Monday 18 January 2016

Cara mudah nak faham bahasa Korea


Assalamualaikum. 

Hari ni nak share cara mudah untuk belajar bahasa korea. Alhamdulillah, saya cuba cara ini, dan memang sangat membantu semasa di Korea, di mana masa tu memang tak ada langsung bahasa Inggeris, jadi memang terpaksa baca bahasa Hanguk sepenuhnya!

Tapi kena ingat, tiada short cut untuk berjaya! Dah dapat ilmu ini, mesti kena ulang-ulang sampai mahir!

Pengenalan

Bahasa Korea ni, sama je macam bahasa Melayu dan Inggeris. Dalam penulisan dia mesti ada huruf Konsonen dan vowel. Sebagai contoh :

m + a = ma

m ialah konsonen
a ialah vowel


Bahasa korea pula, kebiasaannya terdiri daripada dua huruf, iaitu konsonen dan vowel. Tapi kadang2 ada juga tiga huruf dan ada jugak  empat huruf. Tetapi, walaupun ada empat huruf, huruf vowel nya hanya ada satu sahaja. Berikut ialah contoh tulisan Hangul.

Hijau merupakan vowel, dan lainnya merupakan konsonen.

 


Cara bacanya :

1 - Ga
2 - Gan
3 - Ganh

Okay relax, relax, mungkin pembaca sudah pening. Tadi saya hanya nak perkenalkan tulisannya sahaja. 

Jadi jom belajar cara nak baca / tulis  Hanguk ini. Saya dah buatkannya dalam jadual. Berikut merupakan panduan membaca jadual ini :

Warna turqoise : Tulisan Hanguk
Warna Biru : Cara sebutan mengikut tulisan rumi
Garisan Merah  / Putih dalam gambar : Cara nak ingat huruf itu dan perumpamaannya pada gambar.

Berikut merupakan huruf-huruf konsonen (seperti dalam bahasa Melayu konsonen g, n, r, m, b)


Okay, kalau agak-agak dah boleh ingat dah konsonen, boleh teruskan dengan vowel pula. Di bawah ini ada 5 vowel yang biasa kita dengar, a, e, i, o, u. Yang ini, memang kena hafal bentuk dia.




Latihan :

Okay, sekarang dah boleh baca sikit-sikit. Cuba tengok gambar di bawah ini dan rujuk pada jadual konsonen dan vowel. Nak tengok hasil yang awak dah pelajari. Dapat baca ke tidak. 



Masih pening-pening lalat? Okay kita buat satu per satu.

1) Mulakan dengan kiri


Huruf pertama ialah apa? Ye, huruf konsonen. Jadi sila lihat di jadual konsonen di atas. Cari yang sama bentuknya. Okay dah dapat? 

'G' kan?

Sekarang, tengok huruf sebelahnya. Itu ialah apa? Vowel. Ye betul!

Tapi tu vowel apa? 

'ae'

2) Sekarang, tengok bahagian kedua pula


Okay, lagi sekali. Yang huruf pertama belah kiri ialah konsonen. Jadi tengok jadual, yang mana satu. Jawapannya ialah 'R'.

Sebelahnya pula ialah vowel 'i'.

3) Gabungkan yang pertama dan kedua 

Jawapannya ialah ................

GARY 
(sebutan Gae Ri)

Latihan tambahan. Cuba selesaikan ini :

1. 마  리 =
2. 바     =
3. 두   리 =
4. 구  니 =

Dapat betul tak? Kalau betul tahniah! Anda boleh teruskan pada langkah seterusnya. Iaitu dengan menghafal lebih banyak huruf konsonen dan vowel! Hihihi. Tapi takkan lah semua nak disuap. Jadi kena usaha sendiri. Semoga berjaya!!

Konsonen tambahan :


Jika anda perasan, ada sesetengah huruf yang sebutan dalam rumi nya sama. Contoh huruf g/k, r/l. Ini bermaksud, penulisan di bawah boleh di baca dengan dua sebutan :


1.  리 = Ri (atau) Li
2.   = Gu (atau) Ku

Jadi boleh sebut je mana2 sebab bunyi dia lebih kurang je pun.

Vowel tambahan :

Untuk yang tiga huruf pula, macamana nak bacanya?

Nanti bersambung....



21 comments:

  1. opi sukaa . thanks for sharing. dari dulu belajar, tak faham2. hahaha. la ni baru lepas 'gae ri' -.-

    ReplyDelete
  2. Yeay!!! team bahasa korea.. best kan sambil travel sambil belajar bahasa luar? :)

    ReplyDelete
  3. Wargh bestnyeeeee tapi pening kepala tengok ahaha

    ReplyDelete
  4. Perghh first time boleh membaca hanggul! Tq cikgu dee :D

    ReplyDelete
  5. Perghh first time boleh membaca hanggul! Tq cikgu dee :D

    ReplyDelete
  6. tq...b4 bc kat sini...sy dah.belajar sikit2,kat application blja bhs korea...sso mmh sng faham lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nama aplication belajar bahasa korea to ?

      Delete
    2. Apa nama aplication belajar bahasa korea to ?

      Delete
  7. WORLD CLASS Korean Folk Ballet (Dance and Singing) @Istana Budaya
    Kuala Lumpur from January 14 to January 17, 2017
    GIVE Your Loved Ones, Families, Friends, Colleagues,
    UNFORGETTABLE EXPERIENCE From Breathtaking to Heartwarming

    Please check our link http://koreaevents.blogspot.my
    Sharing is caring.
    Net proceeds will go towards charity.
    Hurry. Group Discount Available - Call/Sms - Alexander HP: 0162779698

    ReplyDelete
  8. Fuhh dh leh ckp korea dh pasni 😂

    ReplyDelete
  9. mcm mne nk tngk part bersmbung tu

    ReplyDelete
  10. ㅔ sebutannya macam 'e' dalam perkataan reka.

    ㅣ sama je macam huruf 'i'.

    ReplyDelete
  11. Bestnya boleh belajar bahasa korea... Teringin nk belajar lbh bnyk... Tp kita kekurangan kelas bahasa kalau ada pun yuran x mampu utk yg bergaji kecil 😣

    ReplyDelete
  12. Salam kak , sambungan nak tengok dekat mana ?
    Harap balas amin .

    ReplyDelete
  13. Tq, sy dah pandai sket 🤝👏🏻👏🏻👏🏻🤝

    ReplyDelete
  14. sebelumni saya dah pernah belajar hangul ni , jadi macam senang lah nak faham sikit sikit ni , haha .

    ReplyDelete
  15. 대단히 감사합니다!😍😍🥺

    ReplyDelete
  16. Thanks in support of sharing such a nice opinion, piece of writing
    is good, thats why i have read it fully. 바카라사이트
    (mm)

    ReplyDelete