Showing posts with label naik bas ke seoul. Show all posts
Showing posts with label naik bas ke seoul. Show all posts

Friday, 1 January 2016

Busan ke Seoul dengan menaiki keretapi : Cara Book Train Mugunghwa

January 01, 2016 30
Assalamualaikum,

Post ini ialah sambungan, boleh klik di bawah untuk baca :



Setelah puas berjalan-jalan menggunakan one day metro pass, (dan saya amat galakkan anda untuk menggunakan pass ini kerana kita dapat jimat banyak), kami meneruskan perjalanan kami untuk ke Seoul pula.

Sebenarnya, ada banyak cara untuk ke Seoul daripada Busan. Antaranya ialah :

1. Menaiki kapal terbang

Bergantung pada promosi dan harga semasa, tiket penerbangan mungkin merupakan pilihan yang lebih mewah kerana harganya yang lebih mahal. Tiket penerbangan satu hala rata-ratanya sekitar RM 250. Namun begitu, masa perjalanan lebih pendek, sekitar 1 jam 25 minit sahaja.

2. Bas

Pilihan kedua ialah dengan menaiki bas, kerana harga bas sudah tentu lebih murah. Untuk bas pula, terdapat dua jenis, iaitu bas direct, dan bas berhenti-henti. Harga untuk bus direct dan non direct juga berbeza. Berikut ialah kadar bagi direct bus ke Busan. Sekitar 19800 - 29400 won sahaja. (Sekitar RM 80 - 120, mengikut rate saya pergi). Masa perjalanan pula 4 jam bagi direct bus dan 7 jam bagi bas berhenti-henti.


Meskipun murah, kenapa saya tidak memilih cara ini?

1. Kerana tiada sistem yang membolehkan untuk menempah secara online melainkan anda faham bahasa Korea. Website untuk bahasa Inggeris dan Korea berbeza fungsi, tetapi sekiranya anda pandai membaca Hanguk, boleh layari laman web di bawah :


2. Oleh kerana saya tidak begitu fasih membaca korea, maka ia bererti, kena membeli di kaunter semasa di terminal bas.

3. Kemungkinan untuk tiket habis amat tinggi, tambahan pula kami akan ke Seoul sekitar musim Krismas, sudah tentu tiket banyak yang telah terjual.


Oleh kerana saya tidak mahu mengambil risiko itu, maka saya pun melihat pula option yang ketiga.

3. Menaiki Kereta api

Untuk menaiki kereta api, terdapat pelbagai jenis train juga. Namun, antara yang terkenal ialah KTX dan Mugunghwa.

KTX

Apa itu KTX? Tak perlu bazir masa untuk menerangkan, senang cerita, KTX ini ialah kereta api yang laju. Masa perjalanan hanya sekitar 2 jam 20 minit. Untuk menempah, boleh layari laman web 


Harga berbeza, mengikut First class atau economy class.

Wow mahal. Oleh kerana kami ni kan hanya backpack travellers, oleh itu, pilihan terakhir kami ialah....

Mugunghwa

Berbanding dengan KTX, Mugunghwa ini merupakan sebaliknya. Haha. Harga hanya sekitar RM 110 satu hala, dan oleh kerana departure city kami ialah Busan, oleh itu kami terpaksa membeli tiket ini dua hala (pergi dan balik) Perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam 20 minit. Tambahan pula, kereta api Mugunghwa juga ada bertolak pada waktu malam, dengan itu, kami dapat jimat duit kami untuk duit penginapan dan tidak perlu menempah hostel kerana boleh tidur sahaja dalam kereta api. *Bijak kan?* Hahaha. 

Sistem ini sama saya buat seperti di Jepun, cuma semasa di Jepun, mereka ada night bus dan boleh menempah secara online, manakala Korea tiada servis itu. Boleh baca post saya semasa di Jepun :  


Berbalik kepada cerita ini, saya telah menempah tiket siap-siap lebih kurang 2 minggu sebelum perjalanan. Segala proses ini dilakukan secara online sahaja. Anda boleh melayari laman web yang sama seperti untuk menempah KTX iaitu : 


Sekarang ini, saya akan kongsikan pada anda step by step cara untuk menempah tiket ini secara online.

1. Buka website Letskorail.com/booking 

Yang ni, saya dah tolong simplify kan untuk anda, supaya anda tak teraba-raba nak mencara website versi bahasa Inggerisnya. Haha



2. Pilih destinasi dan masa untuk anda bertolak ke Seoul.

Tips : Sekiranya anda tidak memilih masa pada pukul 2300, carian tidak akan mengeluarkan option train yang bertolak malam. Oleh itu, sila isi masa bertolak pada waktu malam iaitu 2300 sekiranya anda ingin menjimatkan duit penginapan.


3. Tekan select untuk menempah.



4. Isikan details anda. Tidak perlu nama ayah. Cukup sekadar nama anda. Pastikan ejaan dan nombor passport anda betul.



5. Isikan details bayaran seperti nombor kredit kad, tarikh expired dan CVC. Kalau takde credit card, boleh gunakan BIG PAY. 


6. Selesai! Print sahaja ini dan pastikan bawa semasa di Busan dan Seoul!

Okay, selesai sudah Tutorialnya, sekarang saya ingin kongsikan hari sebenar semasa menaiki keretapi Mugunghwa ini.



 Busan ke Seoul

Pada jam 9 malam, kami bertolak ke Busan Station kerana pada pukul 11 malam kami akan ke Seoul dengan menaiki Mugunghwa.

Berikut ialah Busan Station. Besar, cantik, luas dan selesa!



Oleh kerana kami tidak tahu cara untuk menukarkan print out tiket kami dari rumah itu kepada tiket sebenar, maka kami pun bertanya pada Tourist Information Center.


Rupa-rupanya, di sini sahaja sudah boleh menukar kepada tiket yang sebenar. Hanya perlu tunjukkan print out kita tu dan passport sahaja.
 

Print out saya.



Tadaa. Ini lah tiket kami. Simple je kan?

UPDATE TERKINI : Sekarang tak perlu pergi ke kaunter untuk tukar tiket macam di atas. Kita gunakan yang kita print tu je pon dah cukup! 



Dah dapat tiket, boleh tengok di papan ini untuk Track berapa yang perlu kita pergi. Seperti dalam papan di atas, Mugunghwa amat jelas warnanya iaitu Hijau, jadi tidak perlu risau. Track kami ialah Track 1, 15 minit sebelum waktu bertolak boleh ke Track tersebut.

So sementara menunggu pukul 11, kami pun meronda sekitar Busan station dan menonton TV yang disediakan. Semasa sedang menonton, tiba-tiba kami terlihat beberapa orang perempuan Korea sedang mengagihkan 'Lip Balm dan Lotion' kepada warga-warga emas. Baik sungguh orang Korea. Semoga kita juga dapat mengikut jejak langkah mereka.



Semasa sedang meronda sekitar Busan Station, saya terjumpa mesin untuk membeli tiket KTX. Di sini terdapat banyak mesin seperti ini, mungkin kerana mereka lebih menggalakkan orang untuk menaiki KTX.




Pada jam 10.55 malam, kami pun bergegas untuk ke Track 1. Ikut sahaja anak panah yang diberikan.





Alamak, terbalik pula. Tetapi apa yang ingin disampaikan ialah, di sini tiada pegawai pun yang cek tiket. Mereka amat mempercayai orangnya kerana mereka pun memang bukan jenis yang menipu.



Semasa kami tiba di Track 1, kereta api sudah tiba. Kami pada mulanya tertanya 'adakah ini train kita?' Yela, di Malaysia kalau kata 2310 departure, waktu tu la kereta api baru sampai. Jadi macam teragak-agak untuk masuk. Tetapi nasib baik kami masuk juga, kerana, rupa-rupanya, apabila dikatakan departure pukul 2310, memang tepat pada masanya mereka bertolak. Subhanaallah, mereka sangat menepati masa.




Inilah keadaan di dalam keretapi kami. 



Di dalam keretapi ni juga, anda boleh ke kafe, boleh berkaraoke, main game, dan sudah tentunya ada toilet. Cuma tiada WiFi. Tetapi keretapi KTX ada wifi. 

Okay setakat itu sahaja perjalanan kami ke Seoul. Bersambung....


Seoul ke Busan

Post di bawah ini ialah untuk sambungan bagi perjalanan balik kami dari Seoul ke Busan pula. 


Kami bertolak daripada Seoul station, proses yang sama, pergi ke Tourist Information Center dan menunjukkan print out tiket kami yang kemudiannya ditukarkan kepada tiket sebenar. Masa bertolak kami ialah pada 09.50 am.


Kenapa saya tidak membeli tiket malam? Kerana malamnya merupakan malam Krismas. 2 minggu sebelum menempah tiket, kami memang sudah dimaklumkan bahawa 25/12 hampir semuanya FULL, dan sekiranya ada kekosongan pun, tidak kena masa kami. Oleh itu, terpaksa kami menempah tiket pada 26/12 pagi. Nasib baik kami boleh menempah secara online dan boleh lihat sekiranya full atau tidak. Cuba bayangkan sekiranya kami menaiki bas yang perlu ditempah hanya di kaunter sahaja? Boleh menangis tau bila tahu tiket habis last minute. At least dengan menempah secara online, kami dapat membuat 'back up plan' awal-awal.

Tips : Sekiranya anda ingin ke Seoul atau Busan atau tempat-tempat lain, sila menukarnya pada hari selain krismas (25/12) kerana waktu ini memang FULL. 











Sambungan post ini ialah :







    Anda juga mungkin berminat untuk membaca entri backpack saya yang lain :

    Cuti bajet dan backpack murah ke Jepun
    Cuti bajet dan backpack murah ke Kemboja
    Cuti bajet dan backpack murah ke Australia