Friday, 5 February 2016

Krabi - La Khaokab Cave

Assalamualaikum. 


Ya Allah, dalam banyak-banyak post, post ini la yang paling tergendala. Nak cerita je, pada bulan disember hari itu, satu hari selepas saya pulang dari Oman-Jordan-Palestine, (boleh baca di link ini : Oman Jordan Palestin Trip)  saya pun terus ke Krabi, kali ini dengan menaiki BAS. Oh ye, yang saya pergi ni, ikut rombongan mak abah saya tau. Bukan backpack. Tapi sekadar untuk kongsi tu okaylah :)

Ya, dari Malaysia memang tidak mustahil untuk ke Krabi dengan menaiki bas. Tambahan pula, destinasi kami bertolak ialah dari Melaka. Ya Allah bertambah jauhlah azab naik bas. Haha, tapi memang satu pengalaman yang menarik!

Perjalanan kami bermula dari Melaka, dan kami bertolak pada pukul 7 malam, dan tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam pada jam 7 pagi. Haa, nampak tak, 12 jam duduk dalam bas. Memang kematu punggung.

Selepas dah selesai imigresen dari Malaysia, kami masuk ke border Thailand pula. Dekat je, kira-kira 15 minit je. Pakcik bas kata, kena sediakan duit RM 2 dalam passport untuk dapatkan cop di passport. Seriously masa ni saya tak sedap hatilah kan. Kenapa kena bagi RM 2 pula, ini kira rasuah ni! Selama ni saya ke Thailand tapi dengan naik kapal terbang, takde pula pegawai imigresen kata kena bayar RM 2 untuk cop stamp kat passport.

Tapi, menjadi golongan minoriti, kita ikut jela cakap dia kan, sebab nak tahu juga prosedur kalau ikut bas macamana. Kang entry denied parah saya, dahlah naik bas 12 jam. So ikut jela..

Semasa di border Thailand tu, kiranya kita sudah berada di Hatyai lah. Yeay, sudah sampai di Hat Yai Thailand. Kat sini, memang rata-rata orang pandai cakap bahasa Melayu la (khususnya loghat Utagha).

Kemudian kami berhenti sementara di terminal bas Hat Yai. Jadi saya cuma nak kongsikan, jika anda backpack ke Hat Yai, anda boleh membeli tiket bas ke Bangkok di terminal bas ini.



Nampak tak papan tanda biru kecil warna biru tu? Boleh tunggu bas di situ. Dari Hat Yai ke Krabi mengambil masa 6 jam dengan menaiki bas. 

Hat Yai --> Krabi = 6 jam
Hat Yai --> Phuket = 8 jam
Hat Yai --> Bangkok = 12 jam


Kami kemudiannya bersiar-siar di bandar Hat Yai dan destinasi pertama kami ialah.....


Kedai souvenir. Hahahaha baru sampai dah beli dah.



Kat sini memang banyak souvenir murah-murah la. Antara barang terlarisnya ialah T-Shirt. Beli 12 percuma 1. Harga borong kira-kira 100 baht la untuk sehelai baju.

Kami meneruskan perjalanan kami ke Krabi. Lebih kurang 5 jam 30 minit perjalanan, kami tiba di tempat yang jarang-jarang orang pergi, tetapi saya memang SYORKAN pembaca pergi iaitu

La Khaokab Cave

Apa istimewanya tempat ini? Fuhhh memang besttt. Orang kata, masuk sini ibarat masuk kepala naga, keluar dubu naga.

Bunyi macam eleh tak bestnya. Itu sebelum saya merasai sendiri la. Tiket masuk 300 baht.

Nasihat saya untuk yang berminat nak ke gua ini, perut tu kena kempis kan siap-siap la hihi.

Bermulanya kami dengan menaiki sampan yang di dayung oleh dua orang jejaka Thai.



Mula-mula tu cam hampa la, la naik sampan jeke. Pastu tiba-tiba dah mula masuk pintu gua. Dalam hati saya, okay macam best je ni! Tak sabar!


Dah menulusuri gua, kami tiba di kawasan darat di dalam gua itu, dan bolehlah untuk berjalan-jalan untuk mengambil gambar. Memang cantik tempat ini sebab batu-batu dia unik. SubhanaAllah


Setelah 10 minit berjalan, pemandu pun membawa kami ke sampan semula. Dalam hati, la ni jeke, tak bestnya. *hampa lagi*

Fuh, masa balik tu. Memang dahsyat la. Selama ini yang dihampakan tu, memang tak berbaloi hampa sebab bila balik tu boleh sampai rasa macam nak mati, dan taknak buka mata dan rasa nak menangis dan macam-macam lah. Kenapa jadi camni? Haaa jom sambung baca. Haha.

*Gambar saya ambil di google je sebab masa ni, nak keluarkan handphone pon saya takut dan menggigil*

Jadi pendayung pun mula lah mendayung. Jarak antara kepala kita dengan siling gua tu, makin lama makin rendah, sampai kita terpaksa berbaring. Ya, memang sudahnya kitorang memang kena baring! Tiada cara lain selain baring untuk selamatkan diri kita!



Diingatkan, di atas kami ialah siling / dinding gua, dan di bawah kami ialah air. Kiri kanan memang macam tu je pemandangan dia, jadi sekali dah masuk, tiada jalan keluar selain kena teruskan juga sampai keluar 'dubur naga'.

Memang takut sangat, bayangkan, hidung saya ini hampir sikit lagi nak kena toreh dengan siling gua tu. Betapa dekatnya jarak siling tu dengan kita. Masa tu memang pejam mata dan berdoa pada Allah supaya cepat sampai ke hujung sebab dah tak tahan rasa sesak, rasa nak menangis, rasa takut. 

Ada seorang pakcik tu, perut dia boroi, sampai sampan tersangkut dekat tengah-tengah gua tu ya Allah nauzubillah nasib baik tak jadi kat kitorang. 


Tapi jangan risau, pendayung tu memang dah mahir, dia yang akan menolak sampan tu supaya bergerak dengan menggunakan tangan dia. Akhir sekali, nampak sinaran cahaya. Ya Allah bersyukur sangat. Kaki masa tu memang dah terketar-ketar. Hahahaha



Tapi untuk rasakan pengalaman tu, memang saya syorkan pembaca cuba. Memang best sangat dan tak rugi lah duit tu. Haha

No comments:

Post a Comment