Thursday 21 January 2016

Kenaikan Harga Pre-Book Luggage Air Asia

Hi semua. Apa khabar?

Tadi, saya tengah check inbox email saya. Tiba-tiba.. Dapat satu email ini dari Air Asia. 

Tajuk dia terpampang besar-besar 

NEW BAGGAGE PRICING

Aduhhh. Sakit dada baca ini berita. Haiyaaa. Baru baca tajuk tau. Belum baca intipati dia lagi!

Jadi saya kongsikan sikitlah apa intipatinya :



Ok lah, saya rumuskan. Ceritanya, mulai 28 Januari 2016, bagasi yang di tempah atau add on selepas pembelian tiket, akan di naik harga.

Buat masa ini, kalau kita belum pasti nak beli bagasi tambahan, kita masih boleh add on kemudian, caranya pergi ke Manage My Bookings, dan harga bagasi itu sama seperti harga jika kita beli tiket buat pertama kali.

Tapi kali ini, Air Asia nak kita beli bagasi semasa kita beli tiket penerbangan untuk harga yang murah. Kalau nak 'add on' bagasi di kemudian hari, kiranya harga pun bertambah, tapi walau macamana pun masih murahlah berbanding bayar untuk bagasi semasa di kaunter.

Jom tengok harga selepas 28 Januari 2016 berapa.



Geram tauuu, Air Asia ni pun tak menyabar nak naikkan harga. Seboleh-bolehnya nak secepat mungkin. Ini ibarat menganiaya pelanggan la ni, boleh pula kalau nak add on bagasi di kemudian hari kena bayar lebih. Tak patut! 

Boleh baca entri saya untuk cara-cara nak add on bagasi Air Asia di :


No comments:

Post a Comment