Hi korangg! Mencari restoran pakistan yang menyajikan roti naan yang paling sedap di duniaaa?? Korang suka makan cheese leleh yang boleh ditarik baik punya?? Haaa korang boleh cuba Naan Lounge!
Naan Lounge merupakan restoran pakistan yang menyajikan makanan-makanan istimewa khas dari negara Pakistan. Mereka pakar dalam pembuatan roti naan, dan macam-macam jenis naan ada! Jom kita terjah Naan Lounge ni sempena berbuka puasa ni!
Alamat :
Naan Lounge,
Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Google Map : Naan Lounge
Lokasi Naan Lounge ini tidak sukar untuk dicari. Korang waze atau guna map je, pasti akan sampai
Menggabung dua lot kedai, restoran Naan Lounge boleh memuatkan seramai 120 - 160 orang dalam satu-satu masa.
Mereka sedang membuat penyediaan untuk kambing bakar!
Warna, warni, di aidilfitri. Eh puasa laa hihi
Wahhhh nampak tak kambing tu? Tak sabbbbarrrrr. Tapi kena tunggu dah nak dekat berbuka baru dia akan membuka foil tu.
Kurma yang disediakan
Lauk-lauk dah ready. Macam-macam jenis kuah ada.
Nasi biryani
Makanan pakistan yang bernama Aloo Gobi
Chicken Masala
Dhaal
Ayam Tandoori
Roti naan cheese! Tak sabar nak makan yang niiiii
Uishhh tengok cheese dia memang padu beb! Tidak kedekut cheese, boleh ditarik-tarik, roti naan isinya tebal tidak seperti sesetengah kedai yang buat roti naan nipissss je. Okay iolz tak sabarrrr
Sudut air. Yang hijau tu air pudina. Pastinya refreshing!
Dalam 6.40, kambing yang telah dibakar pun tibaaa.
Uisshhhh just look at that! Kecuq ayaq liuq cheqqqq
Azan berkemundang, mari la kita berbukaaa
Pelbagai jenis roti I ambik. Memang sumpah sedap gilaaaa. Roti naan garlic dia padu, roti naan cheese dia pun paduuu. Aaaaaa sedap bak hang!
Tengok cheese dia boleh ditarik-tarik!!!
Rakan blogger lain yang turut join. Tengok cheese tuu di tarik-tarik uissshhhhh
Budak-budak pun seronok makan roti naan cheese! Ramai yang tambah! Memang sumpah sedap gilaaaa
Bukan sahaja roti naan cheese ada, malah, roti naan nutella pun ada! Aaaaa craving sambil menulis niiiii!!!
Tadaaaa roti naan nutella dari Naan Lounge.
Macam biasa, dia tak kedekut letak nutella banyak-banyak. Memang paduuuuuuuuuuu
Apa lagi, korang wajib datang ke Naan Lounge untuk rasa naan yang sedap gila ni. Tak akan menyesal sebab memang memang sedap. Haa nampak tak puji melambung-lambung ni sebab dae sendiri dah pergi dan rasa.
Sempena puasa ini, mereka turut menyediakan buffet Ramadhan.
Harga buffet
Dewasa : Rm44.90
Kanak-kanak : RM 23.00
Menu buffet
A)Beryani
B) Steam rice
C) cheese naan
D) plain naan
E) tandoori roti
F) chicken masala
G) lamb keema
H) chicken tandoori
I) dhal tarka
J) alu gobi
K) pakora
L) samosa
M) spring roll
N) kuih kaswi
O) kuih melaka
P) kheer
Q) watermelon
R) nuggets
S) chips
T) salad
U) mint sauce
V) sirap
W) lemon mint
X)Teh tarik
Y) Teh o
Z) kurma
Haaa, macam-macam ada kannn? So kalau korang berminat, boleh je terus walk in atau book jeeeee.
Info Lanjut Mengenai Naan Lounge
Alamat :
Naan Lounge,
Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Google Map / Waze : Naan Lounge
Masa / Waktu Operasi : Setiap Hari
Sabtu- Khamis: 11.00 pagi - 11.30 malam
Jumaat: 2.15 petang - 11.30 malam
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi
No: 03-58822910
Facebook : Naan Lounge
Instagram : Naan Lounge
DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future.
Assalamualaikum, missdae.
ReplyDeletekalau nk pergi berbuka kt kedai Naan ni, nak kena buat booking dulu ke atau boleh p walk in ja?
Waalaikumsalam dear. boleh terus walk in jeee hee
Delete