Friday, 9 August 2019

Tareem 99 Puncak Alam, Neopolitan Oven Brick yang bukan 'beshe-beshe'.


Buat penggemar nasi arab, sudah pastinya nama restoran Tareem 99 sudah terpahat di hati.  Tareem 99 Seri Kembangan amat dikenali dan oleh kerana sambutan yang hangat,  kini, mereka telahpun membuka cawangan yang kedua, yang terletak di Puncak Alam. Tahniah Tareem!


INFO MENGENAI TAREEM 99 PUNCAK ALAM

Waktu Operasi : 
Dibuka setiap hari 7 pagi - 12 malam

Alamat :
Tareem 99, Jalan Astana, Puncak Alam

Konsep : Nasi Arab

So jom kita terjah restoran ini!

 PEMBUKAAN TAREEM 99 PUNCAK ALAM LAKU KERAS 

Oleh kerana Tareem 99 sememangnya sudah mempunyai nama yang tersendiri di Seri Kembangan, makanya orang-orang Puncak Alam sangat teruja dengan pembukaan cawangan baru mereka di Puncak Alam! 


Jadi mereka pakat beramai-ramai serbu ke  Tareem 99 Puncak Alam. Lagipun, tahukah anda bahawa Tareem 99 merupakan satu-satunya restoran nasi arab yang terdapat di kawasan ini? Akhirnya, dengan pembukaan Tareem 99, orang-orang Puncak Alam tidak perlu bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan nasi arab lagi!



Full house! Fenomena ini berlarutan sehingga beberapa bulan. Semua sudah pekena nasi arab yang sedap gila tuuu! 

PIZZA NEOPOLITAN, MENU TERBARU YANG BUKAN "BESHE-BESHE" KHAS DI RESTORAN TAREEM 99, PUNCAK ALAM

Bagi menyahut cabaran, Tareem 99 akan menyajikan satu menu baru, iaitu Pizza Neopolitan. Pizza ini bukan pizza 'beshe beshe' ye! Pizza ini dibuat khas dari oven brick, yang hanya didapati di luar negara tetapi kini sudah boleh didapati di Malaysia,  hanya di restoran Tareem! Hebat bukan?




Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan sendiri pembuatan pizza Neopolitan daripada Oven Brick ini. Memang sangat-sangat menarik! Jadi anda perlu merasai pengalaman tersebut, dan pengalaman ini hanya boleh dirasai di Tareem Puncak Alam sahaja!



Istimewanya, doh pizza ini telah dibuat selama 24 jam dan hasilnya pizza menjadi sangat gebu, lembut dan rangup! Suhu di dalam oven brick ini pula dari 400°C - 500°C sahaja yang membolehkan satu pizza dibakar dalam masa lebih kurang 1-2 minit sahaja. Menarik kan?




Hasil pizza yang dibuat. Memang sedap, gebu, lembut, rangup eh memang sedap sedap sedapppp!

HIDANGAN MAKANAN DI RESTORAN TAREEM 99, PUNCAK ALAM 

Bagi penggemar hidangan Timur Tengah, nama-nama seperti nasi mandy, kabsah mahupun maglubah pasti membuat anda kecur air liur bukan? 


Mereka menyediakan pakej yang pelbagai buat penggemar nasi arab yang semestinya berbaloi!

PAKEJ A : 
MANDY / KABSA 
CHICKEN AND LAMB
FAMILY (3-4 PAX) 
RM 45

PAKEJ B
MANDY / KABSA 
WHOLE CHICKEN 
FAMILY (3-5 PAX) 
RM 50

PAKEJ C
MANDY / KABSA 
CHICKEN AND LAMB
FAMILY (2-3 PAX) 
RM 35

PAKEJ D
MANDY / KABSA 
LAMB
FAMILY (3-5 PAX) 
RM 65

Haaa murah kan pakej-pakej dia? Memang berbaloi! Jadi anda perlu mencuba juadah istimewa mereka, iaitu nasi mandy dan nasi kabsah. Memang sedap menjilat jari!


Apatah lagi apabila digandingkan dengan daging kambing, fuhhhh sedapnya tidak terkira! 


Selain itu, terdapat juga pelbagai hidangan menu yang lain, untuk menyesuaikan dengan selera dan tekak yang pelbagai. Antara hidangan yang turut dihidangkan di sini ialah makanan western, makanan bergoreng, dan lain-lain.


Bagi penggemar western, jangan bimbang kerana anda boleh mengorder juga makanan western di sini!



Lasagna pun ada!

Kuey Teow Goreng



Shuksuka. Rasanya seperti kacang pool! Sedap!


Macam-macam hado!

Roti canai pun hado! Jadi secara konklusinya, Tareem 99 memnpunyai kepelbagaian makanan untuk dipilih, dan untuk disuaikan dengan selera masing-masing. 

SUASANA DI DALAM RESTORAN TAREEM 99, PUNCAK ALAM 

Selain kepelbagaian juadah yang disediakan, apa yang saya suka dengan restoran ini ialah kebersihan restoran ini! 



Oleh kerana keselesaannya, makanya, kita pun akan turut rasa selesa apabila makan di sini!


Bagi penggemar nano stix, mereka turut menjualnya di restoran ini.


 PEMILIK RESTORAN DAN STAFF YANG BAIK DAN RAMAH! 

Sepanjang berada di restoran ini, saya mendapati bahawa pemilik restoran ini dan staff di sini amat ramah! Saya berharap mereka akan terus melayan pelanggan dengan baik kerana itu juga merupakan punca kenapa ramai yang datang ke sini!





Jadi jom beramai-ramai kita ke Tareem 99 Puncak Alam hari ini!

Info Lanjut Mengenai Tareem 99 Puncak Alam :

Alamat : Tareem 99,  Jalan Astana,
Puncak Alam

WAKTU OPERASI
7 PAGI - 12 MALAM 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

Jom tengok video yang saya dah buat untuk melihat Tareem 99 sekilas lalu :


Dan untuk pengetahuan anda, di tingkat atas Tareem 99, mereka turut mempunyai spa khas untuk muslimah. Untuk tahu info lanjut mengenai Hijab Lavender Spa ini, boleh lihat video di bawah :



Jadi, jangan lupa untuk mencuba nasi arab dan pizza neopolitan di Tareem 99 dan kemudiannya singgah untuk menenangkan dan merehatkan minda di Hijab Lavender Spa okayyy!

DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future.

1 comment: