Hi semua. Seperti yang tertera di title tersebut, kali ni nak share jumlah perbelanjaan aku pergi Kemboja (Cambodia) untuk 4Hari 3 malam adalah sebanyak RM 480 sahaja. Ini termasuk semua iaitu Flight, makan, hotel, souvenir, transport dan entrance fees.
Jadi macamana aku buat? Sila baca baik2 yeee. hihi
1) Aku cari tiket flight murah. Masa tu tgh promo RM252 (Return). Kalau korang dapat lagi murah, LAGI JIMAT. Ni tak termasuk baggage dan makan. Just basic sbb backpack kan.
2) Hotel or in another words, aku amik guest house which is about RM 25 semalam. Aku amik OKAY GUEST HOUSE, dekat dengan river front, and boleh jalan kaki je ke tempat2 menarik dia iaitu Royal Palace, Independence Monument, River cruise dan macam2 lagi.
Jadi 3 malam more or less about RM 75
3) Transport kat sana mostly yang murah of course Tuktuk. Sewa satu hari tuktuk tu $20, kitorang pergi 5 orang, so bahagi 5, sorang kena bayar $4 je. Jadi aku suggest yang ni korang plan dalam itinerary tu pergi tempat paling jauh, iaitu Toul Sleng, Killing Field, dan Fishing Village. Selebih harinya kau ajak abg tuktuk pergi ke Russian market utk shopping.
Tuktuk dari airport ke GH = $2 sorang
Tuktuk sewa satu hari = $4 sorang
Basikal sewa satu hari = $2 sorang
Tuktuk dari GH ke airport = $2 sorang
TOTAL = $10
4) Makan. Emmm bab ni, kena berjimat gila sbb makan kat Kemboja mahal nak mampus. Hahahhaa.. Lagi2 kena bayar dalam US Dollar. Peh ranap pokai duit. Jadi aku suggest, 1st day sampai tu ko tukar siap2 dalam duit dia iaitu RIEL. baru lah rasa boleh bernafas untuk berbelanja sbb dalam duit dia murah sikit makan. Sebab aku nak super jimat, jadi aku makan SEKALI sehari iaitu tengahari dan bayar about $2 untuk nasi goreng seafood dia. Dalam duit dia
$1 = 4085 riel
$2 = 8+++ riel
Tapi rata2 makan cuma about 8000 riel so jimat.
5) Souvenir. Kat sini aku x beli souvenir sangat, tapi telan ayaq liuq jela tengok budak2 ni shopping. Ye, aku suggest korang bawak duit yang banyak sbb Cambodia juga syurga shopping selain Vietnam!!
6) Entrance fees. Yang ni ko kena survey2 jugakla. Most entrance fees about $3 but you can go for free kalau bawak student card. Yesss sangat jimat.
Kat bawah ni ialah itinerary aku yang aku buat. Ikut korang la nak rujuk ke apa. Semoga memberi manfaat :)
Thursday, 18 June 2015
Melancong ke Kemboja murah
About Missdae
Missdae | Malaysian Travel and Food blogger
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment