Strawberry Farm Ilsan, Toppoki sedap murah, Korea Universiti

01:31:00

Hi semua.. Ini ialah post sambungan. Boleh klik di bawah untuk membaca sebelumnya :




Harini merupakan hari dan malam terakhir kami di Seoul, oleh itu, perjalanan kami ialah sekitar Seoul sahaja. Kami menyiapkan bagasi kami dan meletakkannya di hadapan kaunter di 


sebagai tanda kami sudah check out tetapi ingin meninggalkan bag sementara kami berjalan-jalan. hihi. 

Jadi, tentatif seterusnya untuk hari ini ialah... Pergi strawberry farm di Ilsan!

Tak berapa banyak info yang boleh didapati di internet, tetapi kalau nak ke tempat ini, boleh call pakcik ni :

+82 10 9143-4248

Boleh juga rujuk website ini :


Turun di Madu station dan beliau akan pickup kita menaiki van. Bukan kena culik ye! Hihihi.





Sudah sampai. Kemasukan percuma je!


Sampai sahaja di strawberry farm, ahjussi akan memberi penerangan mengenai cara pembiakan buah ini, yang mana satu jantan, betina, bila musim untuk petik buah ini. 

Tips : Untuk ke ladang stroberi, eloklah anda semua pergi pada hujung bulan 1 kerana waktu itu, strawberry telah menjadi merah sepenuhnya.





Sewaktu kami di sini, tidak banyak yang sudah merah sepenuhnya. Agak hampa tetapi nasib baik ada yang merah!




Banyak tau dia punya!



Kat sini masuk percuma, tetapi apabila dah petik, perlu la bayar. 

Saya punya dalam 9000 won je! Walaupun tak merah sepenuhnya, tapi rasanya manis! Sedap! Serious tak tipu!





Selain itu, di sini juga boleh membuat sendiri strawberry jam. Harga mengikut botol jam itu. Saya dapat saksikan kanak-kanak di sini mencuba sendiri. Bagus Korea kerana memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba. Apa yang lebih bagusnya ialah, kanak-kanak Korea memang berdisiplin, tidak berebut untuk mencuba dan masing-masing menunggu giliran.

Setelah kenyang makan stroberi, kami kemudiannya ke Madu station semula (dihantar oleh isteri pakcik stoberi itu). Tetapi, kami tidak pulang ke Seoul terlebih dahulu. Kami singgah ke kedai kopi EDIYA dahulu. Yang ini, Farah belanja. Alhamdulillah.


Seterusnya, kami pulang ke Seoul dan terus ke Namdaemun market untuk membeli belah buat kali terakhir di Seoul.


Pakcik ini menjual baju Korea 3 helai 10000 won sahaja.

Setelah membeli, kami pun bergegas pulang ke Guest House kami bagi menuntut bagasi yang ditinggalkan. Malam ini, kami terpaksa menumpang rumah Farah (ikutkan, nak celebrate Krismas sampai lebam kerana saya book hostel sampai 25/12 sahaja kerana cadangnya akan bergerak ke Busan malam ini, tetapi dapat tahu bahawa tiada keretapi malam pada malam 25/12 kerana semua fully booked)

Boleh baca post saya mengenai keretapi di sini :



Sebelum berangkat, kami sempat mengambil gambar bersama oppa yang banyak melayankan ragam kami. Beliau banyak mengajar bahasa Korea kepada kami seperti :

Where is Seoul Station = Seoulyo, ottokekayo?
Cheaper please = Kakajuseyo
Have a good meal = Mashikideseyo

dan banyak lagi! Kami turut mengambil  peluang untuk mengajar bahasa Melayu kepada beliau seperti :

Nak makan
Saya lapar
Saya nak minum
Terima kasih

Hahahaha. Bahasa Melayu amat mudah!



DOOR. Oppa ini suka sangat dengan perkataan Door (pintu). Setiap kali cakap pasal door mesti dia tergelak.

Antara yang saya belajar dari oppa ini ialah tidak semuanya indah di Korea. Antaranya ialah education system mereka sangat mahal. 

Berbekalkan sijil Degree, orang Korea hanya mampu kerja yang boleh menampung makan seharian mereka sahaja. Untuk dapatkan gaji yang lebih baik, mereka perlu mendapatkan sijil Masters. Namun, jika hendak sambung Masters, hanya orang kaya sahaja yang mampu kerana mahal untuk biayai sendiri. Kalau nak pun, mesti usaha dapatkan scholarship kerajaan mereka.

Jadi, kebanyakan orang Korea tidak mampu untuk menyambung pelajaran. Satu sikap orang Korea ialah mereka suka ikut trend semasa dari segi fashion. Dengan gaji yang seberapa,  mereka tidak mampu untuk membeli pakaian mahal-mahal. Mereka juga terpaksa bekerja keras kerana sikap bos mereka yang strict dan perfectionist!

Disebabkan stress, ramai orang Korea yang membunuh diri.

Okay berbalik kepada kisah kami, kami kemudiannya ke Anam, (boleh turun di Anam station) di mana rumah Farah berada. Kami kemudiannya di bawa ke sebuah restoran Tukki (topokki) yang boleh dimakan secara buffet dengan harga 6900 won sahaja.

Namun, jika mahu menambah cheese, perlu bayar extra 1000 won sahaja. Oleh kerana ia merupakan buffet,, jadi boleh lah nak ambil apa sahaja yang dikehendaki!

Marilah cuci mata tengok ye apa kami makan! Hihi.










Ini merupakan Bingsu. Sedap!


Perut sudah kenyang, kami pun berjalan sekitar universiti yang Farah belajar sekarang. Korea University. Pelawat boleh masuk, tiada masalah.


Ajaibnya, malam itu salji! Alhamdulillah.



Untuk membaca post lain mengenai Korea backpack :

Related Post

13 comments

  1. salam. next entry bole share location makan semua x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang saya share dh location makan semua. Maybe kena buka balik kot all entries hehe :)

      Delete
  2. Ahjusshi tu pick up dari Madu Station kena bayar tambang atau free (return) pick up?? kalau kena bayar dalam brp won tu? Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..mcm mn nak g madu station tu?

    :)

    ReplyDelete
  4. ada tak iti ke seoul.. will go on this september. glad if u re willing to share

    ReplyDelete
  5. Nama apa restoran yang makan topokki tu? Boleh bagi direction tak macam mana nak ke sana?

    ReplyDelete
  6. Hello, boleh awak bagi tahu, kalau nak pergi strawberry farm tu, how long in advance should we call them for reservation? i will reach korea at night, and planning to go the farm the next morning. Is it possible to call and make a reservation on the night before?

    Thank you in advance!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. hai. boleh tak awak share lokasi nak ke restoran tukki tu? saya try serach malangnya tak jumpa. harap awak sudi membantu..:))

    ReplyDelete
  9. Mana nak jumpa restoran tu? Nampak sedap!!

    ReplyDelete