Thursday, 11 April 2019

Phuket Trip - James Bond Island Hopping dan berkayak


Hi semuaaaaa

Ini merupakan serba sedikit perjalanan di Phuket saya. Boleh lah baca post yang sebelumnya iaitu :



Day 1 - Ketibaan di Phuket

Setibanya di KLIA2, saya ke Tune Store untuk mengambil pocket wifi oleh Travel Recommends. Kalau nak pocket wifi murah, boleh lah baca link ini :




2235 Boarding dan bertolak ke Phuket
Sejam kemudian, dah sampai Phuketttt! Waktu di Phuket satu jam lambat banding Malaysia, so kitorang sampai tepat pukul 2235 jugak!




Selesai immigration, kitorang terus beli tiket minibus di bahagian arrival untuk ke bandar Patong kerana hotel kami terletak di Patong. Minibus jauh lebih murah berbanding taxi. Orang tu cakap taxi 800 baht yallzzz. 

Harga tiket minibus bergantung kepada destinasi korang. Kalau macam Patong, 180 baht je untuk seorang






Dia akan kumpulkan dulu orang, dah cukup 10 orang baru jalan minibus ni. 


Sementara menunggu tu boleh lah turn on pocket wifi oleh Travel Recommends ni. Yeayy laju! I like!



Dah cukup orang so off we go to our hotel! 


Dalam perjalanan, mereka akan memberhentikan minibus di sebuah kedai. Ini kiranya macam HQ diorang la. Di sini diorang akan ambil nama dan alamat hotel korang untuk hantar direct ke hotel, dan ala-alang tu dia cuba untuk menjual pakej diorang, tapi dia tak memaksa pun untuk kita ambil. 



Ada orang bagi tips, kalau taknak dipaksa ambil pakej, bila diorang tanya dah pernah datang Phuket? Korang cakap je dah, banyak kali. Settlee haha


Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit untuk ke Patong. Tapi proses untuk menghantar setiap passenger ke hotel mereka mungkin memakan masa sikit la.


Check in di Breezotel dan rest. Review hotel boleh baca di link ni : 


Day 2 - Island hopping bersama KKday

Harini kitorang akan island hopping yang telah dibook melalui KKday di Malaysia. Harga pakej RM 152 je, boleh book di KKday


Sebenarnya memang ada banyaakkk pakej yang boleh diambil semasa di Phuket, tapi saya saje nak try book siap-siap dari Malaysia. Next time, nak try book pakej semasa di Phuket pulak. 


Tepat 9.30 pagi, driver minibus untuk pakej ni dah terpacak depan hotel. Kitorang masa tu masih dalam bilik, and lobby siap call. Wow bagus betul, tak perlu berpanas-panas tunggu depan hotel. Tunggu dalam bilik pun ok je haha


Kami turun ke lobby dan kemudiannya di sambut oleh driver, terus masuk ke dalam minibus. 


Maka bermulalah perjalanan kami untuk island hopping. 

Ku sangka kan sekejap perjalanannya, rupanya jauh jugak! 


Dalam perjalanan, dia akan berhenti di RnR untuk sesiapa nak pergi tandas atau beli jajan.


Cantik RnR dia yallzzzzz..


Lebih kurang 20 minit kemudian, kami pun tiba di destinasi pertama kami yang termasuk dalam pakej iaitu Monkey Temple.

Destinasi 1 : Monkey Temple


Kat sini memang banyak monyet. Korang bolehla nak beli dan bagi makan kt monyet tu.




Selain tu, kat sini pun ada gua untuk korang explore. Gua ni dah included dalam pakej so tak perlu bayar untuk masuk gua. Cuma larat tak larat jela nak mendaki gua tu hihi



Kami kemudiannya ke destinasi seterusnya iaitu ke Phang Nga Bay untuk menaiki long tail boat. 

Destinasi 2 : Phang Nga Bay 


Jadi ini ialah 'jeti' di mana kita akan menaiki long tail boat. Kat sini juga dia akan berikan life jacket untuk kita pakai sebelum menaiki boat.




Lepas dah naik long tail boat, kami dibawakan ke perkampungan nelayan yang terletak di Phang Nga Bay.

 

Kita akan makan lunch di perkampungan ini. 


Don’t worry, makanan yang disediakan halal sebab ini pun perkampungan nelayan islam. So tiada arak yang disediakan.


Selesai sahaja makan, kami boleh round perkampungan nelayan tu. Besssttt dan unik! 



Ada sekolah, ada stadium terapung. Menarik! Sambil main bola sambil tengok view yang cantik. Hahaha


Masjid ni pun terapung okayyyy! haha

Destinasi 3 : Kayak di Talu Island

Selepas dah kenyang dan bertenaga. Sekarang tiba masanya untuk berkayak! Yang ni pun dah included dalam pakej, so tak perlu bayar extra.




Dalam satu kayak boleh muatkan 3 orang dan salah seorangnya wajib ada orang yang professional dalam kayak. 



Sebenarnya kita cuma duduk je dalam kayak tak payah buat apa pun, dia je yang akan bersusah payah bawa kan kita. haha! Tapi kalau korang nak try kayak sendiri memang boleh sangatttt. Cuma yela, sebab kitorang tak pro, so tak kosserrrr hahaha


Yela I nak orang ambik gambar I je. hahahaah gittewww. Tapi kan, unik juga experience ni, sebab kita siap berkayak masuk gua tau! 




Jom masuk guaaaa.


Ok takleh post bebanyak, so kalau nak tahu kena cuba sendiri. haha. Boleh klik link ni untuk cuba :




Bagus juga ada orang yang bawa kayak ni. Pandai pula dia ambil gambar guna daun yang digunting bentuk heart ni. haha


Ok more picturessss. haha


Selepas dah berkayak, dia sediakan minuman, so bolehlah minum sebelum kita ke destinasi seterusnya which is :

Destinasi 4 : James Bond Island


So inilah James Bond Island..






Time ni sebenarnya dah betul-betul penat, fikir "bila nak balik ni" sebab memang padat betul aktiviti hahahahaha



My name is Bond. James Bond.



Dalam pukul 4.30 petang, kami pun beransur pulang. Bayangkan dari pukul 9.30 pagi sampai ke 4.30 petang. Fuhhh penat bak hanggggg




All I can say is this activity is the best!


Moh le kite pulang sebab lepas ni nak pergi ke Phuket FantaSEA pulakk....

Baca sambungannya di sini :


No comments:

Post a Comment