Sunday 13 September 2015

Tadom Hill Resort Review

Rating : 

Hi everyone. 

Harini nak share yang semalam, 12/9/2015, aku pergi TADOM HILL RESORT. Yeahhhh, semua orang duk post2 gambar cecantik jadi kita kena terjahhh jugakkk..

So bertolak pukul 10 even janji pukul 8.30 (biasala janji Melayu) pastu tiba sana around 11 lebih sikit la. Korang WAZE je, dan WAZE ni pon scary juga bagi jalan dalam yg scary. Haha. 

So dari jalan tu dah boleh nampakla banner dia kecik kemetot je belah kiri. Ikut je banner tu.

So sampai2 je of course lah bergambo dlu kan.


Oh ye, ni nak cerita sikit. Tips penting utk ke sini :

- Tempat ni belum ada establish online booking so memang kena walk-in or call.
- Tapi masalah walk-in ni, korang kena CEPAT, datang tepat pukul 10 sebab.... Sebab dia limit kn only 150 orang je yang boleh masuk dalam satu2 masa!
- Gune concept "FIRST COME FIRST SERVE". So the first 150 pax yg sampai je boleh masuk dlu. Yang lain? Mereput. Haha taklah. Yang lain kena tunggu la beberapa orang dari 150 orang yg dah masuk tu untuk keluar pula, baru korang boleh masuk.
- Kat cafe dia, takde makanan sangat *belum fully operating kot*  Yang ada, Maggi and perhaps Nasi Goreng.
- Jadi bawaklah makanan korang sendiri dan picnic.

Harga ticket as per 12/9/2015 :

RM 20 sorang
RM 17 kalau datang more than 5 people
RM 15 more than 10 people.

Masa kitorang sampaikan, rupanya dah PENUH. Pastu tercongok la menunggu. Tapi Alhamdulillah, Allah maha pengasih dan penyayang, baru 10 min tunggu, dah ada orang keluar (probably dia check out dh kot, from last night kot)

Kebetulan pulak aku sebelum tu ada borak2 dengan owner dia, jadi dia recognise aku dan dia bagi kitorang masuk. Oh ye, owner dia memang akan tercongok situ jugak dan akan explain berulang kali kepada new visitors that due to safety, hanya 150 org yg dibenarkan masuk dalam satu2 masa.

Jadi, bila dapat masuk tu, baru boleh proceed utk bayar kat cashier and dpt ticket.



Akhirnyaaaa. Sujud syukurrr






Kat sini banyak gunakan buluh. Almost everything is made out of bamboos.




Fengfeeling posing dlu sebelum lenjan masuk air.




Yup, kitorang bawak picnic sikekkk. Siap bawak kek tau. Boleh follow IG : @alaalasweet utk tempah kek best2!



Ini lah owner dia. So bagi cake kt owner dia. hehehe. Nama dia luke or Lucas *tak ingat*


Berendam timeeeee


Pada yang tatot tatot tu (takut) utk berenang, boleh la duduk atas kerusi bamboo ni dan berterapungan. Haha.


Boleh try kayak jugak.


Main dengan buai dia.

Basically, below are the facilities yang ada di situ :





Ini tempat parking dia okay!


Cafe crowded.


Khemah2 comel tempat campsite. Boleh BBQ ye kat sini sbb nampak orang berbakar kat situ. hahahaa


Inilah HAMMOCK SPHERE. Bestkannn. Next time maybe nak try tidur sini kot cm cool haha.


Don't forget to try out the ATV kat lua ni for RM 15 one lap!



Okay tu je gais. Boleh check it out gais. Have a safe weekend gais. :)

Rating : 

Review : Kenapa 4 bintang? Sebab tempat ni memang best utk hangout. Kenapa tak 5 bintang je terus? Sebab banyak yang tak siap lagi, plus, cafe dia buat slack sbb tak banyak makanan. Haha. Okay tu je review. Overall, this place sesuai utk seisi keluarga, nak lagi fun, boleh bawak pelampung sendiri semua. Umur yang sesuai ke sini probably 5 years old ke atas kot, itu pon not too many activities yg sesuai pon utk dorang. :)

P.S : Aku menyampah betul ngn segelintir umat Malaysia. Ni dahlah tempat baru, pastu tengah  aku jalan berbahagia dgn rakan2, tetiba nampak orang ni, bukak wrapping ice cream pastu buang kat tanah! HOIIII AGAK2 LAH. TAK RETI JAGA KEBERSIHAN KE?!

Aku memang panas orang yg pengotor ni. Macamana nak jadi MALAYSIA BERSIH kalau segelintir umat tu pengotor nauzubillah! Korang dah picnic tu, make sure bawak plastic bag hitam tu dan buang dalam tu. Bukan buang merata2. Okay tu je. Byeee haha

Website : tadomhillresorts.com

Tips murah : Pergi awal! Dapatkan peluang utk hangout di sini dgn harga murah sbb lepas dia launching CONFIRM mahal. 

Please do read my latest post on Tadom Hill Resort for the latest improvements there :

Tadom Hill Resort Review (Upgraded)

30 comments:

  1. Dear ni harga pre opening right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp. By november dah harga lain rasanyaaa

      Delete
  2. salam blogging... i think i saw u guys yesterday hihi
    http://blog3kaki.blogspot.my/2015/09/tadom-hill-resort-banting-weekend.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha terus buka your blog.kte tak igt akak, but I certainly remember your daughter hehe 😊😊

      Delete
  3. pergh !! smart !! pasal jerebu jek akak tak sampai kat sana lagik.. cun cun.. masuk wishlist must to do !! hee~

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. salam perkenalan. terima kasih kerana menyinggah. jemput dtg lagi :)

      Delete
  5. best hangout ngn kawan2 sekepala ni.. boleh la nk survety tempat ni

    ReplyDelete
  6. Salam.. Boleh menginap ke disini kak?

    ReplyDelete
  7. Am planning to be there with a family of 5. Youngest 5yrs. Which one is better? Stay there for a nite or walk in?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgr cerita dh xde walk in dh. Sbb susah utk dikawal. Haha. Tp best klu tidur sana. 😊

      Delete
  8. Harga tiket termasuk life jacket sekali ke sis?

    ReplyDelete
  9. jauh tak one lap atv tu, brape panjang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la jauh camne, tp kira2 dlm 10 minit per ride if not mistaken. Igt2 lupa dah hehe

      Delete
  10. setiap aktiviti harga berapa ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh included semasa bayar per entry. Cuma ATV dan extreme sports yg lain adalah di luar kawasan perairan so kena byr extra :)

      Delete
  11. Great blog with rich information.We would love to hear more about your posts, so please keep sharing such articles with us.Pench tiger reservoir is also the best place.Enjoy the place. For more details visit: jungle safari booking pench

    ReplyDelete
  12. hai sis, bayaran masuk tu dah include aktiviti sekali ke?

    ReplyDelete