Tuesday, 18 September 2018

Review Dashbox Hotel Cyberjaya


Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Macamana cuti haritu? Best? Seronoknya cutiii. Cuba share tempat menarik korang pernah pergi. Mana tau ada rezeki boleh  pergi one day! 

Baru-baru ni, Dae dapat jemputan untuk membuat review di Dashbox Hotel Cyberjaya, yang terletak di Magic Village Cyberjaya. Nama Dashbox Hotel ni memang semakin sinonim kerana keunikan dia yang tersendiri!

Kami sampai dalam pukul 4 petang sebab bertolak agak lambat, lagi-lagi waktu tu hujan lebat. Sampai2 je macam terpesona dengan kecantikan dan keunikan hotel ni!

Jom kita layan gambar sikit dulu.. 









Haa cantik kannnn. Dashbox Hotel ni lambang utama dia ialah that green rabbit la. Cute!




Sementara menunggu representative dari Dashbox hotel untuk datang, so kita check in dulu. Layanan diorang memang tiptop. Very fast, very friendly. Love it!

Dia ada beberapa jenis bilik dan semua berbeza harga. Harga dia juga berbeza-beza jadi boleh rujuk website mereka :  


Tapi secara ringkasnya, antara jenis bilik dia ialah :







Meh i terangkan serba sedikit tentang bilik-bilik ni. Kalau korang prefer bilik yang kecil, katil berasingan, Dash Twins sesuai. Tetapi, Dash Twin ni berbeza dengan Dash Studio dan Dash Deluxe ye! 

Dash TWIN







Terdapat 38 buah bilik Dash Twins, dan dia berbentuk container. Cantik! Unik! Love it!! Cumanya, kalau korang berharap untuk dapatkan view swimming pool, bilik ni kurang bersesuaian sebab dia jauh sikit dari pool. Sikiiit jeee. Tak jauh cuma tak nampak pool jela hihi. 

Dash STUDIO and Dash DELUXE



Kalau korang nak bilik yang lebih besar (rather than a container kind of room) better pilih Dash Studio / Dash Deluxe. 

Perbezaan Studio dan Deluxe ialah Dash Studio di tingkat bawah, while Dash Deluxe pula terletak di tingkat di atas



Nampak tak bilik 503 tu? Tu Dash Deluxe. So dia berada di tingkat atas. 



501 dan 502 berada di tingkat bawah, so itu ialah Dash Studios.

Untuk Dash STUDIO dan DELUXE, ada bilik yang GARDEN view dan ada juga POOL view.

POOL VIEW :



GARDEN VIEW :



Jadi korang minat yang mana? 
Garden or Pool view? Hihi. 

Okay habis cerita tentang jenis-jenis bilik. So kitorang pun check in la ke bilik kami.



Our room for tonight! Yeayy can’t wait! Kitorang dapat Dash STUDIO. Di tingkat bawah je. Senang haha



Bukak je pintu, I was amazed by the designs. Cantik dan sangat minimalist! Although design minimalist, tapi semua keperluan ada. 

Jom tengok bilik kami macamana :



Bilik kitorang suprisingly luasBilik Dash Studio kami betul-betul menghadap swimming pool. Lagi best sebab boleh je bukak sliding door untuk direct access ke pool. Tak perlu jalan jauh2 hehe.

Haa posing sat depan bilik


Saiz katil dia besar. Dan sangat2 empuk. Bantal pun empuk. Memang tidur nyenyak malam tu hihi



Tandas dia luas dan bersih. Dia ada dua pembahagi di antara tempat membuang dan shower which is good!


This penyangkut baju reminds me of the song “Ayuh kita, goyang dua jari...” haha



Tak bawak berus gigi dan sabun? Don’t worry sebab ada disediakan. Nice!

So that evening, lepas dah ronda-ronda kawasan, kitorang pun of course la tak sabar nak berendam kann.


Kolam dia tak dalam. Sesuai la untuk santai2 bermandi manda untuk seronok2 je. Apa yang penting, sangat relaxing!



Ada slides yang disediakan. Okla untuk budak-budak. Even ada jugak yang dah dewasa macam kami pun try jugak hahaha


Pool dia ada jugak bahagian untuk budak-budak which is lebih cetek.
 

Ni slides kt section pool budak-budak. Berdekatan dengan bilik Dash Twins.



Kalau taknak berenang, boleh la bersantai di kerusi ni.


Apa yang best tentang pool dia kan, seawal 8 pagi dah boleh mandi. Pastu pukul 9 malam baru tutup. So boleh la berendam puas-puas! Ni i memang suka sangat. Plus point diberi! Hahaha. Yela bukan apa, kadang tu tak sempat nak merasa mandi pool. Ye dak?



Kat pool ni ada The Shack untuk minum-minum. Tapi masa ni dia tak buka. Malam-malam sikit baru buka.

Dah mandi manda semua, around 6.30 pm dah kena get ready sebab nak jumpa representative dari Dashbox Hotel, Jennifer. A very nice person I must say! Baru je kenal but she is very welcoming. 

So we met at a restaurant di dalam Dashbox Hotel tu juga, namanya MYA Kitchen and Cocktail. Kalau korang malas keluar untuk cari makan, boleh je makan kat restoran dalam hotel je. Senang.. Kalau korang book hotel with breakfast, makan breakfast pon kat situ juga.


With Jennifer. 





Di luar MYA Kitchen and Cocktail. Ala-ala hipster 










Dalam dia lagi amazing. Love the interior! Not too crowded

After dah duduk di table, kitorang pun di approach untuk diambil order. Staff dia pun very friendly! 









Menu dia menarik! So we ordered based on Jennifer’s recommendations la. Sebab dia cakap apa yg dia cadang tu semua ialah ‘signature dish’ MYA Kitchen and Cocktail.

Antara yang dicadang ialah :

1. Dirty Beef Burger RM 25
2. Crispy Skin Salmon RM 38

Bila dengar je Salmon, haruslah nak try sebab that’s my favourite!

 Sementara menunggu makanan siap tu bolehla main game kalau berminat.



Kitorang decided untuk main football that does not involve running hahaha. Kalau nak main snooker pon boleh juga. 



Waiting time was about 20 minutes until we get our first food. Standard la. Takdela lama sangat menunggu. 


The first to arrive was CRISPY SALMON. 

Nampak menarik! Bab salmon ni I am not easily impressed with the looks. The taste is what matters most! Tapi sebelum rasa tu kena bergambar puas2. Hahaha




The next to arrive was DIRTY BEEF BURGER. Meleleh bak hang uolssss tak sabar nak cuba.



The last one to arrive was FISH & CHIPS. 




Scrumptious! Can’t wait to dig in! 

So a lil review about our dine in :

- Sedap! The taste was just nice!
- Memang kena cuba signature dish dia yang dua tu. Terbaik!
- Serving dia besar. Makan sorang memang terdampar kekenyangan
- Staff friendly
- Service average. Takdela cepat sangat dan takdela lambat sangat

Cuma one thing you must know is, the food is a little bit pricey, but it wont dissapoint you! So far yang kami rasa tiga menu tadi tu memang  sedap. Tak tahula in the future macamana but I hope they maintain la. Jangan tetibe by the time korang rasa tak sedap pulak jadinya huhu.


Dah makan makanya tilam pun memanggil. All I can say is the bed was super comfy. Memang nyenyak tidur malam tu. Bantal pun ada 4. Tak kedekut bantal! Best! Haha


So the next day, it’s time for breakfast. As said earlier, breakfast makan di MYA Kitchen and Cocktail tu je. Senang..

Masa breakfast : 0730 - 1030 am

Well, I pernah terbaca pengalaman orang yg breakfast dia berkonsepkan buffet, meaning boleh makan banyak mana pun, cuma bezanya dengan hotel lain, dia perlu order. Hmm I wonder how this one goes.


That morning, the staff was not as extremely friendly as yesterday. Mungkin sebab ramai sangat yang datang breakfast. So we sat at our table when we were approached by one of the staffs for the menu.

Staff pon explain yang kita order dulu, kalau lapar nak makan lagi, kita order lagi. Kalau korang ambil pakej with breakfast, order la apa pun, banyak mana pun, semua dah kira included dalam voucher breakfast korang tu. 

Dalam hati i terdetik, ni kalau order2 ni biasa lambat makanan sampai ni. Tengok meja orang lain pun macam tak sampai2 je makanan dia. Tapi takpela, order jela kan, tak cuba tak tahu. So we ordered :

1. Lempeng Pisang
2. Nasi Lemak
3. The Dragon Surprise
4. Drinks


In 20 mins of waiting, our drinks, Lempeng Pisang, and Dragon Surprise sampai. Rasa ok, sedap!

So we waited for our last menu, which was the Nasi Lemak. 

We waited... and waited... and waited...

Said to the staff yang Nasi Lemak tak dapat lagi (in case dia terlepas pandang). Dia cakap masih tengah buat.

So we waited again... And again....

Dalam 1 jam tak sampai2 lagi.. Kami pulak nak kena pergi ke Muar pulak after tu. So we then cancelled our order and proceed to check out. 

OVERALL REVIEW

PROS :

I would give 4 stars for this hotel sebab

1. Super friendly staff !
2. Cantik, design unique, modern, sophisticated
3. Segala keperluan ada ;
- Dalam bilik ada iron, tv, towel, toiletries, selipar untuk pergi ke pool.
4. Restoran makanan sedap!
5. Bersih
6. Swimming pool dia buka from 8 - 9 pm. Bestt!
7. Parking banyak! Tak perlu berebut-rebut parking
8. Super comfy bed and pillow. Had a wonderful sleep! Haha

CONS :

1. Wifi connection a bit poor
kadang ada kadang takde.. Dapat connect pun tak berapa laju..
2. Breakfast 
Rasanya better dia sediakan like a normal buffet. Sebab bila kena order ni, it takes time for the chef to prepare our meals, hence, lambat dapat our food. 

To sum up, it was a very very very pleasant stay. I memang recommend korang untuk experience yourself if you need a short getaway nearby. Love everything about it cuma of course, there are rooms for improvements. :)

And you know what? Korang nak kahwin or buat event kat sini pun boleh tau!! 



Picture taken from the brochure I got from Jenny (since I did not go to the ballroom to see it for myself haha)

So kalau nak book bilik or nak buat event di ballroom, boleh la pergi ke website diorang ye. 

A bit info about Dashbox Hotel Cyberjaya :

CONTACT
Dash Box Hotel @ MaGIC Village
Address:
Cyber 8, Persiaran APEC


63000 Cyberjaya, Malaysia








Disclaimer : segala yang ditulis relevan diwaktu i datang review.


Haa begitula serba sedikit review Dashbox Hotel Cyberjaya. Korang kena cuba pergi tau! Sekiranya anda ingin saya untuk review hotel atau restoran anda, bolehlah menghantar email di :

alleydae@yahoo.com

8 comments:

  1. wowww memang amazing! Deco cantik sangat sesuai untuk instagrammers posing sana sini. Ballroom dia pun cantik even dari brochure je. Pool pun best, kalau mahal pun berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll. Jemput datang ke sana hehe 💕

      Delete
  2. missdae stay bilik no. berapa ye? macam best je depan bilik terus pool tu :)

    ReplyDelete
  3. missdae stay bilik no. berapa ye? macam best je depan bilik terus pool tu :)

    ReplyDelete
  4. good info.. tgh cari info booking bilik. takut pulak nanti booking terbooking yg twins tu.. tak muat kita nanti .. anyway best sharing!

    ReplyDelete
  5. Thanks for the review and pics. this post really help me to choose hotel. best canvas tents

    ReplyDelete
  6. i like you blog and you are sharing some good work keep it up.

    ReplyDelete