Wednesday, 17 July 2019

Who’s Tea Melaka




Hi semua! Siapa di sini penggemar minuman Milk Tea, dan Bubble Tea? Kini, minuman Bubble Tea sudah menjadi sinonim di Malaysia. Alang-alang hari ini I dijemput untuk review di sebuah restroran yang dikenali sebagai Who's Tea yang terletak di Melaka, yang juga menawarkan milk tea dan bubble tea! Tak sabar!


Seperti yang korang tahu, Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarah, namun Melaka juga mempunyai banyak kafe dan restoran yang menarik! Kini, kafe yang bernama Who’s Tea Malaysia semakin dikenali dan melonjak popularitinya! Untuk makluman anda, Who’s Tea Malaysia merupakan cawangan yang pertama dibuka di Malaysia. Sungguh bertuah Melaka kerana dipilih sebagai destinasi pertama pembukaan kafe ini!



Apakah itu Who's Tea?

Persoalan yang pasti anda akan tertanya ialah, kenapa ‘Who’s Tea’? 
Ianya berasal dari sebutan Cina ‘Hu’ zi Cha’, yang bermaksud misai. Apabila kita minum  sahaja Who’s tea, buih khas akan meninggalkan kesan seperti misai kecil dibibir anda. Maka terhasil nama tersebut! Menarik kan?  Who’s Tea adalah jenama yang berasal dari Taichung City Taiwan sejak 2011 lagi. Sudah 8 tahun berada dalam industri, Who’s Tea mempunyai lebih daripada 30 cawangan di Taiwan. Pihak yang bertanggung jawab memperkenalkan produk minuman ini masuk ke Malaysia dari Taiwan adalah Pro Specialist Advisory (Internatonal) Sdn. Bhd. Terima kasih kerana membawa masuk Who's Tea ke Malaysia!

Apa yang menarik dengan Who's Tea?

> Kafe pertama yang menawarkan game zone kepada pelanggan

Konsep ini amat menarik minat saya kerana buat masa ini, belum pernah lagi saya jumpa kafe yang menawarkan free game zone untuk pengunjungnya! A very good job Who's Tea. Game Zone ini terletak di tingkat atas, dan boleh dimasuki secara percuma! Anda boleh bermain dan meluangkan masa anda sepuas-puasnya di Who's Tea!


Jangan terkejut, ini merupakan 'snooker' yang bersaiz besar! Menarik!


Permainan yang ditawarkan boleh dimain beramai-ramai. 


Pelbagai permainan menarik yang boleh dicuba!





Dengan membeli minuman mahupun makanan (tanpa mengira harga), anda boleh mendapat 2 token untuk bermain di permainan arcade ini!



Anda boleh memilih pelbagai game arcade yang disediakan.


Ini pula merupakan chess! 

Info game zone :
Dibuka dari jam 7 malam sehingga 1 pagi sahaja

> Pelbagai makanan dan minuman yang menarik


Ini merupakan menu yang ditawarkan di Who's Tea. Mereka lebih fokus kepada minuman, namun begitu, mereka turut menyediakan makanan ringan.

Antara minuman ada di Who’s Tea adalah :

Black Who’s Series (Chocolate Milk Foam)
White Who’s Series (Rose Salt Foam)
Cheese Who’s Series (Cheese Milk Foam)
Fresh Fruit Series
Tasty Tea Series
Vinegar Series
Bubble Tea Series

Saya berpeluang untuk merasai semua series dan minuman yang dihidangkan memang sedap dan unik!



BLACK WHO'S MILK TEA

Minuman signature mereka ialah Black Who's Milk Tea dan anda wajib mencubanya! 



Harga :
 RM 11.50 saiz Medium (M)
RM 12.50 saiz Besar (L)

Black Who's Milk Tea mengandungi milk tea, buih coklat, serbuk coklat yang ditaburkan di permukaan buih, serta oreo hancur yang turut ditaburkan di permukaan! Tidak dapat dinafikan, minuman ini sangat 'rich in flavour'! Apabila anda minum air ini, pasti akan terukir misai kecil di atas bibir anda yang dihasilkan oleh serbuk coklat serta serbuk oreo dan buih coklat! 

Memang sedap dan milky. Saya paling menyukai buih-buih yang terhasil. Terasa lembut sahaja apabila diminum!

BROWN SUGAR MILK TEA


Harga :  RM 12.50 saiz Medium (M)

Seperti mana yang anda tahu, saya merupakan penggemar brown suger bubble tea, dan apa yang boleh saya katakan ialah ini juga merupakan antara bubble tea yang sedap! Tidak terlalu manis, bubble / pearl / boba tidak terlalu liat dan tidak terlalu lembut, tehnya juga tidak pahit, jadi secara keseluruhannya, sedap!


FRESH AUTHENTIC FRUIT TEA 


Harga : 
RM 11.90 saiz Medium (M)
RM 12.90 saiz Besar (L)

Minuman ini mengandungi ramuan buah sebenar seperti buah markisa, lemon, nenas, grapefruit, limau kasturi. Gabungan ramuan ini membantu untuk menyegarkan anda di kala hari yang panas! Sangat recommended!

CRANBERRY VINEGAR


Harga :
RM 7.50 saiz Medium (M)
RM 8.50 saiz Besar (L)

Minuman yang berasaskan cuka ini menjadi pilihan hati pengunjung cina yang ke sini. Hal ini kerana, minuman ini menyihatkan dan dapat membantu melancarkan serta membersihkan sistem penghadaman anda! Amat sesuai diminum ketika perut sedang memulas bagi melegakan ketidakselesaan di perut.


EMERALD GREEN TEA


Harga :
RM 6.50 saiz Medium (M)
RM 7.50 saiz Besar (L)

Rasa persis teh jasmin yang bantu melegakan tekak. Minuman ini juga seperti kita sedang menikmati bunga-bunga jasmin yang segar!

Selain minuman, mereka turut menyediakan makanan ringan untuk kudapan.

Antara Makanan Ringan yang ada ialah :

Black Panini Series (Chicken Ham Panini, Thick Chicken Panini, Omega egg Cheese Panini)
American Potato (fried snack)
Sweet Potato (fried snack)
Potato Chips (fried snack)
Taiwanese Fried Chicken

OMEGA EGG CHEESE PANINI


Harga : RM 9.90

Panini ini mengandungi roti arang (charcoal bread), telur, keju, sayur dan dilengkapi dengan strawberry jam! Menarik! Rasa yang dihasilkan amat menarik kerana mempunyai rasa yang manis, lemak berkeju. Sedap!

TAIWAN FRIED CHICKEN



Harga : RM 8.90

Ini merupakan antara makanan ringan yang perlu anda cuba juga kerana sedap dan rangup! Makanan ini terkenal di Taiwan, dan apabila saya sendiri dapat merasanya, tidak terkata betapa nikmatnya! Ayam yang digoreng sempurna bersama garam dan lada mampu mengiurkan sesiapa yang melihat!

> Kafe yang Instagrammable

Oleh kerana konsepnya yang moden dan minimilis, kafe ini amat insta-worthy! Saya secara peribadinya amat suka dengan gabungan warna yang ditawarkan. Kelihatan begitu harmoni dan sesuai untuk dimuat naik ke dalam instagram saya. :)






Kafe ini juga amat sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana suasananya yang tenang! Selain itu, mereka juga menawarkan Wifi dengan kelajuan yang tinggi! 


dan benarlah kata mereka, "Whoever comes, stays."

Rasa seperti tidak mahu pulang kerana saya amat menyukai kafe ini!

Info Lanjut Mengenai Who's Tea :

NO.8, JALAN KLJ 9, 
TAMAN KOTA LAKSAMANA JAYA, 
75200 MELAKA. 

WAKTU OPERASI
11 PAGI - 1 PAGI (SETIAP HARI) 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

******** 

Luaran kafe ini juga amat cantik dan sangat insta-worthy! Terletak di Kota Laksamana Jaya, Melaka. Cantik! Sekian sahaja perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat dan terima kasih Who's Tea!






DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future.

1 comment: