Review Four Points by Sheraton KL Chinatown

2) Kwai Chai Hong
Teringin nak tengok Penang Street Art tapi tak nak pergi jauh2? Say no more, kt KL pon ada tauuuu!
Memang cantik, dan banyak street arts kat sini, tapi I taknak expose all sebab it's your job to find out hahaha
3) Kasturi Walk dan Central Market
Nak tengok barang-barang seperti pinggan mangkuk cecantik dan hasil seni Malaysia boleh datang sini, macam macam adaa. Selain itu, macam-macam hasil seni pun ada! Seronokkkk!
4) River of Life & Masjid Jamek
Korang pernah tak tengok masjid yang situated perfectly in a triangular piece of land? Haaa, itulah keistimewaan Masjid Jamek, antara masjid yang tertua di Malaysia, and interestingly, dia overlooking dua sungai tau, Sungai Klang dan Sungai Gombak. On the way there korang akan lalu at the River of Life and boleh tengok mural cantik-cantik!
5) Sri Maha Mariamman Temple
Tadi kita bercakap pasal masjid tertua di KL kan, haaa tahukah korang, di Chinatown juga terdapat temple tertua di Kuala Lumpur? Nama temple ini ialah Sri Maha Mariamman Temple, dan telah dibina pada tahun 1873! Menarik kan!
6) REXKL
REXKL dahulunya dikenali sebagai sebuah panggung wayang yg sangat ikonik suatu ketika dahulu, namun kini, telah diubah suai dan dimodenkan untuk dijadikan sebagai pusat kesenian dan kebudayaan! Sekiranya korang berminat untuk menonton persembahan kebudayaan, boleh lah datang ke sini!
Sebenarnya ada banyaaakkkk lagi, tapi kalau cerita semua tak surprise la kan. So better korang explore sendiri, baru la syok!! TAPI, kalau korang malas nak explore sendiri, don't worry sebab hotel juga ada provide free 2 hour guided walking tour. Haa so ikut je tour guide dan dia yang akan bawa ke semua hidden gem like in the map!
Selain itu, kat sini ada MRT dan station bus tau, jadi kalau korang nak melangkah jauh sikit, macam nak pergi IKEA Cheras ke, nak pergi Suria KLCC ke, boleh la naik pengangkutan awam yang berhampiran. Surprisingly kan, I ternampak yang Rapid KL tu ada sediakan bas percuma. I was like wowwwww!
MAKAN-MAKAN DI FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR :
Seperti yang korang sedia maklum, di Chinatown memang terdapat macam-macam tempat menarik untuk food hunt, tetapi, sekiranya korang cuma nak enjoy makan-makan di hotel, jangan risau, di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur pun korang boleh menikmati breakfast dan dinner dengan harga yang berpatutan!
QUAN'S KITCHEN
Quan's Kitchen yang terletak di dalam hotel Four Points by Sheraton ni sangatlah instagram worthy tau! Di setiap pelosok restoran ini pastinya tidak menghampakan bagi penggemar fotografi! Bak kata orang "sambil menyelam, sambil minum air", so korang boleh makan dan berfotografi dalam masa yang sama tau!