Post ini ialah sambungan post sebelumnya, boleh baca dengan menekan link di bawah :
Kami kemudiannya berehat-rehat di hotel kami iaitu
Thai Hotel Krabi. Kalau mengikut Agoda, harga per malam lebih kurang RM 65 ke atas je semalam. Jadi memang berbaloi dan murah.
Bilik dia pun okay, boleh tahan. Tapi google sendiri jelah untuk tengok gambar-gambarnya.
Keesokan harinya, kami pun menuju ke pantai Ao Nang. Perjalanan sekitar 20 minit dari bandar Krabi. Sejujurnya, di pantai Ao Nang ni, takde apa sangat pun. Cuma kat sini memang ada banyak pakej 'Island Hopping' di mana awak naik bot dan melawat island-island mengikut pakej yang awak pilih tula.
Jadi ini contoh harga pakej yang saya ambil untuk rujukan pembaca semua. Seeloknya ambil je sebanyak island yang boleh, sebab alang-alang dah sampai kan.
Memandangkan kami mengikuti rombongan cik kiah, maka, kami tidak membeli mana-mana pakej la sebab semua sudah tersedia.
Antara island yang kami lawati ialah Princess Island, Poda Island, Chicken Island dan selebihnya saya tak ingat. Hahahaha
Memang tak dapat dinafikan, cantik sangat pemandangannya. Air dia tu memang biru sebirunya dan sangat jernih. Memang boleh nampak anak-anak ikan berenang di sini.
Alamak minta maaf ada pakcik sexy kat belakang. Oh ye, lupa nak cakap, antara pemandangan biasa di sini ialah lelaki, perempuan, tua, muda, layut, tak layut, semua bagai spenda dan bikini je. Jadi, saya memang tak syor kan pasangan yang baru kahwin untuk berbulan madu di sini!
Kata mereka ini James Bond Island, saya pun tak tahu sebab dah banyak sangat island pergi, keliru. Selepas pergi satu per satu island, akhirnya snorkelling bersama ikan-ikan. Hihi.
Bila dah penat snorkelling, perut sudah lapar, maknanya apa? Masa untuk beli makanan! Hahahaha
Jangan risau, makanan di sini murah-murah sahaja. Memang mampu.
Antara perkataan penting saya belajar di Thailand :
Mai - Tak
Auuuu - Nak
Mai Auu - Tak nak
Aroiii - Sedap
Mai Aroi - Tak sedap
Krop Mai - Cukup tak?
Krop - Cukup
Mai Krop - Tak cukup
Sila cakap ayat-ayat ini dengan lenggok dan sengau Thai. HAHAHA
Bersambung....
macam best je tengok air tu... memang selamat terjun dah tu..
ReplyDelete