Monday, 4 January 2016

Maru Guest House


Untuk ke Maru Guest House, boleh ke naik subway dan turun di Seoul station. Keluar di exit 15. Untuk pengetahuan anda, Seoul station ini teramatlah besar. Jadi untuk keluar mengikut exit 15 pun dah jenuh berjalan.


1) Keluar je dari pintu exit 15, anda ke kiri.


2) Jalan sekitar 20 - 30 langkah, anda akan jumpa zebra cross ini. Jadi SILA LINTAS.


3) Daripada Zebra crossing ini, anda boleh melihat pam minyak GS. Jalan je terus.


4) Landmark pertama : GS Gas Station


5) Landmark kedua, kedai Samsung dan KIA di sebelah kanan anda.


6) Landmark ketiga, Woori Bank, juga di kanan anda


7) Bersebelahan Woori Bank, ada landmark iaitu keempat, pejabat hasil tanah


8) Masuk simpang itu. Nampak tak kereta putih di sebelah kiri tu? Haa, Maru Guest House terletak di situ.


9) Ini lah Maru Guest House Seoul Station. Minta maaf sangat-sangat gambar teruk. Ini pun nasib baik saya teringat untuk mengambil gambar.


Haa, ini gambar dari Google. Hehe.

Jadi kami pun check in dan terpesona dengan bilik kami. Bayangkan bilik berharga RM 33 (belum termasuk tax, sebab saya booking guna Agoda) boleh dapat bilik yang best macam ini. 




Siap ada tandas di dalam bilik kami



Setakat ini, kami memang berpuas hati kerana biliknya besar.
Di luar pula, terdapat dapur. Apa yang bestnya di sini :

1) di dalam peti ais terdapat roti, telur dan jam. Jadi, boleh makan sesuka hati anda.
2) Boleh bancuh air teh atau kopi juga kerana disediakan dan percuma
3) Boleh basuh baju dan kemudiannya letak di mesin dryer itu untuk keringkan. Jadi dalam 2 jam sahaja baju sudah siap basuh dan kering.
4) Oppa guest house ini memang baik gila. Dia yang banyak ajar perkataan Korea kepada kami.


Kalau nak book, boleh terus klik link di bawah ni je :






    Anda juga mungkin berminat untuk membaca entri backpack saya yang lain :

    Cuti bajet dan backpack murah ke Jepun
    Cuti bajet dan backpack murah ke Kemboja
    Cuti bajet dan backpack murah ke Australia

    Nak backpack sendiri tapi nak panduan mudah? Boleh dapatkan Naracards, panduan yang bersaiz mini sesuai untuk di bawa ke Korea!

    Naracards Seoul Set

    1 comment:

    1. sendiri nak sampai tak tau bila lagi, tengok gambar pun jadi la huhu

      ReplyDelete