Burgerbyte di Senawang.

Masa mula-mula menjejakkan kaki di sini, saya berasa kagum dengan tempat ini kerana sangat luas, bersih dan kemas! Makanan di sini berkonsepkan makanan laut, dan anda boleh memilih makanan laut yang segar untuk ditimbang, dan kemudiannya di masak mengikut menu pilihan anda! Seronok kan?




Sejurus sahaja melangkah kaki di sini


Ini merupakan station untuk memilih makanan laut. Ada pelbagai jenis, dari udang, sotong, kerang, ikan dan lain-lain. 



Ini apa yang kami order. Jika anda tidak gemar makan makanan laut, tidak mengapa, kerana di sini juga terdapat menu lain seperti nasi goreng, atau lauk ayam.

Saya cadangkan anda untuk mencuba ayam masak lemon (kalau tak silaplah nama menu itu), sebab rasa dia sedap!

Tapi apa yang boleh saya katakan, makanan di sini memang sedap! Betul tak tipu!



Sup daging pun ada.


Apa yang saya tertarik dengan tempat ini ialah, mereka mempunyai surau yang cantik dan bersih. Selain itu, semasa kami tiba, azan isyak sedang berkumandang, dan menariknya, orang yg melaungkan azan ialah pekerja mereka sendiri, tetapi bunyinya memang seperti semasa kita berada di Mekah. Best!



Kesimpulannya, saya bagi tempat ini 4.5 bintang! Kenapa?

Kelebihan :

- Cantik
- Bersih
- Makanan sedap
- Ada laungan azan
- Ada pelbagai menu

Kekurangan :

- Mahal

Uhuk. Jadi, tempat ini memang sesuai untuk orang yang dah berkeluarga, atau berduit lah senang cerita. Kita yang masih belajar ni mungkin kopak juga duit, melainkan order yang biasa-biasa seperti nasi goreng. Hihi. Nasib la masa kami pergi tu, ada abang tu belanja. 

Ya Allah terharu sangat. Terima kasih sangat-sangat. 

Jadi dah boleh tambah tempat ini ke senarai tempat makan best di Seremban. Boleh baca di post bawah :


Sekian itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.







1 comment:

  1. Nama mcm lecturer i dulu. Nurul huda. Tp math.bukan tesl. Uhuh

    ReplyDelete