Review : The Shore Sky Tower Malacca

07:16:00


Review : 

Salam guys. Pada jumaat petang 18/9/2015, aku nak cerita yang aku pergi 

The Shore Sky Tower Melaka.

Sebab apa? Sejujurnya aku ni GAYAT. Jadi nak pergi tempat camni untuk kurangkan sikit rasa gayat tu. *Naik plane aku tak gayat, tapi naik bangunan tinggi gayat bak hanggggg*


Cara nak ke sini, ikut je jalan ke Bandar Melaka macam biasa, petunjuk mudah, ikut jalan ke Dataran Pahlawan or Mahkota Parade. Then start tengok signboard coklat tulis TAMAN REMPAH dan RIVER CRUISE. Lama2 tu baru jumpa The Shore Sky Tower. So ikut je k simpang tu.

Sampai2 je, boleh parking kt dalam The Shore Hotel tu. FREE PARKING. Tak tahula lepas ni kan.. Dah park tu, korang kena naik lift hingga ke tingkat 41. Dah sampai tingkat 41, tukar lift pulak, untuk naik ke tingkat 42. Haha. Macam2.

Dah sampai tingkat 42 tu, inila first view dia. Kaunter tiket. RM 18 ye SEKALI MASUK. Once masuk, no turning back. Nak pergi toilet, pergi siap2 sebelum masuk.









Dah masuk tu, inilah yang korang jumpa dulu. Hanging skywalk. Aku yang panggil nama dia tu, tak tahu la org panggil ape. haha. Nak jalan kat sini seram weh! Sebab bole nampak bawah *which is tingkat 41 la* Tapi seram jugak kalau jatuh kan. haha



View ke bawah yang boleh nampak. Serious, masa mula2 menapak sini rasa longlai je lutut. Tak boleh nak jalan sebab cuak gilaaaaa. Mungkin banyak sangaat tengok final destination hahaha



Ni ha, tangga dia jarak2 boleh nampak bawah.



Agaknya ikan ni gayat jugak tak? Best sebab boleh nampak ikan berenang kat atas tu..


Boleh nampak orang hanging from below. Haha. Oh ye, nak habaq je, yang boleh see thru bawah tu, hanya one spot tu je. Itupon kalau nak gambar kat situ, kena guna kamera dia. Kalau nak gambar tu, bayar, tak nak tak pe dia cakap.

Kat atas, view dia camni..



So kat sini, kalau korang nak hangout sekadar buang masa, nak tengok teleskop ke apa ke, nak picnic ke,  nak  propose kahwin ke, boleh la.





Belanja muka kerek dah sampai sikit. Haha


Yo, I'm walking on a glass and I can see the building below. 

Kitorang duk sini sampai malam. Haha. Yela taknak sia2 kan RM 18 begitu sahaja. Besides, boleh tengok both day and night view


Night view. 




Tips : Sila bawak segala Powerbank yang ada sebab as said earlier, once dah masuk tak boleh keluar dah. Haha. Bawakla laptop ke apa2 ke utk buat kerja kat situ, Syokk.

Review : 

Kenapa bagi 2 bintang je? Ikutkan hati nak bagi 1 je sebenarnya, tapi bila pertimbangkan kawasan dia bersih, tenang, nyaman, so bagi la another 1 bintang. 

Cuma yang tak best nya bayar RM 18 tapi there's nothing much for you to do. Once dah masuk tak boleh keluar. So, kalau rasa taknak bazir masa, aku suggest korang buat lah assignment ke ape ke, bawak laptop naik atas dan buat kerja. Besides, nak amik gambar kat tempat glass floor tu pon tak boleh guna kamera sendiri. Dia bagi amik gambar kaki je hahaha. 

Other than that, it's a good experience utk yang ketaq lutut, gayat cam aku ni ha.

:)

Related Post

20 comments

  1. wahhh cam best je.. tapi mesti mummy ketaq lutut nak naik ataih tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kte pon gayat mummy, tp dah lama2 tu baru okayy hehe

      Delete
  2. pergh...bayar RM18 semata-mata nak buat assignment kat situ, haha, itu hebat kalau ade yg sanggup...

    Baru ingat nak pergi, thanks for the review. Memang cantik kalau sesiapa nak buat photoshoot kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla. maksud kita, pergi utk pertama kali tu bawakla laptop siap2 sbb rugila kalau first time g tu melangok je haha

      Delete
  3. hihihi.. cik en takut dengan ketinggan.. hahaha.. x mungkin kesini
    Terima Kasih join Pencarian bloglist nurfuzie.com #1..
    Jom BW peserta yang lain : Bloglist Nurfuzie.com

    ReplyDelete
  4. pergh..mau tak ketaq lutut la. Kat KL ada satu skypark dekat onecity..jalan atas kaca bangunan puluh2 tingkat..uwaaaaaaaaa dah kena tobat xnak pegi dah.

    ReplyDelete
  5. Best ya...
    Nak kena pergi try juga nie...

    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  6. teringin nak gi one day...rm18 entry fee..ketaq poket nak keluar duit bayo tuuu...

    singgah dari Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #1

    ReplyDelete
  7. Teringin nya nak pergi. Saya pernah pergi yang dekat ioi city mall, putrajaya tu je. Free je cuma tak la sehebat macam ni tempat dia. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt ioi ada eh? seriously? kat manaaa?

      Delete
  8. alaa knpe da msok x leh kuar balik..rugiiii..tp nk gak pi nanti heheh..salam kenal
    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1

    ReplyDelete
  9. mcm best je ;p
    view pon chantekk

    ReplyDelete