Tuesday 24 March 2020

Backpack Europe 2 : Antwerp


Hi semua! Ini merupakan sambungan untuk post sebelumnya iaitu di London. Boleh klik link untuk baca : Travelog & Itinerari di London


 Serba sedikit mengenai Antwerp :

Antwerp merupakan salah sebuah bandar kecil yang terdapat di Belgium. Ia merupakan bandar pelabuhan pada zaman dahulu, dan kini, Antwerp merupakan bandar kedua terbesar di Belgium, selepas ibu kotanya iaitu Brussels.


Cadangan Tempat Menarik di Antwerp : 

Antara tarikan yang terdapat di Antwerp ialah :

• Antwerp Central Station
 Stadsfeestzaal Meir
• Grote Markt
• Cathedral of Our Lady
• Hard Rock Antwerp
• Het Steen


 ANTWERP CENTRAL STATION 

Kami tiba di Antwerp Central Station awal pagi. Disebabkan kota Antwerp ini kecil je, jadi satu hari pun sudah mencukupi untuk kita explore. Di Antwerp Centraal Station sendiri, korang akan takjub dengan keunikannya tersendiri!






Waktu operasi : 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi sehingga 8.00 malam
Sabtu - Ahad : 9.00 pagi sehingga 4.30 petang

Tips : Di Antwerp Central Station, ada disediakan locker untuk menyimpan bag. Jadi korang boleh simpan bag di station sebelum berjalan-jalan.


  STADSFEESTZAL / SHOP STREET ANTWERP  

Image result for shop street antwerp

Dari Antwerp Station, korang jalan je terus ke pintu utama dan korang akan lalu deretan kedai atau shopstreet di Antwerp. Macam-macam kedai ada, antaranya ialah JD Sports, Uniqlo, dan macam-macam lagi.



 GROTE MARKT 


Dari deretan kedai tadi, korang jalan terus lagi, dalam 8 minit berjalan kaki, korang akan jumpa Grote Markt. Oh ye, sepanjang perjalanan, korang tak akan rasa penat sangat sebab ada macam-macam kedai sepanjang perjalanan!



Istimewanya di Grote Markt ialah keunikan bangunan di sini!



Tips : Belgium merupakan antara pengeluar coklat di dunia, jadi korang boleh nikmati Belgian Chocolates di sini. Memang sedap!

 CATHEDRAL OF OUR LADY  

Image result for cathedral of our lady belgium


Bersebelahan Grote Markt ialah Cathedral of our Lady Antwerp. 

 HARD ROCK CAFE ANTWERP  

Dari Cathedral of our Lady Antwerp, hanya mengambil masa sekitar 1 minit sahaja untuk ke Hard Rock Cafe Antwerp.

Image result for hard rock cafe antwerp

Image result for hard rock cafe antwerp

 HET STEEN ANTWERP  

Image result for Hat steen antwerp

Het Steen atau nama lainnya istana Steen (Steen Castle) merupakan kota pertahanan Antwerp semasa zaman Medieval. Hanya mengambil masa lebih kurang 9 minit berjalan kaki sahaja dari Hard Rock cafe untuk tiba! Tapi malangnya, Het Steen tutup buat sementara waktu.

Setelah melihat hampir semua tarikan di Antwerp, kami pun menuju semula ke Antwerp Central Station untuk menaiki bas seterusnya ke Amsterdam. 



Tips : Begitulah serba sedikit mengenai Antwerp. I cadangkan, better korang pergi Brussels je kalau tiba di Belgium. Kami ni pun sebab tiket ke Brussels sold out, jadi terpaksa la berhenti juga di Antwerp, sebab kami tak sanggup duduk lama-lama di dalam bas menuju ke Amsterdam. Haha



Bas pun sudah tiba, jom kita ke destinasi seterusnya, iaitu Amsterdam!! 


Kami menaiki FLIXBUS, bas ke 5 bandar iaitu route bas yang kami cover ialah : 
London - Antwerp - Amsterdam - Frankfurt - Parisdengan hanya €99 sahaja. Memang berbaloi! Untuk maklumat lanjut, boleh baca di sini : TRAVEL EUROPE MURAH DENGAN INTERFLIX 

Perjalanan seterusnya ke Amsterdam bersambung ...

1 comment: