Setelah 6 hari berada di Seoul, kini, tiba masanya untuk pulang ke tanah air kami, iaitu Busan. Eh belum balik lagi. Hehehe.
Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, sepatutnya dalam itinerari kami, kami sudah pun berangkat ke Busan pada malam tadi (25/12), tetapi oleh kerana tiket keretapi sudah kehabisan dan memandangkan masa itu ialah Krismas, jadi kami terpaksa menumpang rumah Farah, kerana saya hanya menempah hotel sehingga 25/12 dan terpaksa check out pada hari itu juga.
Kami meneruskan perjalanan kami ke Busan dengan menaiki keretapi Mugunghwa dan bertolak pada jam 0950 pagi. Harga tiket lebih kurang RM110 dan saya telah menempahnya secara online, Boleh baca post saya di bawah ini untuk tahu cara book tiket keretapi secara online :
Dari rumah Farah, kami bertolak agak lambat, iaitu sekitar 830 pagi. Dari Anam station, kami ingin ke Seoul station, tetapi semasa di Anam station, salah seorang daripada kami menghadapi masalah dengan mesin topup T Money. Dia tidak dapat jumlah baki yang sepatutnya, tekan butang 'call for officer' tetapi tiada siapa yang menyahut.
Kami membuat keputusan untuk membiarkan sahaja baki itu kerana kami sedang mengejar masa untuk ke Seoul station, ditakuti tertinggal keretapi. Semasa kami sedang kelam kabut untuk menaiki subway, baru kami perasan bahawa kami tersalah naik keretapi. Sepatutnya kami menaiki keretapi yang menuju ke Soyosan *contohnya*, tetapi kami menaiki keretapi yang menuju ke Sinchan *contohnya*.
Allah, dahlah nak cepat, macam-macam dugaan pula. Waktu ketika itu sudah pukul 9.00 pagi. Kami cepat-cepat turun di station yang seterusnya, dan kemudian tukar track untuk menaiki keretapi yang menuju ke *Soyosan* itu.
Jadi, penting ya perkataan *towards* itu. Itu bermakna keretapi itu sedang menghala ke mana. Saya hanya membuat contoh sahaja untuk memudahkan pembaca faham. Ikut kan sebenarnya kena tukar station untuk tukar line, tetapi itu tidak penting.
Kami tiba di Seoul Station jam 9.30 pagi dan masalah seterusnya ialah, untuk mencari platform keretapi Mugunghwa. Seoul station amat besar! Jadi nasihat saya, anda ikut sahaja perkataan KTX, kerana KTX itu sama track dengan Mugunghwa. Alhamdulillah, kami selamat sampai dan menaiki keretapi kami yang menuju ke Busan. Boleh baca di post yang sama seperti link di atas, iaitu :
Pada jam 1514 petang, kami tiba di Busan. Terus kami ke Guest House kami iaitu Yusun Guest House. Apabila tiba di sana, tiada seorang pun berada di reception. Kebetulan dapat wifi hotel dan tak tahu macamana, hati saya tergerak untuk membaca email. Saya mendapat email daripada pihak Agoda bahawa bilik tidak dapat ditempah kerana ada masalah bank dan kini bilik di sana sudah penuh.
Apa lagi, memang naik angin la saya. Kami sudah berada di hadapan hostel, baru dapat email itu yang tarikh dihantar mereka ialah 26/12, tarikh yang sepatutnya kami check in! Apabila di lihat wang di dalam bank saya, mereka sudah mengembalikannya, bermakna memang mereka tidak berjaya menempah bilik itu.
Tetapi at least bagitahu lah awal-awal, kami sebagai travellers, sudah tentu tiada masa untuk check email setiap hari, dan at least in form kami 3 hari sebelumnya supaya boleh buat persiapan.
Sedang kami duduk termenung mengenang nasib kami ini, tiba-tiba kami terfikir untuk bermalam di masjid Al Fatah Busan. Kami cepat-cepat menghubungi Kak Nila (yang belanja kami makan makanan Turkey tempoh hari) dan Alhamdulillah, kak Nila berkata yang memang selalu orang menumpang untuk tidur di masjid. Alhamdulillah. Tenang hati ini.
Jadi, kami pun ke Dusil Station untuk berehat sebentar di masjid dan meletakkan bagasi kami. Boleh baca di post ini cara-cara untuk ke Masjid Busan :
Sejurus sahaja sampai di Masjid Al Fatah Busan, kami hanya memaklumkan pada penjaga masjid bahawa kami ingin bermalam di sana. Kami hanya perlu memberikan passport sahaja untuk tujuan dokumentasi bagi pihak mereka. Kami kemudiannya di bawa ke tempat untuk menginap kami. Tidak perlu risau, hanya percuma sahaja bermalam di sini.
Jadi, inilah tempat kami menginap. Oh, bukan kami yang membuatnya bersepah. Perlu diingatkan, ramai lagi yang menumpang di sini. Pada malam itu sahaja, sekitar 8 orang termasuk kami yang menumpang. Tetapi majoriti mereka ialah dari orang Indonesia yang berkerja di sekitar masjid Busan bagi menampung kos pembelajaran di Korea.
Kami kemudiannya ke Capaddocia sekali lagi untuk menikmati makan malam. Oleh kerana ini merupakan hari-hari terakhir kami di Korea, jadi kami tidak begitu risau untuk menghabiskan duit membeli makanan yang mahal.
Ini kebab ayam tetapi set kanak-kanak. Set ini termasuk nasi tambahan hanya 8000 won.
Kami kemudiannya tidur kerana hari itu merupakan hari yang penat sekali. Pelbagai dugaan yang harus di tempuhi untuk ke Busan, tambahan pula kejadian hostel itu. Allahu, sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Keesokan harinya, kami ke Nampo station, kerana kakak-kakak Indonesia itu menyarankan untuk kami ke Nampo. Dia lebih kurang Myeongdong, dan tempat ini merupakan syurga makanan!
Cara ke Nampo station daripada Dusil station (masjid busan itu) mudah sahaja kerana kedudukan Nampo station ini di line oren, sama seperti Dusil.
Dusil station -- towards Sinpyeong --> Nampo station
Tiba di Nampo station, kami keluar pada exit yang tertulis 'Lotte Mall' kerana teringin juga untuk pergi ke shopping complex orang Korea. Fuhhh shopping complex dia memang nampak gayanya untuk orang kaya-kaya kerana barang dia semua mahal-mahal. *Tak mampu*
Di sini, terdapat juga LINE Cafe, jadi anda boleh cuba jika berminat.
Kami kemudiannya berjalan menyelusuri Nampo street (kot namanya) yang memang lebih kurang Myeongdong di Seoul. Namun jika anda tidak mahu ke Lotte Mall dahulu dan terus ingin makan-makan, boleh ikut cara ini :
Keluar di Nampo station exit 3.
Ini pandangan depan daripada pintu keluar exit 3. Di sebelah hadapan dan kiri semuanya Nampo. Jadi boleh sahaja masuk celah mana lorong sekali pun.
Ini pandangan kiri daripada pintu keluar exit 3. Seperti saya cakapkan, boleh sahaja masuk lorong ini untuk ke tempat 'syurga makanan' itu.
Ini merupakan pandangan kanan saya daripada pintu keluar exit 3. Jagalchi market. Jadi boleh lintas jalan untuk ke sana. Dekat-dekat sahaja tempatnya.
Jadi, terpulang pada anda nak masuk lorong mana, yang penting, anda memang akan jumpa satu lorong utama yang panjang ini. Jadi, boleh lah explore setiap perosok lorong kalau larat.
Di sini, ibarat Explore Race sebab di setiap lorong-lorong ada jual makanan. Hihi.
Candy floss berharga sekitar 2000-4000 won satu bergantung pada design.
Di sini merupakan tempat Running Man buat mission makan.
Tetapi jika anda ingin mencuba Street Food mereka, boleh berjalan di kawasan yang ada pintu gerbang Busan Film Festival
Nampak payung-payung tu? Itu semua gerai-gerai yang jual makanan. Memang banyak! Cuma halal atau haram jela hihi.
Untuk pengetahuan, benda merah-merah bulat kecil itu ialah blood sausage (sosej darah babi). JADI, saya larang sekeras-kerasnya anda membeli Kimbap atau Toppoki di gerai-gerai yang menjual sosej itu! Yela, takut lah terpercik-percik ke semasa dia sedang menggaul. Nauzubillah.
Sosej darah babi yang telah digaulkan.
Anda boleh mencuba roti nutella + pisang di Aroi Roti. Harga 4000 won. Sedap!
Kami kemudiannya membeli Churros gergasi, yang berharga 2000 won satu. Ada dua sahaja perisa : Cheese dan Cinnamon. Kalau tak nak cepat muak, saya sarankan ambil Cinnamon.
Hari semakin sejuk, jadi makanan pilihan terakhir kami ialah, Fish cake dan segala jenis seafood stim. Harga 500 won satu lidi. Sedap sebab makan panas-panas!
Setelah perut kenyang, kami pun kembali ke Dusil station untuk berehat di masjid.
Keesokan paginya, merupakan hari kami pulang ke tanah air. Tiket flight kami ialah pada pukul 10.35 pagi. Jadi pada pukul 6.30 pagi kami sudah bersiap sedia untuk menaiki subway. Hari ini kami awal kerana tidak mahu kejadian yang sama berlaku seperti daripada Seoul untuk ke Busan. Lagi pula ini merupakan penerbangan kami untuk pulang ke Malaysia, jadi kena siap awal!
Untuk ke airport daripada masjid Busan, boleh naik subway sahaja. Jimat. Caranya :
Dusil station -- towards Sinpyeong --> Samyeon station
Turun di Samyeon station dan tukar line kepada line 2 berwarna hijau
Samyeon -- towards Yangsan --> Sasang
Turun di Sasang dan tukar kepada line purple menuju ke Gimhae Airport. Ikut sahaja papan tanda seperti di bawah :
Ini merupakan Gimhae Light Rail Transit mereka. Lebih kurang aerotrain kita di KLIA.
Overall tambang lebih kurang 3000 won.
Keluar sahaja pintu, sila ikut anak panah ke International.
Ikut sahaja anak panah yang menuju ke Departures.
Setakat itu sahaja pengembaraan kami di South Korea. Jika anda baca pengalaman saya pun, dan jika ikut bulat-bulat, anda boleh berada di Seoul dan Busan untuk 11 hari lebih kurang RM1800 sahaja. Sebenarnya boleh dapat jauh lebih murah sekiranya anda mendapat tiket penerbangan yang murah dan tidak membeli banyak sangat souvenir. Hihi.
Selamat mencuba dan harap ia membantu!
Untuk membaca post lain mengenai Korea backpack :
Strawberry Farm Ilsan, Toppoki sedap murah, Korea Universiti YG Entertainment, Ewha University ,Cats Cafe
Nami Island, Petite France
Oryukdo Skywalk, KBS, Hueundae Beach, Busan
One Day Metro Subway Pass Busan
Untuk membaca post lain mengenai pengalaman backpack saya :
Cuti bajet dan backpack murah ke Jepun
Cuti bajet dan backpack murah ke Kemboja
Cuti bajet dan backpack murah ke Australia
One Day Metro Subway Pass Busan
Untuk membaca post lain mengenai pengalaman backpack saya :
Assalamualaikum..liyana singgah sini..seronoknya akak rajin travel ^_^ macam mana nak kumpul duit?? iman singgah sini dan follow...
ReplyDelete#jom join segmen http://beautifulofiman.blogspot.com/2015/12/segmen-bloglist-blogwalking-by.html
Waalaikumsalam. Kumpul duit sebulan sekali simpan dalam tabung. Tapi jangan kumpul duit utk travel je ye! Masa depan pon kena menabung hehehee
DeleteMasjid Al Fatah Busan tu dekat dgn city dia tak? Kalau duduk situ senang bergerak pergi tempat attractions dalam Busan tak kak?
ReplyDeletetak dekat, tp very much dekat dengan subway, about 30 mins perjalanan to centre :)
DeleteHi missdae! I've been told that wintercoat in korea is much cheaper than over here. Approx harga 30myr is it true? Can u suggest me if i should buy it in korea or beli kat sini je?
ReplyDeletekat sini mmg murah2, tp I assure u to buy 1 in Malaysia if you're planning to come here during winter. sebab sejukkkkk. kat sini baru beli another one :)
DeleteAssalam....
ReplyDeleteDi Busan ada kemudahan uber/grab car tak?
TQ
Nak tanya miss..dekat nampo food street tu mcm mana nk tau halal ke tak...
ReplyDeletemacam sedap jer mkn..hahaha
miss tanya dekat penjual tu ka...ke tgk bahan2 dia guna.