Saturday, 11 July 2015

Backpacking Kemboja

Hi semua.

Harini nak share pasal our recent trip to Cambodia. Haha. Overall memang best lahh. Kenapa? Sebab aku selalu travel ke negara yang dah maju, and Cambodia ni yela, faham2 la.. huhu..

Sebelum pergi

Macam biasa, aku akan jadi planner, master mind, and everythinglah. Sumpah aku cakap, seram sebab tak tahu Kemboja ni cemana semua kan. Thanks to the group I joined which is 'BACKPACKERS BUDDIES MALAYSIA', aku pon dapat la berkenalan with a few Malay people yang actually tinggal kat situ. And dia pun berbaik hati nak tolong kami yang noob ni.. 

So aku pon teruskan lah itinerary, survey hotel itu dan ini untuk cari yang TERMUROHH.

First of all, nak cite pasal currency depa. Dorang guna riel, dan USD. Most of the time USD. Dan disebabkan negara kita tengah mengalami inflasi yang tinggi, jadi memang miserable juga la masa kitorang gi tu. Terasa woo duit mengalir cam air.

So aku pergi tukar duit, masa tu rate 1 USD = RM 3.725. Sedih takk.. By the time kitorang nak bertolak kan, rate dia lagi dahsyat, RM3.80 !

Kedua, survey tempat nak menginap. Yela jenis aku tak kisah la tempat dia camne asalkan MURAH. (dan bersih)

Serious ni aku main taram je, sebab yela kita tak tahu kan location sebenar dia cmne. So aku search kt AGODA, yang paling murah, dan alang2 tu tengok juga NEAREST ATTRACTION dengan hotel tu. So terjumpa hotel ni :




Okla, with the rate of about RM 25 semalam, memang jimat sangat lahhh. Selesa, dan dalam bilik pon ade toilet.

Hari berangkat - Hari pulang



Ada orang tu dia gigih study sebab by the time balik, esoknya dia exam. Rare kan study dalam flight. Nak cuba la lepas ni!


Sampai2 je airport, ada orang sambut. Alhamdulillah immigration dia tak scary seperti orang cakap2 kan.

Pastu kitorang pon naik le tuktuk ke hotel kami. Adala dalam setengah jam kot nak sampai. Dia dekat, tapi rasa cam lama. Mungkin sebab banyak gilaaa motor dan kereta.

Dah sampai tu kitorang lepak2 rehat2 dlu dekat hotel. Lepas tu abg ni bawak kitorang gi restoran Melayu, nama dia The Gulai. Ada ala carte dan buffet. Kitorang pilih buffet. Harga $ 6. Makan la sampai lebam.

Tengah makan2 ni jumpa la bebudak backpackers melayu yang lain and kitorang pon beborak macam dah lama kenal hahaha.




Lepas dah melantak, kitorang naik tuktuk pergi night market (pasar malam) dia. 



Bezanya pasar malam kita ngn dia ialah, dorang banyak gila jual baju2, makan macam ade satu section je. Tapi kat sini bagus, kalau nak makan, dia ada sediakan ruang khas, tapi semua kena duduk bersila la kat tempat tu. Huhu..

Hari first lagi dah shopping ye! Lepas dah penat shopping tu ktorang pon beransur pulang.


The next day, kitorang pon bersiap sedia naik TukTuk abg Hanafi. Sila sewa tuktuk utk sehari terus ye, $20 sehari. So tongtong la sesama korang.

Destinasi nya ialah ke tempat jauh2 sikit la, iaitu Killing Field dan Toul Sleng Museum..


By looking at this photo, more or less u dapat tahu la Cambodia ni camne. Jadi sila bawa mask dan spek hitam! Berdebu terukkk


Amazing, wayar elektrik yang berselirat. Sama cam di Vietnam.



Makcik steady.




So ini la Killing Field nya..


Macam biasa la first time datang, mesti semangat nak selfie bagai kan. Rupanya kitorang tak tahu sebenarnya belakang kitorang dalam bangunan tu ialah.....


Nampak tak? Kalau tak nampak kita close up kan lagi


Ye, dalam tu ada koleksi tengkorak. Ya Allah, seriously tak tahuuuu. Huhu.. Tengkorak siapakah itu? Itulah tengkorak pejuang2 Kemboja samada yang bersalah atau tidak bersalah dalam mempertahankan negara dia. Dari baby sampai ke orang tua.. Sedih...



Nampak tak lekuk2 dan lubang2 tu? Yang tu lah tempat mayat2 yang telah di seksa sampai mati dibuang.Dalam setiap lubang tu adelah memuatkan dalam beratus orang.


Lepas dah meniti sejarah satu per satu, kami pon ke Toul Sleng Museum.

Museum ni sebenarnya sekolah, tapi dijadikan pusat penyeksaan rakyat Kemboja masa tu. Dalam tahun 1970s jugak la.. 






Ini semua cell2, dan setiap cell hanya muat sorang je. Di sini dorang di soal siasat, di seksa dan macam2 la. Ramai juga yang mati di sini. So nak datang tempat ni baca2 la doa ye. Sebagai pendinding.

Jadi apa sebenarnya kisah yang terjadi?

Macamni. Adalah satu umat tu, nama dia Pol Pot. Dia ni benci la pada sistem kasta, tak suka la keadaan negara dia yang kaya terlalu kaya, miskin terlalu miskin. Jadi dia ni naik untuk memperjuangkan hak sama rata. Masa tu ramai la yang menyokong idea dia ni.

Cara nak dapatkan hak sama rata ialah dia hancurkan bandar phnom Penh, musnahkan bank, kedai2 dan macam2lah. Golongan bijak pandai, aristokrat, dan kaya2 dibunuh. Orang2 yang tinggal di bandar semua di paksa ke luar bandar untuk menjadi petani. Pada Pol Pot, dia nak jadikan negara tu berasaskan pertanian dan semua orang WAJIB bertani.

Siapa yang memberontak dibunuh, siapa yang disyaki berkomplot pon dibunuh, senang cerita semua yang hidup dalam ketakutan sebab tiba2 je ditangkap dan disoal siasat walaupun tak buat apa2.

So sepatutnya kitorang pergi Museum (sekolah) tu dulu, sebab tu pusat diseksa. Lepas dah diseksa tu baru dia hanta naik lorry ke Killing field untuk dibunuh. Memang sedih sangat ceritanya. Tapi pengaruh Pol Pot hanya bertahan 4 tahun je sebelum dia digulingkan.

Lepas dah pergi museum tu, perut dah lapar kami pon ke kedai restoran Melayu yg abg Hanafi bawak. So ini la antara menunya.





Kitorang order Nasi Goreng Seafood. SUMPAH SEDAP GILA.

Masa ni tak tahu yang kalau byar dalam USD memang rugi. Kat kedai ni pon boleh byar dalam duit Malaysia. Macam Nasi Goreng Seafood ni $2. 

Ada yang bayar dalam duit Malaysia. Kalau bayar dlm RM dia cam sakit sikit la sebab akak tu terus convert ikut cara dia en. so kena dalam RM8 so memang rugi. 

Jadi nasihat aku, sila dan sila tukar ke duit riel dulu.

Oh ye, air Teh O dia memang free.


Lepas tu kitorang pon berangkat ke masjid di Phnom Penh, masjid Bangkok (tak tahu ejaan dia ape) untuk solat. Cantik sangat!





Lepas dah solat, kitorang pon pergi Fishing Village. Yang ni perkampungan orang Islam di Kemboja. Memang sedih sangat tengok life dorang. Di atas bot itu dorang makan, solat, tidur..






Hari pon nak malam, kitorang pon singgah makan kt kedai abg Hanafi. Time ni dah tukar duit siap2 ke Riel so rasa cam oh murahnya makanan huhuhu..

The next day, kitorang decided untuk cycling pusing bandar Phnom penh untuk menjimatkan duit kan. hahaha. Sewa basikal satu hari $2 aje. Dia siap bagi kunci.


So jalan2 la pusing Royal palace, Silver Pagoda, National Museum, Independence Monument dan banyak lahh haha. Lagipun semua dekat2 je.



Kitorang pon singgah segala market yang ade. gambar atas ni ialah Russian market. kat sini barang2 elektronik murah gilosss. kalau nak buat bisnes handphone tiruan kat sini tempatnya!

Ok to cut short the story, kitorang balik malam tu sebab dah penat gila cam nak mati cycling satu hari. So kitorang decided untuk cuba urutan kat sana. Harga $4 utk 30 mins.




Okla urutan dia, memang tidur lena la aku balik tu hahahaha

The last day..


Time tengah makan breakfast kat lobby ternampak Sami ni, owner hotel ni akan bagi duit dan buka kasut pastu nanti sami2 tu baca2 la mantera ke doa2 diala kot. Macam Along kawasan pula minta duit hehehe.

Oh ye, cuma yela satu la nak ingatkan, kat sini xde iron, atau kettle. Tapi kalau dah lapar nak maggi boleh turun ke lobby dan minta air panas kat staff dia. Staff dia sangat friendly!



Try durian Kemboja. Sodap gilooo 



Last day tu kitorang pergi 'berjogging' sepanjang sisowath Quay. Hotel kitorang tu berdekatan ngn tasik, so best lah nak amik udara pagi2 tengok sunrise.



Last day ni, abg Hanafi bawa kitorang pergi semua market yang ade. Kengkawan aku ade la shopping kasut SOLOMON la ape benda tah semua. Pastu shopping souvenir kejap..



Sebelum tu good bye Okay guest house.

Pastu sebelum berangkat pulang, kitorang makan kat kedai ni, oh indahnya dunia, makan semua lauk ni termasuk nasi hanya $2 je sorang.. dan rasa dia memang superb. Even tengah menaip ni pon dah kecur air liur hahahaha




 Time nak bayar, bayar campur2 duit. bayar guna riel dan USD hahahaha. Time tengah makan tu, ade hospital depan kitorang. Kitorang tanye la abg Hanafi kenapa ramai sangat orang beratur. Rupanya sebab dia bagi free medical check up camtula.. 



 Okay I guess that's all kot pengalaman trip ke Kemboja. So moral of the story, bersyukur lah jadi rakyat Malaysia!

Kalau nak link hotel kitorang duduk ni boleh click kt bawah :


Kalau nak contact abg Zahri dan Hanafi, ni bisnes card dorang. cewahh



Dia ni adik ipar abg hanafi yang bawa tuktuk tu. Jadi boleh la contact dia. Peace yoo. Semoga post ini bermanfaat.



3 comments:

  1. Assalam nkh dapatkat contact abg hanafi or zahri tu?terima kasih

    ReplyDelete
  2. Blh dapatkan contact no abg hanafi atau zahri?tq

    ReplyDelete
  3. Salam, boleh dpt kan contact no hp abg hanafi atau zahri? X bleh tgk link tu.. thanks

    ReplyDelete