Friday, 25 October 2019

Travel Europe dengan murah menggunakan InterFlix


Hi semua! Harini I nak kongsikan tips yang sangat-sangat berguna, khas untuk siapa yang nak travel ke Europe murah!!

Boleh baca cara I travel Europe serendah RM 3000 di :

Korang pernah tak plan nak jelajah Europe dengan pergi ke beberapa buah negara sekali gus ketika travel? Antara contoh route yang biasa orang pergi ketika travel ke Europe ialah :

KL - London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris - KL

dan ada banyak lagi route yang best-best korang boleh cuba. Cara nak dari satu tempat ke satu tempat lain of course ada beberapa pilihan, antaranya ialah :

1. Flight
2. Bas
3. Train 

Ini contoh I travel by flight. Flight kalau dapat murah, korang terus grab je, jangan tunggu-tunggu. Tapi, untuk cheapskate, naik flight sebenarnya agak mahal sebab bukan sahaja korang perlu membayar tiket untuk naik flight, tapi bila dah sampai sesebuah negara tu, korang kena book hotel pula ye dak?? 

Selain flight, macamana nak travel ke semua tempat ni dengan harga yang murah??

 Haaaaa perkenalkan, INTERFLIX yang diperkenalkan oleh FLIXBUS!



I dulu pun pernah naik FLIXBUS ni, semasa travel ke Eastern Europe dengan bajet bawah RM 2900 juga all in. Boleh baca di sini


So untuk warga-warga yang suka nak travel dengan harga cheapskate, korang bolehlah cuba naik bas, dan lebih jimat, naik NIGHT BUS, so boleh tidur dalam bas jeeeeee. Lagipun perjalanan dari satu negara ke negara lain pun ambil masa 4-6 jam, so better naik night bus je ye dakkk?


Inilah INTERFLIX, yang diperkenalkan oleh FLIXBUS : naik bas untuk ke 5 negara, dengan harga bernilai 99 sahaja!! 



Jadi bersesuaian la dengan route yang korang plan tadi :

London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris

Tapi apa beza ambil Interflix dengan ambil tiket one way Flixbus yang biasa je? Jom tengok situasi di bawah



London ---> Amsterdam (night bus) 
Bertolak 2130 ---> 0840 (pagi keesokan harinya) 
pun dah berharga 65.99 one way okay!!!! 



Amsterdam ---> Brussels (night bus)
0015 --> 0430 berharga 16.99



Brussels ---> Frankfurt (night bus)
2310 --> 0620 berharga 19.99



Frankfurt ---> Paris (night bus)
2205 --> 0635 berharga 49.99

So cuba total kan setiap harga one way tiket bas tadi tu :

   €65.99
+ €16.99
+ €19.99
+ €49.99
_______
   €152.96

Jadi, mana lebih jimat? 152.96 atau 99???

Haaaaa best kan?

Tapi of course, tiket ini pon ada limit dia. Antaranya ialah :

1. Tidak boleh digunakan untuk return trip (contoh London --> Paris --> London) 

So ape yang korang boleh buat ialah, tambah la negara-negara lain, supaya dia takdela nampak macam return trip haha. Macam contoh 
London --> Paris --> Amsterdam --> London. Haaaa gituu

2. Tidak boleh digunakan untuk tiket bas yang ada transfers. Contohnya :


Nampak tak ada tulis transfer tu? London ---> Amsterdam, tapi sebelum sampai Amsterdam akan singgah Brussels dulu. 

Yang tu tak boleh sebab yela, cuba bayangkan kalau 5 negara kita nak pergi tadi tu, 

London - Amsterdam - Brussels - Frankfurt - Paris 


Semua ada stop kat bandar lain, so itinerari kita bukan je 5 tempat, tapi dah jadi 10 tempat kita explore! hahaha


3. Perlu digunakan dalam masa 3 bulan 

Tapi yela kita travel pun takde la lama sampai 3 bulan kan. Usually beberapa minggu, paling lama pun 1 bulan.

So amacam, best tak INTERFLIX? Haaa cuba, jangan tak cubaaaa. Selamat travel ke Europe! Adios D Amigos!



1 comment: