Seperti yang di janji kan, aku akan update pasal Perth. Haha.. Oh ye, masa dlam flight korang akan dapat 'declaration form' tau. Jadi sila isi dengan jujur, kalau bawak maggi, tick dekat section 'contains vegetable, .... product' sbb kat sana kat strict sikit. Setibanya di airport Perth tu, kitorang terkejar2 jugak nak solat subuh sbb landing puluk 5.35, nak lepas immigration lagi.. Haa, masa kat immigration tu, dia check passport dan ETA (yg dh link kt passport tu), fuh alhamdulillah lepas and takde pape masalah. So, aku recommend korang kalau nak buat ETA VISA yg murah, boleh buat kt website ni :
Bila dah lepas immigration, ada 2 org polis kastam ni tanya :
"Did you bring any sambal ikan bilis?'
Aku ngn kawan aku ape lagi tergelak lah kitorang, nampak sgt ramai Malaysian yang bawak sambal ikan bilis sampai mat salleh pon tahu nak menyebutnya. Lepas turun escalator tu, baru dapat pergi tempat luggage, tp ktorg xde pon check in luggage, so bolehlah pergi solat terus. Ktorang solat kat nursery je (yg biasanya sebelah toilet, ada 1 bilik khas untuk tukar diapers baby so mmg comfortable dlm tu). Bila dah solat tu, ada kena check bag lagi (berdasarkan declaration form yg korg isi tu), tp ktorg lepas and tak kena geledah pon. Ada tu sampai kena bukak bag, siap ada anjing lagi tlg membantu check bag2 dorang. Fuh nasib baik tak kena macamtu.
Kitorang beli simkad vodaphone dkt airport sbb ramai kata nnt susah nak cari simkad kt tgh2 bdr. So kitorang beli simkad $30 tu tp dpt diskaun n jadi $24 je. Nak daftar tu kena bagi passport kita sbb kte kn bukan warganegara dia. Dapat $420 talktime dan 500mb data. Bila dah ada kt Perth ni, sudah tentu nak balik hostel kan utk letak bag semua, baru la best nk jalan. Aku stay kat Malaysia Hall, jadi persoalannya sekarang ni. Macamana nak ke Malaysia Hall? Okay, dari entrance airport tu, boleh tunggu taxi/shuttle bus. Shuttle bus ni $16, taxi tak tahu la bape mesti lagi mahal. Nak jimat, kitorang naik CONNECT BUS, sbb kat international airport, tak de bus yg ke bandar ye, harap maklum. CONNECT bus ni akan bawak ke Terminal 3 yakni domestic airport dia. Dalam 10 min perjalanan, sampai ke domestic airport dia. kat situ baru la banyak bus stand.
Dia akan berhentikan korg kt hujung2 bus stop tu, jadi korang sila berjalan ke bus stop yg kt belah kiri yg dkt dgn pintu masuk airport tu. Kalau ada tulis 'Transperth' warna hijau tu betul la tu. Haa tunggu situ sampai bas nombor 37 atau 40 datang dan cakap nak ke ST GEORGE TCE. (Tce tu stands for terrace) Kalau ko travel berdua, cakap nak can I have a FAMILY DAYRIDER to ST GEORGE TCE please.
Harga dia camni :
$4.20 utk satu tiket, valid for 2 hours in certain zone (kiranya valid utk 2 jam so dgn tiket sama boleh naik mana2 bus/ferry/train TRANSPERTH di bandar)
$11.80 Dayrider/ Family Dayrider. (Dayrider ni, tiket tu kau boleh guna utk naik mana2 bus/ferry/train TRANSPERTH selama 1 hari tak kisah di zon mana2 pon, so aku rasa lagi jimat yg ni sbb kita tak tahu kita nak merayap ke mana n balik pukul berapa)
*TRANSPERTH ni nama syarikat pengangkutan kat sana. Macam rapidKL la kiranya.
Bila dh sampai ST GEORGE TCE tu (masa dalam bus tu kau bukak je google map, type st george tce dan tgok laluan dia bg, dan ikut je anak panah perjalanan tu utk pastikan kau tahu bila nak sampai station tu) Perjalanan amik masa about 50 mins.
Bila dah sampai, kau cari BLUE CAT station, (blue/red/yellow cat ni sejenis bus yang pusing perth dengan FREE) tanya orang la senang kat mana, dekat2 situ jugak je stationnya, dan cakap nak ke ABARDEEN ST. (tak payah ckp pon xpe, bus ni macam KTM kt Malaysia, so tengok je map kt bus tu, dan setiap stop dia akan cakap tu kat street mana, so make sure peka dekat ABARDEEN ST.) Bila dh sampai tu, (bus stand is on ur left) kau jalan straight macam bus tu jalan, and first simpang tu masuk kanan dan straight smpai nampak Malaysia Hall. Just in case sesat, type kt google map tu - 268, Newcastle St. Northbridge. In sha allah tak sesat pusing2 situ jugak peginya.
Muka bahagio sebab berjaya naik bus dan cari Malaysia Hall dengan selamat haha. Bila dah bayar duit semua, akk tu bawak ktorg ke bilik. Dapat dorm 4 tingkat although ktorg 2 org je. Sangat selesa dan kemas. Tapi toilet ada 1 je utk 1 tingkat, so share la ye. Kat tingkat bawah pulak ada kafe, dewan dan macam2 la. Kalau nk guna wifi, $8 utk 4 jam.
Ni haa bilik kitorang, sorry sepah baru sampai masa tu hahaha.
Okay, so kitorg xleh lama2 sbb ada janji ngn akak senior tu nak jumpa dia sbb dia nak bawak kitorg jenjalan. Hehe. Cadangnya nak pergi University of Western Australia sbb orang kata besar and cantik gila. So, dari Malaysia Hall, ko jalan straight menghala ke kedai Grab n Go, pastu ke kanan and boleh nampak bus stand, ada 2 tau, satu kt side kanan satu lagi side kiri. So ko pegi yg side blah so kena lintas jalan la kiranya yg dekat dgn park tu and tunggu bus nombor 950. Senang kau bukak google map and type UWA dan ikut steps2 dia. Perjalanan dalam 50 minit berhenti kat Mounts Bay Road, UWA. pastu turun kat terowong tu (normally memang ramai students akan lalu situ, so ikut je dorg) Sampai2 je, kitorang tergamam dgn keindahan UWA tu.
Okay dah cukup kalau nak upload semua gambar memang tak terkira la, 1 tempat pon beratus gambar ambik. hehehehe. Kat sni, ktorg jumpa akak Al, dia study situ, so dia yg bawa kitorg jalan2 la. Next destination, jalan tepi bay. Ecewah.. Dari U tu, dalam 5 minit je jalan, boleh nampak bay dia, namanya - Swanlake. Kat sini ada bluehouse, takde function pon sebenanya, tapi okla utk bergambar haha. Haa, kan pasal MH 370 tu kn? Kak Al cerita, mmg banyak la boat2 kat situ utk cari bangkai pesawat masa tu. Macam woww..
Blue house kat Swan Lake. Cantik sangat air dia, biru.
Acah acah catwalk |
Dari situ, kitorang pon naik la kereta kak Al ke Kings Park. Sebenarnya boleh je jalan kaki, tapi macam malas sebab kan kena naik bukit. Haha. Dekat situ, semua orang, aku ulang SEMUA ORANG, drive 60 km/h ok. Walaupun slow tp xde sape pon yang hon. Kalau terspeed nanti kena saman.
haa, ni la Kak Al nya. comel sangat!
baring dekat rumput dia yang hijauu seronokk sejukk.
Lepas Kings Park, kitorg pergi ke rumah Kak Al kejap untuk solat. Seronok tengok sebab 1 rumah duduk ramai2. Tapi kat sini sewa mahal. SEMINGGU $600. SEMINGGU OKAY. Sbb tu dorg duk ramai2, senang tontong bayar sewa. huhu
Dari rumah kak Al, kitorang tunggu bus untuk ke Fremantle sbb tak nak susahkan Kak Al, kitorang pon okay je independent. Haha. Kitorang tunggu bus nombor 103. Perjalanan about sejam.
Kat Fremantle ni, famous dengan SOUVENIR MURAH, dan FISH and CHIPS.
Haa tu la E-shed nya. Dalam tu ada banyak2 kedai yang jual souvenir and macam2 lah.
Kat sini, aku borong
1. keychain KOALA - $ 2.50 12 ketul keychain
2. Apron memasak - $ 6.50 (ada yang lagi murah tapi design tak menarik)
3. Tshirt Australia - tak ingat, nanti aku recheck
4. Cap - 3 for $5
5. Pencil box kepala Kangaroo - $ 2.99 (ada yg lagi murah jugak)
6. Pencil box I love AUS - $ 1.99
Lepas dah memborong tu, kitorang pon poyi la makan Fish and Chips. Selama aku kat Perth takde pulak terjumpa SOS cili ke tomato. So makan kosong camtu je, tapi memang heavennn. Harga dia $14 tapi serving besar so kongsi 2 ngn kawan aku haha
Hari pon nak malam, so kitorang balik lah. Yela time tu winter so kul 4 pon macam nak malam dah. Balik tu kitorang actually naik bus, pastu turun and baru naik train, tapi xpela aku sarankan naik je train dari train station kat fremantle tu dan menuju ke perth station. Don't worry dia ada tulis kat atas tu. ( Pastikan ada tiket yg DAYRIDER yg aku dh terangkan awal2 tadi, so boleh gunakan utk naik train transperth)
Smpai perth station tu, kau tunjuk je tiket kau tu and naik escalator and sampai ke Perth city dah, haha. Haa dari situ, kau kena bukak google map lah senang utk cari jalan balik sbb nak terangkan pon susah huhu. Alaa alang2 kau ada kat perth city tu, baik la kau pusing pegi cari makan ke, tengok perth time malam2 ke seronok apa. huhu. takkan risau lah aip jangan risau..
****
Caversham Wildlife Park
Menurut ape yang aku baca2 la kan, kat Perth ada dua zoo je, Perth Zoo dan Caversham Wildlife Park. Ikutkan hati, memang malas nak g Caversham sebab jauh! Tapi bila tengok review, ramai tak sarankan pergi Perth Zoo sebab tak boleh nak sentuh2 haiwan. Yela, kite dah bayar mahal2 mestilah nak bermanja ngn haiwan kan. Lagi2 Kangaroo. Tak gitu??
Perjalanan dari Malaysia Hall ke Caversham camni.
Pergi ke Beaufort St. then tunggu bus 950. Naik bas nanti dia akan menuju ke Russel St. Turun kat sini. Tanya je driver cakap nak pergi Ellenbrook. Kat sini kita akan berhenti di station bus yang agak besar jugakla. Kira cam transit. Lepas tu akan tukar bas dan kau akan naik bas no 955. Perjalanan about 1hour 30 mins la jugak. Nanti bus driver akan announce yang dah sampai ke entrance Caversham tu tapi belum sampai lagi ye! Masih jauh perjalanan. Hahhaha.. Dah sampai entrance tu, dekat bilih kiri tu ada telefon tau. Call intercom cakap "Please can someone pick me up here. There are about 5 people". Nanti dalam 5 min ade van dtg ambil korang. Perjalanan about 5 mins naik van. Kalau jalan kaki fuhhh jauhh mahu pengsan!
Main Entrance
Ni yang aku cakap tu. belah kiri tu ada telepon. Free je nak call.
Akhirnya sampai! Itu counter dia. Harga $25. Worth it.
Yeay dapat sentuh2 manja2 dengan kangaroo!
Koala dan tidur berpisah tiada.
Yang lawak nya nak bergambar ngn wombat pon kena beratur 5 KM!
Tunggu 5KM hanya untuk ambil gambar camni je pon. Kat sni xde kedai makan, tapi ada sediakan tempat makan. So boleh bawa bekal.
******
Exploring Perth City itself.
Macam bus kat London kan!
Perth ni banyak jugak Grafitti dia.
Basically kitorang jalan kaki je pusing2 bandar Perth sbab semua dekat2.
Jangan lupa try naik ferry dia. Dengan daily ride TRANSPERTH tu, kan boleh naik ape jua jnis kenderaan berjenama TRANSPERTH, so boleh cuba naik ferry dia.
Setibanya di seberang. Best sebab udara dia tejukkkk
Dah penat kita pekena churros pulak. Oh sedapnya indahnya duniaa cicah coklat tu.
Kitorang pon ade la singgah bell tower and all that tp gambar dia tak dijumpai pulak. Haha. Basically Perth ni hanya tempat untuk hang out dan bersantai je. Tak banyak pon activity utk dibuat.. Yang penting, ramai la mat salleh pelik tengok monopod. Sume cam "OMG AWESOME" and stuff. hahaha
Dari segi makan pulak, memang mahal la kannn. Tapi portion besar so boleh kongsi. Kitorang byk beli sandwish je. oh ye.. Jangan lupa try fish and chips di Fremantle.
Okay tu je have fun in Perth uols!!
Beberapa tahun dahulu pernah ke Adelaide, Australia tujuan business trip sebanyak 2 kali. Pengalaman saya pemeriksaan dan peraturan imigresen Australia agak ketat. Macam-macam benda tidak boleh dibawa. :-)
ReplyDeleteNak tanya yang imigresen dia tanya ada bawa sambal ikan bilis tu.. Maksudnya boleh bawa ke tak? Hehe thank you in advance
ReplyDeleteSorry tak perasan soalan awak. Tak boleh dear :(
Deletebabe..nak tanya uols makan churros dekat mana & berapa price range dia?
ReplyDeleteDekat San Churros Perth betul2 dlm perth city. Harga 3 ketuk 8 Australian dollar
DeleteSis, boleh tahu berapa bajet ke Australia?
ReplyDeleteTerima kasih, amat membantu:D
ReplyDeletesalam sis..kalau x keberatan blh share itenary x ke perth?
ReplyDeleteThanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with extra information? It is extremely helpful for me. Immigration to Canada
ReplyDeleteSuper site! I am Loving it!! Will return once more, Im taking your food additionally, Thanks. Cafe Westminster
ReplyDelete