Review Wadi Hadramawt, Jalan Ampang

20:00:00

Assalamualaikum Ya Ahli Kubur... Sejak makan makanan arab ni kena acah2 cam arab sikit lah haha.

So pada 10/10/2015, kami sekeluarga telah ke restoran Wadi Hadramawt pula untuk celebrate my mum's early birthday. Mama nak try kat sini sebab sebelum tu ada masuk dlm JJCM kot. tak tahu lah hahaha..

Camne nak ke tempat ni? Korang kena WAZE Wadi Hadramawt Jalan Ampang. Tempat ni cam tersorok sikit, tp korang boleh nampak from the banner outside la. Dan jangan terkejut, restoran ni berkongsi kasih dengan showroom kereta dan ada la banyak2 kereta so I was like emmm. Not a good surrounding.

Oh yes, before that, even though I went to Hadramawt Jalan Ampang the last time, so I will try not to be biased as possible


Gambar ikhlas dari Google sebab masa kitorang sampai tengah hujan.



But once I masuk inside, it was spectacular! Bercirikan Yaman jadi sangat cantik. Tempat ni not so big la kat bahagian dalam, and dia pon ada tingkat atas but more to family or tempang nk makan buffet.

So we sat down, approached by a not so friendly lady. She gave us the menus and kitorang pon tengok2 la apa nak makan. Kitorang order :

1. Mullawah RM 16
2. Moroccan Harira Soup RM 7
3. Hummus RM 9
4. Overbaked Chicken RM 20 
5. Wadi Hadramawt Mix Grill RM 33
6. Mango Juice RM 10
7. Arab Tea Pot


Within the first few minutes kitorang duduk, dah sampai Mullawah dan Hummus. Sedapppp. Mullawah ni macam roti canai je, cuma supersized! 4x the size of the normal roti canai.

Hummus pulak cam kacang kuda yg di blend, dan dituangkan dengan kacang kuda dan diletak carrot.

Mullawah dia sedap, kacang kuda dia tak sesedap yang aku pernah rasa. But I still love this Hummus.


Ni overbaked chicken dia.. Nasi dia a portion for two! Nasi dia sangat sedap, comes with tomato apa tah tu. Haha


This is my Wadi Hadramawt Mix Grill. Sedap gilaaa. Comes with udang and ikan pari kot. Sedappppppp. Cuma fries dia cam fries McD yang dah sejuk tu. Yang sos putih tu, sos tartar. Kalau korang makan first time mungkin terkezut sikit la, tapi I like it!

Must try Moroccan Harira Soup. Terlupa nk ambil gambar sebab sedap sangat sampai dah habis. Haha. More or less it looks like this la :


Yang soup ni memang power! sedap.

Kemudian, waktu solat tiba. Kami pon bergegas utk menunaikan kewajipan. Bila masuk surau dia ALLAH. Pathetic!

Lelaki punya ruang okla, perempuan punya, dahla dengan sempit, pastu tempat wuduk pon kt situ dengan simen tak siapnya. Ya Allah sedih sangat. To me it's quite disgusting, sorry to say la sbb kedai dh grand tempat solat tak jaga. 

Nasib tandas dia bersih. Kalau tak lagi kurang aku bagi bintang ni.

Review :

Pros :

1. Makanan sedap
2. Tak berapa mahal
3. Jus mangga dia dari kotak je 
4. Service cepat
5. Tandas bersih
6. Tempat sangat cantik

Cons :

1. Waiter not friendly ( not all )
2. Surau tak best
3. Limited parking
4. Restoran tersorok
5.  Kebersihan memuaskan namun perlu ditingkatkan lagi

Oleh itu, nora bagi :


Related Post

0 comments