Sunday 15 June 2014

Langkah demi langkah untuk naik kapal terbang




Assalamualaikum dan hi semua,

Okay post ni sebenarnya aku khususkan kepada penerbangan dari KLIA2 sahaja. But most airports are nearly the same pon step dia

1. Dah beli tiket tu, ikut keselesaanlah nak self check in dari rumah ke nak buat time kat Airport. Kalau contoh dah self check in kat rumah, bawak segala document (boarding pass + passport ) 

2. Tiba di KLIA2 sekurang-kurangnya 3 jam awal terutama bagi yang tak buat self check in. 



Tengok papan ini untuk info kaunter dan gate. 
Ada certain destinasi, even dah check in online pon kita masih kena pergi ke kaunter bagi tujuan verification (even kita takde bag untuk check in)






3. Beratur kat kaunter yang diarahkan. Kalau ada luggage utk check in  bolehlah check in terus kat kaunter tu. Kat kaunter ni dia akan check lah passport bagai sume tu. Dan dari situ korang boleh tahu gate mana kena pergi (or boleh je tengok kat screen tv tu flight ke mana pukul berapa and gate apa)



4. Lalu gerbang departure. Sekarang ni Air Asia rajin nak timbang bag korang whether lebih 7kg atau tak. Kalau lebih, pandai2lahhh nak buat camne huhu



5. Passport Control. Kat sini passport akan di check sekali lagi.

6. Customs / Kastam. Di sini, bag korang akan di check. So korang kena letak segala bag, coat, jam, handphone kat tray untuk di scan. Oh ye, prlu di ingatkan, air botol, deodorant spray tak dibenarkan, and nanti dia akan rampas. Tapi kalau setakat lotion ke lens punya solution botol kecik tu dia lepas kan je.

7. Jalan dan jalan dan terus berjalan sampai nampak gate korang. Dia akan ada sign la gate korang nak kena lalu path mana sume. KLIA2 ni memang jenuh nak berjalan weh. serious. serious. serioussssss. Jadi baik datang dalam 2 jam before departure.




7. Bila dah sampai gate tu tunggulah ketibaan kapal terbang. Sementara tunggu tu bolehlah solat ke makan ke sebab ada banyak je kedai dalam tu.




8. Dalam 30 minit before departure, nanti akan dapat pengumuman bersedia untuk naik (ready for boarding). Time ni lah semua orang akan beratur untuk tunjuk kan boarding pass and passport untuk kali terakhir before masuk ke dalam kapal terbang. Jangan risau, kat KLIA2 dah ada skybridge jadi tak perlu keluar pintu dan naik tangga untuk naik kapal terbang haha.

9. Enjoy your flight. :)

11 comments:

  1. Hi,nak tanya awak agak2 sempat x kalau saya ke kejar flight dari first entrance departure hall KLIA2 sampai ke boarding gate dalam masa sejam?saya buat web check-in dan ada hand luggage saja

    ReplyDelete
  2. sangat membantu

    ReplyDelete
  3. Salam..kalau pgi ke kuchg dri kli2 kna pasport jgk ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Domestik tak perlu tp better bawa to be safe 😊

      Delete
  4. Salam. Nk tanya saya da buat self check in, then utk pengesahan tu kat kl sentral boleh buat tak? Or kt klia2 je boleh buat pengesahan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat self check in to nak pengesahan cmne ye! Tak berapa clear. Tp yg penting after dh check in, print boarding pass and terus g klia 2 je :)

      Delete
  5. Kalau self check in baggage..pastu nak dpt kat dia punya penanda pada beg mcm mana?atau baggage tu kena check in kat kaunter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. even dah buat self check in, kalau ada luggage mmg kena pegi kaunter dan semua diuruskan oleh orang di kaunter. :)

      Delete
    2. Sis,beg brpe kg boleh bwk sekali naik atas dgn kita ye?

      Delete
  6. bab check in ni kan, kita boleh buat sekali terus x untuk check in untuk dari destinasi kita melancong untuk pulang? procedure airport semua sama la kan

    ReplyDelete
  7. Macam mana nak tahu flight kite klia atau klia2?

    ReplyDelete