Thursday, 19 June 2014

Persiapan ke Perth, Australia

Assalamualaikum.

Harini aku cam acah acah rajin nak menaip journey aku di Australia baru2 ni. Ade sesapa nak pergi Australia? Pergilah seronok serious. Okay seperti yang tajuk di atas suggest, ye aku pergi Perth, dekat bahagian West Australia. Kenapa aku update post ni? Nak tahu kenapa? sbb masa aku nak pergi Perth tu aku agak frust tak banyak info dpt dari bloggers sbb yela kita nak tahu jugak experience orang kita sendiri ke sana. Jadi aku akan tolong korang dari A-Z pasal Perth ni okay? JANGAN RISAU.

Sbenarnya semua ni last minute. Aku ngn member aku buat kerja gila book sume last minute. Haha. sebabnya, masa tu aku baru habis exam and kengkonon stress study so need a vacation ecewah.Okay so seperti biasa, memang aku je perancang holiday, ke mana nak pergi, bila naik apa semualah. so kalau u guys nak join travel ngn kitorang pon okay, sbb normally memang aku jalan berdua dengan member aku (oh ye, we're just 21 years old, it's not that hard to get permission from our parents, alhamdulillah).


************* VISA **************

Sebenarnya nak ke Australia ni, tak perlu VISA, tapi dia perlu kan ETA Visa. Okay bezanya ETA Visa ni tak de pape document secara printed, dia just electronic je. Kita apply, pastu nanti dia link kan referral number ke ape ke kat passport kita, so time immigration dia check passport kita je dia dah boleh tahu kita ada ETA ke tak, approved ke tak Haaa cenggitu. tapi ETA ni susah sikit sbb kadang2 kita tak tahu pon dah approve ke belum sebab memabg takde document printed. So tawakal jela masa memula tu. haha. Aku buat ETA kat website ni :



Harga dia PALING MURAH, RM29.90 je, berbanding buat kat agent or Australian gov punya website. And masa kitorang kt immigration memang kejap je dia check so memang alhamdulillah sangat reliable website tu don't worry!

Ni contoh email bukti ETA dh approve, so korang nak print ke print jela tapi masa memula still rasa cam tak convinced, takkan ni je ETA nya? dah approve? Seriouslah?? Haa camtu haha


Tu je emailnya serious. Tapi aku print je just in case pape jadi kan. Tapi alhamdulillah takde pape so okay, don't worry website tu boleh dipercayai, you have my words babehh.



********* TIKET PENERBANGAN **********

Aku book tiket air asia ke Perth, SEMINGGU sebelum pergi. hahaha lol nampak tak desperate. Sebenanya nak pergi melbourne, tapi setiap kali check, makin mahal pulak harganya. so sudahnya try search tempat lain, perth paling murah, rm575 xsilap pegi balik. tapi harga tu tak kena dengan masa yg ktorg nak balik, so ambik lah mahal skit and total around rm729 termasuk insurance makan pergi balik (biasala airasia surcharge dia kan lelebih). tapi still considered murah jugak sebab baru2 ni aku tengok dah rm1300++. So moral of the story, tak semestinya kena book awal utk dapat murah, kengkadang last minute pon boleh dpt murah haha lol~ rezeki agaknya. Alhamdulillah.



************ TEMPAT PENGINAPAN ***********


Okay dah book tiket tu of courselah kena cari tempat penginapan pulakkan? Okay, di sini aku bagi senarai hostel2 yang terletak kat tengah alam perth city tu, (yang aku sendiri pernah tengok dengan mata kepala sendiri) so mudah utk pergerakan korang nak cari makan ke apa. Harga di bawah ialah rate termurah bagi dorm 4 orang, tapi sila ke website dorg, aku dh sediakan link sekali

1. MALAYSIA HALL, PERTH ($20 per night ++, no pickup transfers from airport)
2. OZI INN Backpackers ($23 per night, Pickup airport 24/7 for stays more than 3 days)
3. YHA (youth hostel australian) Backpackers ($40 pickup upon request)
4. Britannia on Williams ($28 pickup upon request)

Pickup upon request tu maksudnya dia akan arrange kan shuttle service from airport. Okay, dalam banyak2 tu, sudah tentulah aku suggest the first option, Malaysia Hall. Sebenarnya masa kitorang pergi tu, Malaysia hall baru officially bukak seminggu. So memang TIPTOP dia punya facilities. aku apply, 31/5, depa reply 3/6 dan aku akan stay kat Perth 6/6. Hahahahaha gila tak gila.

Ni contoh emel aku send kat dorang. *ayat minta simpati* 




yela, bayangkan pergi berdua je ke negara orang, mestilah nak cari Malaysia hall baru rasa selamatkan. Haha
Okay, bawah ini Malaysia Hall reply :


Ini pulak butir2 pembayaran yang perlu dibuat ketika sampai di Aussie nnt :



okay, sila pengsan tengok harga dia. $310 x RM3.02 (currency pada 2 Jun 2014) = RM900+++ (malas nak kira). Takkan tu harga kena bayar?? Haha, aku pon terkejut gak memula, tapi jangan risau, sebenarnya cagaran tu deposit. Jadi dia akan pulang kan balik masa kita check out. Haritu masa checkout dia pulangkan $100 sorang. So kalau ikut kiraan yg kengkonon aku buat kat atas tuh, contoh yang 2 hari tula. Big total $310, so kalau sorg dpt $100, ($310-$200=$110). Pastu $110 tu bahagi kan 2 orang sbb aku g berdua je kn = $55. 55x3.02 = RM166 sorg. so murah la kn berbanding hostel lain.

Di bawah ni, details utk apply Malaysia Hall Perth. Trust me kau cari kat internet macamana pun SUSAH NAK JUMPA. Sebab dia memang baru dan belum ada orang buat web khas utk dia or berblog tentang dia. Aku orang first kot ecewah puih. hahaha


So ikut step aku bagi ni utk apply Malaysia Hall Perth :

1. pergi laman web ni : Malaysia Hall Perth

2. Download borang yang tulis DMT - BORANG TETAMU (BUKAN PELAJAR) DEWAN MALAYSIA

3. Dah download tu ISI DENGAN LENGKAP. Dia dalam PDF form, tak pe, kan kat pdf ada tools utk tulis atas pdf, so guna tu. Ini contoh aku punya :



4. Pastu bila kau dah isi borang sampai habis, sila tulis email macam aku share memula tadi tu, pastu send kan ke email bawah ni :

admin.emap@ema.org.au




********* SEARCH TEMPAT BEST2 ***********

Antara suggested places kalau korang nak pergi Perth ni :

1. Fremantle (tempat wajib shopping souvenir murah)
2. Kings Park (park yang cantik yang boleh nampak seluruh bandar Perth sebab dia atas bukit)
3. Blue house dekat Swan lake / Matilda bay (sama lettuw, dia asalnya lake, tapi besar so setiap tempat ada la nama2 nya tapi samo jo dekat2 je semuanya)
4. Caversham Wildlife Park
5. The pinnacles
6. Segala jenis museum
7. Perth City itself
8. Perth Zoo (Tapi kalau dah pegi Caversham Wildlife tak payah la pegi Perth Zoo dah. Aku suggest kau pergi Caversham sbb kita boleh belai2 kangaroo semua tu. Tapi jauh jugak dari bandar. Kalau Perth Zoo memang dekat although naik ferry tp tu pon 5 minit je dah sampai, tapi kalau nak pegang haiwan dia kena bayar lol. Jadi cadangannya, pergi perth zoo utk fengfeeling naik ferry je. hahahaha)
9. Cottesloe Beach or segala Pantai yg ada kat sana
10. Harbour town

Senang cite kau google lah mana kau nak pergi. Jenuh nak list. hahaha

Okay aku rasa tu je kot ngantuk wehh. Semoga membantu. Kalau nak guna pape dari post ni, please, please please credit kayh. Penat tau nak menaip, bukak segala email, segala website utk memudahkan korang. Hahaha. Ikhlas tu memangla ikhlas, tp xsedaplah bila tgok post kita panjang2 tgok2 orang copy paste camtuh je. Hmm..Nnti aku sambung la pasal trip aku ke Perth but not today. hahahaha ngantuk gilaaa. Goodnight dan semoga bermanfaat in sha Allah :)

Aku dan Kangaroo. Yeay for Kangaroo..


39 comments:

  1. salam...nk cari ktne ea borang utk stay kt malaysian hall dkt perth yang utk pelajar...thx atas perkongsian...

    ReplyDelete
  2. i live in perth but love ur blog..informative n very helpful..

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak tanya.
    Malaysia Hall Perth tue condition bilik dia camne?
    Twin sharing ke?
    Tandas bilik air semua kat luar eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah! Dah taw dah. Terlepas pandang your next blog. Hehe. Info yg bagus. Thanks!

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. How much do I need to estimate for food ? TQ.

    ReplyDelete
  6. hi, kalau next travel saya nak join sekali boleh?
    haha
    kalau u okay just email me mazlinaishak09@gmail.com
    0174422739 =)

    ReplyDelete
  7. Skrg ni nk apply stay kt perth malaysia hall just fill e form je kan kt website dia..

    ReplyDelete
  8. Malaysia Hall sounds interesting. Can we request for airport transfer service ? What do they include in the room service charges e.g. toiletries, towel etc like what the normal hotel providing? Were you moving around the interesting places by train or bus ?

    ReplyDelete
  9. That means we need to bring our own toiletries and towel if we stay at Malaysia Hall, am I right ?

    ReplyDelete
  10. hi . kalau saya nak join you guys travel boleh ? saya tak pernah pergi travel backpacking on my own sebab takde geng yang nak di ajak . so if you dont mind and rasa nak ajak boleh email kat syahida.jr@gmail.com or text me at 019-6441373 . thanks a lot ! :D

    ReplyDelete
  11. Hi sure! Planning nk pergi india bulan disember. Berminat boleh bgtahu ye :)

    ReplyDelete
  12. Steady! Banyak membantu! Ada plan nak pi..kena menabung! Ahhh nak pi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much. glad to help :)

      Delete
    2. salam..saya nk pergi perth 17 ogos ni..next week.nk tnye kalau dr mlysian hall kan..g fremantle cmne eh? naik public transport

      Delete
    3. Wassalam. Dari Malaysia Hall, boleh try naik train dia. Perth station - Fremantle station. about 40 mins je :)

      Delete
  13. salam sis, nak ty.. mmg visa condition to no work - business visitor activity only ye.. sy apply for tourist, tp die appear same macam sis... no work - business visitor only.. immigration aussie terima ke.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebab Australia currently very strict sbb dah terlalu ramai yg bekerja secara haram di sana. :)

      Delete
  14. salam..
    mmg menarik blog u ni, i pon tgh plan nk feling2 ilang stress nk bawak family g perth. of kos le kita nak yg budget ttime RM jatuh merendum ni kn! heheh..maksudnya, saya kena apply visa dulu, pastu baru beli ticket,pastu baru hostel? betul ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah nak ikut susunan macamana tp yg penting sbelum tiba di Australia dh kena ada VISA. hehe

      Delete
  15. Igtkan kene print & tampal dlm eta dlm passport..xperlu ye..mls plak nk tampal2 hehe..thnx for the info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perluu. Eta tu mmg masa imigresen baru dpt tahu kte ni lulus ke tak lulus. Tawakal jela. Tp mostly mmg lulus haha

      Delete
  16. Assalamu'alaikum,
    wahhh..., tak takut ke travel berdua jer...girls plak tu...ada doa2 pelindung pape kot...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha mesti la baca ayat pelindung. Minta perlindungan dari Allah..

      Delete
  17. Good information dan pengalaman yang amat menyeronokkan. Baca pun rasa macam seronok! :)

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam sis..

    Nak Tanya kalau drive boleh ke parking Kat UWA untuk ke blue boat shed tu?

    ReplyDelete
  20. Visa Eta Australia
    Maximum 3 month stay
    Valid setahun ( pm +6013 2953641 -RM 20.00 sahaja promosi terhad kepada 100 terawal - normal price RM 30.00...ingat Nilai kami RM bukan AUD. Terima Kasih..

    ReplyDelete
  21. Visa Eta Australia
    Maximum 3 month stay
    Valid setahun ( pm +6013 2953641 -RM 20.00 sahaja promosi terhad kepada 100 terawal - normal price RM 30.00...ingat Nilai kami RM bukan AUD. Terima Kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. is it still available ? just asking for confirmation. sebab tengah cari juga orang yg boleh buatkan visa

      Delete
  22. Best blog ni..tqvm for all the info...nak tanya satu je...pengngakutan mudah tak dari satu tempat ke satu tmmpt lain...kalu bawak org tua ok ke kalu xnk amik kereta sewa...

    ReplyDelete
  23. Best blog ni..tqvm for all the info...nak tanya satu je...pengngakutan mudah tak dari satu tempat ke satu tmmpt lain...kalu bawak org tua ok ke kalu xnk amik kereta sewa...

    ReplyDelete
  24. Salam..
    Saya nk p sana dalam bulan 3 ni..
    Sibuk tak sebab sy banyak benda nak tanya ni..
    Ni e mel saya
    zulfitri183@gmail.com

    ReplyDelete
  25. Nice Blog!! For more information

    Click here: australia visa

    ReplyDelete
  26. awesome blog. valuable information. thanks for sharing

    ReplyDelete
  27. The vacations can be a particular occasion while trip enjoyment can be propagate, chestnuts roast while on an wide open flames, pastries are generally sold back, woods lightings are generally going on also checkout cordoba attractions , plus much more. It's actually a month or year that may be further particular and are also your in season work opportunities you happen to be enrolling pertaining to. Social websites will be the excellent spot for a like the idea! Compel your current readers to sign up inside trip cheer by simply doing work any gift giving occasion employment.

    ReplyDelete