Padang, Bukit Tinggi Trip

07:01:00

Hi semua. Lama betul saya tak menulis dalam blog. Maklum lah tengah sibuk buat persiapan nak exam. Maaf sangat2 ye semua.

So nak cerita, trip kali ni saya pergi ke Bukit Tinggi, Indonesia. Sebenarnya ikutkan dah serik pergi Indonesia sebab kena cirit birit masa last pergi Bandung haritu, boleh baca di link ni Percutian backpackers ke Bandung. Kisahnya sebab makan kat stall tepi jalan, acah-acah nak try street food la kononnya. So, kepada perut yang tak tahan, sila jangan makan kat tepi-tepi jalan ye! Hahaha.

Okay, sambung cerita. Kali ni trip pergi ke Bukit tinggi, saya ikut ground pakej je. Maksudnya flight beli asing. 
So total 4 hari 3 malam RM 500, flight RM 300 = RM 800. Okay, harga pun dah cukup bajet, macam backpacking pulak. hahaha


Perjalanan dari KLIA 2 ke Padang mengambil masa 1 jam je pun. Lawak sebab baru duduk dalam plane tetibe dah pengumuman nak landing. Begitu dekat rupanya. Tapi nak ke Bukit Tinggi, kena turun di Airport Minangkabau International yang terletak di Pariaman, Padang.

Info perlu tahu untuk trip ke Padang :

Perbezaan masa 1 jam. 
Contoh kita pukul 5 petang, dia baru pukul 4 petang

10,000 rupiah = RM 3.32 


Tiba di airport, dia tak ada skybridge, so kena la turun tangga sendiri dan berjalan ke airport dia.


Ni dalam airport dia. Hahaha comel je Kamar Kecil. "Aduhhhh dah tak tahan ni, nak pergi kamar kecil kejap!" Hahahahaha. Tapi toilet dia memang betul2 kecil even dalam airport. Muat untuk seorang je so kena queue lama.


Ini lah airport Minangkabau. Sama macam Negeri Sembilan kan? Menurut Wikipedia, pada abad ke 14, orang-orang Sumatera dari Minangkabau tiba di Negeri Sembilan. Pastu berlakulah perkahwinan antara orang Minangkabau dan penduduk di situ maka dinamakannya suku Biduanda. 

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

So dah faham kan serba sedikit kenapa masyarakat kita di Negeri Sembilan lebih kurang dorang.

Okay enough talking, kita pun disambut oleh tour guide bernama Aki dan disebabkan kami hanya berlapan, dapatlah naik mini bus 9 seater, air cond, berTV so best lah. 


So perjalanan bermula. Bila tengok kawasan dia, mungkin akan rasa, macam Malaysia zaman dulu-dulu. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia! Okay tetibe.


Jalan punya jalan, rupanya first stop kita of course lah makan! 


Haa nama dia Lamun Ombak. Tapi kalau tengok, ramai gila Malaysian di sini. Maksudnya pakailah apa-apa pakej pun, memang tempat makan ni antara destinasi dia.



Kat sini Aki pesan, kalau nak minta sudu, jangan sebut sudu. Maksud sudu dalam bahasa diorang, cium. Jadi kalau kita cakap "nak sudu boleh?" nanti diorang tersipu malu sebab maksud dia "nak cium boleh?" Hahaha. 

So nak minta sudu, kena cakap senduk, sebab dorang panggil sudu as senduk. Betul, ini bukan gurauan tapi kenyataan! Haha.
 


Yang ni untuk breakfast, and tak termasuk pakej. So kalau nak makan, kono baya sendiri la jawab eh. Apa yang menarik di sini ialah, mereka makan berhidang. maksudnya semua lauk dia letak di atas meja, jadi lauk yang kita sentuh even secubit pun akan dikira dan perlu dibayar. Jadi jangan main sentuh je k! Hahaha


Masa mula-mula makan tu macam tak berapa berselera, so makan nasi lauk kuah je. Kat sini rata-rata orang order MARTABAK MESIR (Murtabak) tapi masa kitorang sampai tu tinggal tiga je. So tak dapat nak merasa sebab orang lain dah order dulu. Hahaha


Oh ye, kalau di Indonesia, tolonglah order jus dia sebab memang FRESH. Nak cuba kelainan, sila order jus Avocado. Siap ada coklat. Memang sedap and pure. Antara jus lain ialah jus durian belanda, mangga, naga. Memang lain dari Malaysia yang rasa air dan gula je. Oppsss sorry.. Hahaha



Ini antara lauk-lauk dia. Ingatkan, amik yang mana nak je. No cuba-cuba, cubit-cubit sebab nanti kena charge. Haha.

Lepas dah makan tu, kami pun meneruskan perjalanan untuk menuju ke Bukit Tinggi.



Perasan tak apa tu? Landasan kereta api. Okay normal, kat Malaysia pun ada kan..



Tapi rumah betul-betul depan landasan kereta api ada tak kat Malaysia? Hahaha power betul dorang, relax je duduk tepi landasan keretapi. Memang sepanjang tu rumah je! Even boleh nampak budak-budak main kejar-kejar kat situ.


Tengah ralit tengok, tetiba memang ada rezeki nak tengok keretapi lalu. 


Steady je makcik tu haha.


Semasa perjalanan, sepatutnya kita akan singgah di Air Terjun Lembah Anai. Malangnya hujan. So amik gambar dari dalam bus je, Itu pun kabur. #hampa.

So the next stop is ke Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM) Padang Panjang.





Di sini banyak diceritakan tentang sejarah Minang, orang-orang dia, orang hebat dia dan banyaklah.


Kalau nak cuba, boleh pakai baju traditional diorang. Tapi saya tak cuba la sobab sogan hahahaha. 


Gambar dari google sebab dari group kami tak ada siapa yang pakai baju camtu pun. Huhu

Lepas ke sini, next stop kami, makan lagi!
  

Same concept, makan berhidang. Tapi kali ni dah termasuk dalam pakej so sila habiskan semua ye!


Order jus durian belanda pulak. Nampak tak betapa pekatnyaaa.

Lepas dah makan, si Aki ni bawa ke hampir semua tempat shopping. Katanya, misi dia memang nak habiskan duit kita. Selagi tak habis, selagi tu misi dia tak tercapai. Hahahaha



Baju ni, harga RM 50 untuk satu. Boleh bayar dengan rupiah or duit Malaysia.


Kain pelikat ada macam-macam grade and kualiti. So belikan satu untuk abah.  

Okay next stop is another kedai sulam. 


Time ni nampak ramai dari kalangan kami yang shopping sakan. Baju sulam RM 90 je untuk 4 meter bidang 60'. Kat Malaysia harga dua kali ganda. Tengok kain dia pun kualiti baik.

So dah shopping punya shopping (malas nak upload gambar shopping banyak2 sangat) haha, kitorang pun ke hotel dan check in.


Aki cakap, kat Bukit Tinggi ada beberapa hotel je yang ada lift. Hotel tiga bintang cuma ada tiga je dari banyak-banyak tu yang ada lift. Sebab dia tahu orang Malaysia kan tak suka naik tangga. hahahaha.


Ada welcome drink dia. Tanjat boboi tengok air timun.







So begitulah alkisahnya untuk first day. Penat bershopping je. First day lagi dah perabih duit. Hahahahhaa



That night makan kat ayam penyek. Tapi saya tak sentuh pun ayam tu sebab tak makan ayam sangat kecuali kalau yakin dengan kebersihan dia dibasuh. Sebab takut rasa hanyir emm tak gemar haha. Oklahhh tu jeeeee for today...

To be continued sebab nak tidur.. Good night Hihi




Untuk membaca post seterusnya :

Trip Padang Bukit Tinggi Day 2

Related Post

2 comments

  1. PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  2. salam. macam mana na dapatkan tiket flight murah macam cik selalu dapat..

    ReplyDelete