PENGENALAN
Alhamdulillah, selesai sudah misiku menjejaki 3 buah negara iaitu Oman - Jordan - Palestine. Trip kali ini memang membawa kepada 1001 pengetahuan baru yang mungkin selama ini ku alpa. Sudah tentu perjalanan saya kali ini bukan bersifat 'backpackers', tetapi kami telah sertai rombongan bersama ALCC TRAVEL yang dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Abdullah, yang memang terkenal dengan pakejnya ke Palestin.
Harga ALL-IN bagi pakej ini ialah RM7400 seorang.
Untuk post ini, saya akan ceritakan dahulu serba sedikit mengenai pakej travel ini. Hal ini demikian kerana saya amat berpuas hati dengan pakej dan servis yang ditawarkan mereka.
Segalanya bermula apabila mak saya mendengar di radio IKIM mengenai trip ke Palestin yang diterajui oleh Ustaz Mohamad. Pada mulanya kami agak runsing untuk ke sana kerana pelbagai tragedi buruk yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Antaranya rusuhan antara yahudi dan rakyat Palestin, tembak menembak berlaku di persekitaran Masjidil Aqsa dan rakyat Palestin tidak dibenarkan untuk solat di dalam Masjidil Aqsa.
Namun, setelah diberi pencerahan oleh Liana, salah seorang staff ALCC Travel, segala kebingungan dan keresahan kami terjawab. Mereka baru sahaja pulang daripada trip Palestin pada bulan Oktober dan beliau mengatakan semuanya selamat terutamanya bagi para pengunjung.
Kira-kira beberapa minggu sebelum tarikh bertolak ke sana, saya pon mengambil inisiatif untuk menelefon pihak ALCC bagi mengikuti pakej ini. Kebetulan pula ada beberapa orang yang menarik diri di saat akhir, dan kami dapat mengisi ruang kosong itu. Alhamdulillah rezeki kami.
Anda boleh ke website mereka dengan menekan link di bawah :
Pada mulanya kami dikehendaki untuk mengisi borang secara online segala butir-butir mengenai kita. Boleh tengok contoh seperti di bawah.
Kemudian kami dikehendaki untuk membuat pembayaran deposit iaitu sebanyak RM 1000 seorang. Pembayaran selebihnya boleh dibuat secara beransur. Kami membayar secara beransur sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Tapi Alhamdulillah, group tour ini semua jujur orangnya.
Beberapa minggu sebelum tarikh berangkat ke Palestine, kami dipanggil untuk mendengar sesi taklimat di ibu pejabat ALCC GROUP di Shah Alam. Semasa di sana, baru kami tahu bahawa rombongan yang mengikuti trip ini ialah seramai 83 orang termasuk staf.
Kami turut diberikan booklet yang mengandungi sejarah mengenai Palestin, Islam, info penerbangan kami, tentatif, senarai jemaah dan soalan quiz yang perlu kami jawab. Sejujurnya, ini pertama kali saya jumpa pakej yang begitu sistematik. Pada mulanya, kami diberi penerangan oleh Liana dan Ustaz Hafez. Kami agak kecewa kerana sudah tentu kami ingin berjumpa dengan Ustaz Mohamad, atau nama gelarannya, Ustaz Amin. Dan lagi sekali, Alhamdulillah, beliau hadir untuk sesi taklimat dan beliau sendiri yang memberikan taklimat dan pengalaman beliau semasa di Palestine.
Seperti mana yang kita lihat beliau di dalam TV dan mendengar ceramah beliau di dalam radio IKIM, seperti itulah beliau di alam realiti. Beliau sungguh ramah, dan membawa aura ceria kerana lawak-lawaknya itu. Malah, dengan mendengar cara beliau gelak pun sudah cukup untuk buat orang lain tertawa.
Ustaz Amin memberitahu kami bahawa sepanjang trip ke Palestin, insan-insan yang bertuah akan mendapat 'sesuatu' di sana. Sebagai contoh, ustaz telah mendapat beberapa buah buku yang berusia ribuan tahun, pedang dan macam-macam lagi. Ada pula jemaah yang mendapat ilmu yang bermanfaat seperti doa-doa mustajab yang boleh dikongsikan dengan para peserta yang lain.
Para jemaah berpusu-pusu ingin mengambil gambar dengan Ustaz Amin.
Sebelum terlupa, semasa menghadiri taklimat ini, para jemaah dikehendaki untuk membayar sejumlah 100 USD bagi mendapatkan receiver dan bagi membayar TIPS semasa di sana.
Okaylah, setakat itu sahaja pengenalan bagi trip ini. In sha Allah saya akan ceritakan sambungannya di post seterusnya.
Klik link di bawah untuk meneruskan bacaan :
1. Oman trip
2. Jordan Trip Part I
3. Jordan Trip Part II
4. Palestine Trip
Klik link di bawah untuk meneruskan bacaan :
1. Oman trip
2. Jordan Trip Part I
3. Jordan Trip Part II
4. Palestine Trip
maaf bertanya... brape wang usd yg saudari bwk ke sana? betul ke ade had bawa wang masuk ke palestin?
ReplyDelete