Palestine Trip - Sekitar Masjidil Aqsa

16:00:00

Post ini ialah sambungan untuk post sebelumnya. 
Sila klik link dibawah untuk membaca :


Pada jam 0430, saya dan mak saya bertungkus lumus untuk qiamulail dan solat Subuh di masjidil Aqsa. Daripada hotel untuk menuju ke masjidil Aqsa selamat sekiranya mahu berjalan berseorangan meskipun dalam keadaan yang gelap. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik sekiranya berjalan secara berpasangan.

Untuk pengetahuan anda, pintu untuk ke kompaun masjidil Aqsa hanya akan dibuka 1 jam sebelum Subuh, dan ditutup 1 jam selepas Isyak dan dikawal sepenuhnya oleh tentera Israel.

Di kawasan perkarangan masjid ini juga, terdapat rumah-rumah orang Islam. Sekiranya mereka tiba lewat walaupun beberapa minit selepas 1 jam selepas Isyak, mereka tidak dapat pulang ke rumah kerana pintu sudah ditutup.

Sedihkan? Kita umat Islam nak beribadah pon di kawal oleh orang kafir.


Beginilah suasana setiap pagi. Kami terpaksa menunggu tentera Israel membuka pintu ini. Walaupun terpaksa melalui kejadian yang sama hari-hari, namun semangat kental orang Palestin, mereka tetap solat di masjid. SubhanaAllah.



Jika dilihat wajah tentera Israel, tidaklah begitu menakutkan malah mereka juga boleh berborak serta bergelak ketawa dengan kita. Kebiasaannya mereka tidak akan mengganggu para pengunjung daripada luar negara. Target mereka hanyalah rakyat Palestin terutamanya yang muda.

Misi mereka ialah apabila sering menghalang pemuda Palestin ini daripada solat di dalam masjid, maka lama kelamaan pemuda-pemuda ini akan berputus asa dan tidak mahu ke masjid. Ini ialah agenda utama mereka.

Namun begitu, Alhamdulillah, ketika kami di sana, semua warga Palestin, tidak kira muda atau tua dibenarkan untuk solat di dalam masjid tanpa sebarang sekatan.

Hari ini, qiammulail kami istimewa kerana di imamkan sendiri oleh imam masjidil Aqsa. Oleh itu, kami solat tahajjud, hajat dan lain-lain solat sunat secara berjemaah. Apa yang menariknya di masjidil Aqsa ialah, meskipun waktu Subuh, tetapi orang yang solat di dalamnya begitu ramai! (Tidak seperti masjid-masjid di Malaysia)

Setelah selesai solat, kami kemudiannya di bawa jalan-jalan sekitar masjidil Aqsa oleh imam palestin itu sendiri dan melawati penjara jin, dan makam nabi sulaiman



Ini merupakan penjara jin. Kenapa ada penjara jin di sini? 

Tapak Masjidil Aqsa dan kompaun ini sebenarnya di bina oleh nabi Sulaiman. Di sini terletaknya kerajaan nabi Sulaiman pada zaman dahulu. Adakah anda masih mengingati mukjizat nabi Sulaiman? Beliau boleh berbicara dan menundukkan jin. Oleh itu, penjara ini dibina oleh beliau bagi jin-jin yang tidak patuh dan ingkar.

Sekiranya ditanya adakah terdapat lagi jin di dalamnya, Wallahua'lam.

Kami kemudiannya ke makam nabi Sulaiman. Namun pada pemahaman saya, di sinilah tempatnya singgah sana di mana nabi Sulaiman memerintah. Singgah sana ini kininya di tutup dengan kain tetapi saya dapat menjangka ia merupakan sebuah singgah sana yang besar.

Untuk pengetahuan para pembaca, nabi Sulaiman mukjizatnya terletak cincin beliau. Setiap kali beliau ke tandas, beliau akan memberikan cincin itu kepada isterinya. Suatu hari, beliau memberikan cincin itu kepada 'isterinya' dengan kuasa Allah, 'isteri' yang disangkanya itu sebenarnya Jin yang dengki padanya dan menyamar sebagai isteri beliau.

Apabila mendapat cincin itu, jin itu pon lari. Setelah keluar daripada tandas, nabi Sulaiman meminta cincin itu daripada isterinya, namun ratu Balqis menyatakan bahawa nabi Sulaiman tidak pernah memberikannya cincin pada hari itu.

Dengan izin Allah, jin tersebut menyamar jadi nabi Sulaiman dan memerintah di singgah sana itu. Goyahlah kerajaan nabi Sulaiman dan beliau terpaksa berlindung. Dipendekkan cerita, satu hari, sedang nabi Sulaiman menjamu selera dengan memakan ikan, beliau terjumpa balik cincin beliau itu, dan berkuasalah beliau semula.

Di sini juga, imam Palestin berkata kepada kami :

"Masjidil Aqsa is not for Arab. Not for Palestine. But for ALL MUSLIMS. So brothers and sisters, tell your family and friends to visit us and masjidil aqsa. Because when you all come, you give us strength and power"

Kata-kata ini sebenarnya buat saya sebak. Oleh itu, jom ramai-ramai ke Palestin dan beri sokongan kepada saudara mara kita di sana!

Pada 0730 pagi, kami pun pulang ke hotel kami.


Untuk pengetahuan pembaca juga, batu-batu di masjidil Aqsa ialah batu yang diberkati. Jadi bolehlah ambil beberapa ketul sebagai kenang-kenangan. Namun menurut ustaz Amin, dengan 2 syarat :

1. Ia hanyalah batu biasa tetapi diberkati. Jadi janganlah buat perkara-perkara karut dengan  menjadikannya tangkal atau seumpamanya.
2. Berat bagasi yang dibenarkan oleh Oman Air hanyalah 30 kilogram sahaja. Haha

 

Sengaja saya memilih untuk memakai baju kurung, kerana saya bangga dengan tradisi negara kita.



Jalan menuju ke hotel. Inilah pintu gate utama untuk masuk ke kota lama sebelum tiba di kompaun masjidil Aqsa.

Pada jam 0845, selepas selesai sarapan pagi, kami berkumpul balik untuk trip sekitar kota lama dan masjidil Aqsa. Trip hari ini hanyalah dengan berjalan kaki sahaja kerana semuanya berdekatan. Oh ye, kalau boleh, eloknya pakai kasut sandal kerana lawatan ini banyak memerlukan kita untuk membuka kasut.

Fakta mengenai masjidil Aqsa :

1. Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam
 2. Merupakan masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi 
3. Merupakan masjid yang ke 3 mulia dan suci di sisi Allah s.w.t.  4. Merupakan pintu ke alam ghaib.
5. Oleh itu, di sinilah tempatnya nabi di mikraj ke Sidratul Muntaha, (langit ke tujuh) semasa peristiwa Israk Mikraj 
6. Kompaun masjidil Aqsa terdapat 5 buah masjid;
 2 atas tanah, 3 bawah tanah.





Cantiknya masjid kubah as Sakhra niiii. 
Di sinilah tempatnya nabi mikraj ke langit. Di sini juga terletaknya batu yang dipijak oleh nabi semasa mikraj ke langit. Di kalangan orang asia, batu ini dipercayai terapung, tetapi menurut pemandu pelancong kami, seorang rakyat Palestin, beliau berkata batu ini 

"is never hanging and has never been hanging"

Wallahua'lam.


Batu yang dipercayai 'terapung'.

Oh ye, sudah tentu pada zaman dahulu, belum lagi wujud kubah emas itu. Masjid ini telah dibina ketika pelbagai empayar, Byzantine, empayar Uthmaniah dan banyak lagi.

Kubah emas ini pula telah didermakan oleh raja Jordan, iaitu raja Husein ketika itu, dan beratnya ialah sebanyak 80 kilogram. Namun, jika di teliti, warna kubah emas ini tidak begitu berkilat. Hal ini sengaja dibuat begitu kerana tidak mahu disamakan dengan gereja dibelakang itu, yang turut mempunyai kubah emas.


Kami kemudiannya meneruskan perjalanan sekitar masjid-masjid di bawah tanah pula.



Di sebuah masjid bawah tanah. Apa yang menariknya ialah pada zaman dahulu, ketika musim panas, mereka akan solat di masjid atas tanah, manakala ketika musim sejuk, mereka akan solat di bawah tanah. Bijakkan?



Ini merupakan tingkap di mana Mariam, ibu kepada nabi Isa mendapatkan makanan daripada Jibril. Ketika ini, Mariam tinggal bersama nabi Zakaria, dan setiap kali nabi Zakaria membawa makanan kepadanya, pasti beliau hairan kerana setiap kali itu juga, sudah pasti terdapat makanan di sebelahnya.




Ini merupakan antara peninggalan yang tinggal selepas beberapa peperangan, iaitu tiang yang dibina oleh jin semasa pemerintahan nabi Sulaiman.


 Bata-bata yang besar itu juga dibina oleh Jin. Itu hanyalah saki baki hasil peninggalan perang, jika ingin dibandingkan dengan batu-bata yang terletak di atasnya itu.


Ini merupakan Moroccon Gate. Di sebalik tembok ini, terdapat yahudi-yahudi yang bertapa mengenang dosa-dosa mereka di 'wailing wall'. 


Inilah 'wailing wall' di sebalik Moroccon gate tadi.

Di bawah kawasan ini pula terdapat masjid, dan masjid ini terletak di bawah tanah. Tetapi kawasan ini kecil sahaja.


Ini pula masjid Buraq. Ingat tak peristiwa israk Mikraj?

Sepanjang proses Israk Mikraj iaitu nabi dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa dan kemudiannya dinaikkan ke langit dan turun semula, dan kemudiannya dari masjidil Aqsa ke masjidil Haram kembali, nabi Muhammad didatangkan binatang (ada kata Malaikat, wallahua'lam) untuk ditunggangi oleh Rasulullah.

Katanya, satu langkah Buraq adalah seluas jauh mata memandang. SubhanaAllah hebatnyaaa.



Di masjid inilah nabi menambat Buraq itu.


Kami kemudiannya pulang ke hotel untuk berehat. Selepas solat isyak secara berjemaah di masjidil Aqsa (masjid utama), kami berkumpul, dan diketuai oleh Ustaz Hafez, kami meneroka dalam masjidil Aqsa itu sendiri. Dalam masjidil Aqsa sendiri ada banyak kisahnya.



Di bahagian depan masjidil Aqsa, ialah replika kepada mimbar asal yang dibina oleh Syeikh Nuruddin Al Zenki. Syeikh Nuruddin merupakan guru kepada Salahuddin Al Ayubi.

Di sudut ke kiri ialah Mimbar Saidina Umar R.A. Semasa saidina Umar tiba di masjidil Aqsa, beliau menunaikan solat di sini :


Pada hari itu, kami dapat menyaksikan kanak-kanak palestin sedang menghafal Al-Quran.


Diikuti pula mihrab Nabi Zakaria. Di sini tempat beliau bermunajat meminta pada Allah untuk dikabulkan doanya agar dikurniakan zuriat. Di sini, kita boleh berdoa untuk mendapat jodoh, zuriat dan lain-lain.

Berikutnya pula merupakan makam Arbain. Di sini, tempat para wali dari Syria iaitu seramai 40 orang berkumpul sekali setahun sehingga ke hari ini. Tetapi bila dan masa mereka berkumpul tidak diketahui.




Post ini mempunyai sambungan. Sila klik link di bawah untuk meneruskan bacaan :

Related Post

1 comments