Monday, 9 March 2015

Cara nak beli tiket KTMB Online


dah pergi ke web dia tu, 

Step 1 :
boleh la sign up as new user and then login. Pastu pilih origin dan Destination

Contoh, 
KL Sentral - Woodlands

Step 2 :
Pilih tarikh yang korang nak pergi

Step 3 :
Pilih train. Macam aku, aku pilih tengah malam sebab senang, pagi tu sampai2 je boleh terus buat aktiviti. Tak payah nak kena book hotel untuk tidur kalau sampai waktu malam kan..


Step 4 :
Pilih jenis coach. Ko nak berkatil ke, duduk ke, ikut keselesaan




Aku nasihatkan korang jugak supaya beli tiket RETURN siap2 (kiranya masa book tu, cakap nak tiket untuk balik sekali la). Aku plan nak pergi untuk 1 day trip je. So :

0014 Bertolak dari Seremban ke Woodlands
0655 Dijangka tiba di Woodlands
2330 Bertolak semula dari Woodlands ke Seremban
0530 Dijangka tibe di Seremban

Dah pilihkan tarikh, coach, and train? Sekarang tinggal pilihan untuk membuat booking je.

1. Book online terus kat website tu

Review - aku tak galakkan sebab nanti jadi cam aku haritu, account bank dah tolak tapi kat page KTM tulis UNSUCCESSFUL. So satu hal pulak nak kena call itu ini untuk dapatkan duit balik

2. Call KTMB

Review - I think this is one of the best choice kot. Call je cakap nak train ape bla2 seperti details yang korang nak pastu nnti dia bagi code, korang claim kat KL Sentral or mana2 ktm yang korang akan bertolak tu, cakap kod yang sama okay. So bayar kat kaunter je nanti

3. Pergi terus kaunter and beli

Aku tak berapa pasti cara ini boleh ke tak, tapi dengar cerita orang tak boleh ters walk in untuk beli tiket sebab memang kena book dulu.

4. Email KTMB

Aku ada try cara ni, memang dia akan respond, tp lembap. Bila dah respond tu, dia cakap seats fully booked. Nasib baik sebelum tu aku dah teragak nak call. Kalau harapkan email sia-sia je tak dapat seats tau!

So, sekarang, pilihan berada di tangan anda. Choose wisely. Peace yoo.

1 comment:

  1. macam mana cara nak cetak tiket yg dah dibeli melalui online?

    ReplyDelete