Thursday, 5 January 2017

Padang Bukit Tinggi Trip End

Hi semua. Harini ialah hari ketiga di Bukit Tinggi. 

Boleh baca post sebelum dengan klik link di bawah :

1. Padang Bukit Tinggi Day 1
2. Padang Bukit Tinggi Trip Day 2

Harini misinya nak pusing di gunung Maninjau, Bukit Tinggi.


Tapi, nampak gayanya hari nak hujan. 


Dalam perjalanan mendaki gunung, kami berhenti di sebuah kedai tepi pergunungan untuk minum-minum. Memang cantik sangat view dia.



So relaxing.. Kat sini sejuk tau! Ada la rasa cam Cameron Highland


Aku, tak beli air la. Sebab.. spesis yang tong kecik, kalau minum air je asyik nak ke tandas, Ada satu benda aku nak bagitahu korang ni. Emm. Tandas kat Bukit Tinggi and Padang, so far aku pergi.... Semuanya... Emm. Berjayalah membuat aku kembang tekak dan hilang selera makan.

Nak aku ulas lebih lanjut? Sedih la tengok toilet dia. Berlumut, berlendir my god bila dah tak tahan sangat tu memang tutup mata jela masuk toilet. Kalau pandang atas pula, ceiling dia penuh ngn kulat. So memang tutup mata je. Tapi tak dinafikan, ada je tandas yang okay. Tapi entahlah, nasib aku kot toilet aku masuk semua tak ok. Kadang tu terpaksa tahan la sebab geli nak masuk. Jangan kena batu karang sudahlaaaaa. Wuuuuu nangis. 

Next stop, kitorang singgah kat tempat proses air tebu pula.


Yang berkerja kerasnya ialah kerbau ni. Haha


This is actually how you wear your bikini guys. Dia ditutupkan mata supaya dia relax dan tak mengamuk tak tentu pasal. Lagipun, diorang dah experiment dah, kalau tak tutupkan mata dia, dia memang taknak bergerak. Bijak haha




Inilah air tebu dia. Rasa fresh! 



Kitorang meneruskan perjalanan ke puncak. Tapi, sebab hujan, berkabus.


Maka tak nampak lah seluruh bukit tinggi. Sis hampa tapi tak mengapa. Haa gitu. hahahha


Seterusnya, kitorang ke Jam Gadang, Bukit Tinggi. Berdekatan jam ni ada banyak kedai untuk shopping.


Tapi duit dah takdak shopping awal-awal. Hahaha. Lepas dah shopping, kitorang pon naik van untuk ke Padang. Ambil masa around tiga jam juga untuk turun ke bawah. 


On the way ke Padang, kami ada singgah satu kedai yang jual kuim NERAKA. My god, dengar nama kuih dia scary betul. Hahaha. Rupanya sebab di masak atas bawah api, dan kononnya hasilnya itu syurga sebab rasa dia sedap. (Bagi aku rasa dia macam lempeng kelapa je tapi sedap tapi muak kalau makan banyak)


Cara kuih NERAKA di buat.


That night, makan ikan bakaq kat pondoq ikan bakaq Khatib Sulaiman, Padang.


Setiap orang dapat 1 ekor ikan saiz besar. Pehhh memang masyuk makan. Ada udang, sotong dan macam-macam. Cuma sayangnya sebab cara masakan dia semua sama, so rasa sama je, ape yang membezakan ialah sotong ikan udang hahaha

Lepas dah makan, check in hotel and tidurrrr.



Inilah hotel kami. Hotel Rangkayo Basa (Orang Kaya la katanya) Haha. Check Out untuk pusing-pusing Padang sebelum balik ke Malaysia.


First stop, bergambar depan Indian Ocean (Lautan India)


Lepas tu kitorang pun jalan-jalan la sekitar Padang. Not much to see in Padang.



But one thing that caught my attention, jambatan Nurbaya sebab cerita dia memang macam drama-drama. Haha. Lagenda menceritakan bahawa (peh skema pulak ayat) Nurbaya ni bercinta dengan seorang jejaka bernama Syamsul Bahri. Tetapi di halang sebab ayah Nurbaya banyak berhutang dengan seorang Dato' yang bernama Dato' Maringgih. Nak bayar hutang, tak mampu, jadi Dato' ni minta kahwin dengan Nurbaya. Nurbaya menolak, tapi tak berdaya, so akhirnya akur. Banyak versi ending cerita ni. Ada kata Nurbaya bunuh diri kat jambatan tu, ada kata Syamsul Bahri tu yang bunuh diri, ada kata Dato' tu racunkan lemang dan beri ke Nurbaya sebab jelez dia berjumpa Syamsul senyap-senyap, ada kata Dato' dan Syamsul yang berlawan satu satu di atas jambatan tu sampai salah seorang mati. Konklusi, itulah legenda, banyak ditokok tambah sampai dah tak tahu mana betul hahaha

Maka, berakhirlah trip aku ke Padang dan Bukit Tinggi. Best dapat minum jus sedap-sedap, pekat and pure berbanding kat Malaysia yang rasa air je, and pergunungan dia cantik-cantik. Okay tu je sekian, have a good day! :)

If anyone berminat nak pergi trip ni, boleh email saya. Minimum 15 orang.

Email : alleydae@yahoo.com

Boleh baca post sebelum dengan klik link di bawah :

1. Padang Bukit Tinggi Day 1

2. Padang Bukit Tinggi Trip Day 2

7 comments:

  1. Assalamualaikum cik..boleh saya dapatkan number contact tour guide aki ??

    ReplyDelete
  2. Singgah sini sebab duk berkira-kira nak p Padang ke tak. AA tengah promo ni.haha.. anyway. Thanks dik for sharing such experience. ��

    ReplyDelete
  3. Hotel kat bukit tinggi tu nama apa ye

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Salam sejahtera

    Mohon ijin promote sikit disini
    Perkenalkan saya Yola Tour Operator di Agency Pelancongan di Bukittinggi, Indonesia

    Kami ingin menawarkan berbagai Pakej Percutian ke Indonesia seperti PADANG – BUKITTINGGI, MEDAN, BANDUNG, JOGJA, SURABAYA BROMO MALANG, BALI, LOMBOK
    dengan SERVICE yang Tip top serta harga yang menarik dan jimat.

    Kami juga menyediakan homestay di Bukittinggi. HOMESTAY AMBACANG

    yang nak datang Indonesia boleh contact saya
    Whatsapp +6282388471349
    EMail : yolaagusti46@gmail.com
    website :
    http://cutijimat.blogspot.com/
    baripesona.blogspot.com

    ReplyDelete