Thursday, 31 May 2018

Honeymoon murah di Istanbul dan Cappadocia



I just love this picture xx

Assalamualaikum.

Harini saje nak share trip & bajet honeymoon di Istanbul & Cappadocia. Total hangus untuk keseluruhan ground di Istanbul dan Cappadocia ialah RM 1400 untuk 7 hari di sana termasuk flight dari Istanbul, hotel, tiket masuk, tours, makan, dan naik Hot Air Balloon! Yeayy wishlist sangatttt alhamdulillah dapat juga merasa naik hot air balloon.

So nak cerita terus di Istanbul la. Kitorang landing di airport Sabiha Gocken International Airport.

Cara-cara dari Sabiha Gocken International Airport ke bandar Istanbul :

Sabiha ke kota istanbul naik bas Havabus 25TL. Turun di Taksim.



Di Taksim, naik furnicular pastu tukar metro & turun di Sultanahmet. 


Topup Istanbulkart (macam TouchnGo) 60 TL siap2. Boleh kongsi kad utk 2 org


Kami then check in di Avicenna Hotel (sangat recommended sebab cantik). Harga RM 133.80 (untuk dua orang) termasuk breakfast.


Tempat makan breakfast di hotel. Cantik kan

Kami kemudiannya alan explore Istanbul. Kami lebih prefer berjalan kaki, sebab istanbul sangatttttt cantikkkkkkkk. So nak menikmati keindahannya. Antara tempat yang dilawati ialah :
Blue Mosque FREE

Hagia Sophia 40 TL 

Basilica Cistern 20 TL
Topkapi Palace FREE (kat luar je sebab ramai mcm malas pula beratur)
Grand Bazaar FREE
Spice Bazaar FREE
Seaside FREE (Boleh naik cruise)
Gulhane Park FREE
Hard Rock Cafe FREE


***** Mohon check latest price sebab by the time korang baca ni MUNGKIN harga dah berubah



Hagia Sophia




Topkapi Palace

3 Hari di Istanbul memang sangat best! Memang tenang sungguh Istanbul. Jadi kami banyak ambil kesempatan untuk solat di Blue Mosque. Best sangat... Makan pula jangan risau sebab memang banyak kedai restoran halal. Cuma nak makan murah or mahal. Di istanbul, pagi breakfast disediakan di hotel, jadi kami cuma perlu makan di luar utk tengahari / malam sahaja. But 3 hari di istanbul boleh tahan muak jugak la mkanan dia sebab makanan dia kering. Kalau tak kebab, nak makan nasi dia pon, lauk daging dia cm yg kat kebab tu hahahaha. Korang bawakla maggi / nasi / brahim just in case muak. 

The next day, kami pon bergegas siap untuk ke Cappadocia pula. Check out hotel.

Cara untuk ke Sabiha Gocken Airport dari bandar istanbul :
Ambil tram dari Sultanahmet ke station Kabatas (guna istanbulkart)

Di kabatas, tukar untuk naik furnicular dan berhenti di Taksim (guna istanbulkart)

Tunggu bas Havabus 25TL
Tiba di Sabiha Gocken airport 

Di Cappadocia, ada dua airport; Kayseri dan Nevsehir. So kami mendarat di Kayseri sebab ada promo Pegasus so murah hehe. Book online siap2 di website pegasus. Harga RM 157 seorang termasuk meals.



Dari airport, shuttle bus hotel ambil kami. Dia dah pampang nama kita di Arrivals. Tapi bukan free ye haha. 25 TL per person. 


Tiba di Dorm Cave by Travellers. Saje nak fengfeeling tidur kt gua la kononnya. RM 253 untuk 2 malam termsuk breakfast.



Yang bestnya hotel kami ni ialah, dia boleh beri harga diskaun untuk naik hot air balloon. Hotel yang kitorang duduk tu, dia siap bagi list nak naik hot air balloon jenama apa. Paling murah €70 (tapi tak tahu ape jenama).

Jenama hot air balloons yang biasa orang ambil ialah : 

Universal Balloons = €80
Anatolia Balloons = €80
Discovery Balloons = €90

Kadang terkejut juga bila kawan2 cerita yg diorang pergi ikut travel agent, harga hot air balloon tak termasuk dalam pakej, and kalau nak tambah, kena tambah €200, like whuttt??? Yang kitorang punya murah je, takdela sampai €200. Huhu. Selepas survey siap2 online (kat Malaysia), kitorang decided untuk ambil jenama universal balloon sebab mcm lagi famous dan lebih experienced. Hahahaha. Tapi owner hotel siap bagi discount kat kami so kami dpt harga €70 per person je 

Nak naik hot air balloon ni, pukul 6.40 pagi dia dah kejut kita wehhhh. And surprisingly diorang ni datang on time! So dengan mata mengantuk lagi tapi dah bersiap2 naik shuttle bus yang disediakan. Rupanya sebab dia nak kena ambil orang lain dari hotel lain lagi.



Apa yang lebih best ialah, lepas dia dah ambil semua orang dari hotel, kitorang diturunkan di sebuah restoran. Rupanya siap dapat free breakfast (buffet). Macam wow, murah dab sangat berbaloi! Dalam pukul 7.20 kami tiba di kawasan di mana semua hot air balloon tengah dikembungkan (tak tahu kata kerja yg sesuai hahahaha)

Kalau pergi pagi, dapat la tengok sunrise semasa naik hot air balloon.


Best sangat dapat naik hot air balloon. Boleh tahan rasa sebak juga sebab terbaru akhirnya tercapai wishlist sy. Tapi agak gayat jugakla. Cam terbayanngkan what if kita terjatuh. Okay terpengaruh dgn Final Destination sgt. 


Penerbangan habis dalam pukul 8.30 pg mcm tu and lepas mendarat, kita siap dapat sijil tau! Haha. Dia siap celebrate dgn wine tp since kami org Islam, so dia bg air jus delima.

Then kami join tour untuk explore Cappadocia, pun di organise oleh hotel kami. Harga 90 TL untuk seorang dan dapat pergi ke
Goreme open air museum
Cavusin old vilage
Pasabag chimney
Avanos pottry village
Devrent valley
Urugup
Uchisar castle
*price include entrance fee, transportation, lunch and guide. 


Uchisar castle


Pasabag (fairy) chimney


Our guide for the tour.


I love this pic too xx



Join tour ni termasuk lunch buffet okayy, sangat berbaloi!

Habis tour dalam pukul 3.30 pm dan kami terus join another tour pada pukul 4.30 pm dari hotel untuk tengok sunset, dan ini free je.

So kat Cappadocia, kami banyak save sebab tour dia banyak bagi free meals haha. So memang best!
The next day kami banyak berjalan pusing Cappadocia untuk makan, bergambar dan beli souvenirs je.




Makan macam ni RM 50. 



Banyak souvenirs and banyak juga penjual yang boleh cakap melayu sikit sikit hahaha

Note :
1. Memandangkan ini honeymoon, jadi hotel yang kami pilih ialah hotel yang proper la sebab kalau backpack dgn kawan of course hotel cikai dan murah kita tak kisah kan, haha. Kami pon decide untuk pergi ke semua pusat tarikan di Istanbul dan Cappadocia, dan juga nak try hot air balloon. Jadi mungkin la bajet tu agak mahal sbb nak bayar semua entrance fee kan. But for me, untuk trip yg proper dan siap dapat pergi ke mcm2 tempat, bajet & itinerari ni kira dah reasonable. Hehe Tapi mcm rugi je kalau dh dtg tak pergi ke tempat2 tarikan dia kan...

2. Sekarang duit lira tengah murah, so boleh pergi Turki sekarang hihi.

3. Bajet yang saya berikan tu mostly untuk seorang. Harga hotel je utk dua orang.

4. Memandangkan cuti kami tidak lama, jadi kami memang nak fokus untuk explore Istanbul dan Cappadocia sahaja.

5. Bajet yg sy nyatakan diatas TIDAK termasuk flight dari Malaysia sebab haritu ade flight Air Asia ke Tehran jadi kalau All in including flight from Malaysia, ktorang hbis dalam RM 2300 la termasuk flight, hotel, segala tiket & trip, hot air balloon, pengangkutan dan trip di Tehran sekali. Tapi since dah takde kan, so tak perlu la cerita pasal flight dari malaysia haha.

6. Check out the latest price okay?

7. Selalu check harga Turkish Airlines sebab kadang dia buat sale gila-gila, like harga tiket pergi balik je RM 1398 je ha kau jemahhhh. Murah noksss.


Sekian dari saya,

Missdae.

11 comments:

  1. Boleh share full itinerary dgn saya? pnnazz02@gmail.com. tq

    ReplyDelete
  2. Boleh share full itinerary dgn saya x?? nurulashiqin91@gmail.com tq

    ReplyDelete
  3. Boleh tahu nama hotel yg cave tu dekat cappadocia?

    ReplyDelete
  4. That’s revolutionary and simple. Your piece is quite informative and fresh. I will definitely share this post on my social media handle for others to explore it as well.
    Check My Article On 7 Best Survival Games For Android

    ReplyDelete
  5. hi ms dae.. macamana u communicate dgn owner hotel untuk ambil pakej hot balloon n red tour tu ye? email saya razlinarabu81@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Assalam, boleh tau x harga keseluruhan berapa?
    flight ticket pegi balik mahal x?

    ReplyDelete
  7. Salam.. Mcm mana nak amek tour balloon tu ye.. booking siap2 before smpai turkey atau mcm mana.. erynneshukri@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Hi. I love reading your travel blogs. They’re all very informative and helpful for anyone planning budget travel. Which month did you go for this honeymoon trip? I notice it is still cold.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..boleh share full itinerary dgn sya x...norasmabtnayan@gmail.com
    trima kasih

    ReplyDelete
  10. can share full itinerary nwc81@yahoo.com.sg thanks.

    ReplyDelete