Wednesday 30 October 2013

1Malaysia ke?

Okay entri kali ni bukanlah berunsur politik, tapi lebih kurang luahan hati la ewah LOL.

Kadang2 aku pelik, kita ni Malaysia, katanya negara berbilang kaum, bangsa, agama dan so on. Tapi apa yang aku perasan, kita masih je mengamalkan diskriminasi sesama kita.


Sebagai contoh :

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH

KRITERIA :


BERKULIT PUTIH, GEBU

TINGGI 160cm KE ATAS
(.....)


Okay, terang2 nampak itu diskriminasi antara kaum Melayu sendiri. Nak yang putih je. Tapi orang Melayu ni Tuhan dan jadikan tak semua putih gobu, tapi kulitnya SAWO MATANG kerana kedudukan kita di KHATULISTIWA yang sedikit panas. Bukan semua orang kulitnya putih gebu.

-OR-

A : Weh, cantik ke pompan tu?
B : Entah, aku tengok takdelah cantik sangat pun. Hitam je..

Hitam? Kenapa dengan hitam? Hodoh sangat ke hitam tu? Tuhan jadikan setiap manusia ada kecantikan dia masing-masing. Jangan sedap mengutuk orang je. Haishh tak tahulah nak kata apa ngn orang2 camni.


contoh seterusnya :

Nak basuh baju kat mesin basuh pun menjadi masalah di asrama Universiti.

A : eei, tak nak aku basuh baju aku dalam mesin tu. Dah bercampur dengan orang India Cina. GELILAH.


*okay, mungkin yang tengah baca post ni pon cakap, haah betul la tu geli lah nak basuh baju kat mesin yang dah ada bekas2 dorang.


See, korang sendiri nampak korang tengah mendiskriminasi kaum-kaum lain.


contoh lain :

Seorang bekas graduan ingin memohon untuk bekerja dengan sebuah syarikat

BEKAS GRADUAN : Tauke, boleh tak kalau saya nak kerja part time di sini?

TAUKE : SORRY aaa, KAMI TALAK TELIMA OLANG MELAYU..

*Mungkin sbb kita Melayu ni nak keje pon yang glamour2 je, KFC, MCD, AEON (JUSCO).. tapi sudahnye aku tengok kt JUSCO skrg dah ramai INDONESIAN bekerja jadi CASHIER. bukan sebagai CLEANER YE. CASHIER. CASHIER.


contoh lain dan lain :

Dalam Universiti / College sendiri. Nampak bona diskriminasinya. Cuba lah kamu lihat. Pensyarah kamu yang chinese, kalau pelajar2 chinese CONFIRMMM A+ A+ A+.. Budak Melayu? Haa fikir sendirilahhh.. Tapi tak tahulah, mungkin kita Melayu sendiri yang malas entoh le xtaula den nak cakap ape..

lagi lagi :

Sambil berjalan bersama rakan-rakan.

ADUHAI GAGAK-GAGAK NI.. SEMAK LAH DORANG SEKUMPULAN BERJALAN DEPAN KITA. DAHLAH GELAP, PAKAI BAJU GELAP. MEMANG TAK NAMPAKLAH. NAMPAK GIGI JE


Hmm, fahamlah kan gagak tu siapa?

lagi lagi lagi??

A : Hali hali saya pigi kedai tolong emak saya lohhh.
B : Oh, awak dibayar ke tolong mak awak?
A : *terdiam dan terkebil2* OHH. saya talak paham la awak cakap apa.

Come on, although you're a chinese or an Indian, we are Malaysians kan? takkan lah nak cakap bahasa Melayu masih pelat lagi? Ada tu langsung tak faham bahasa Melayu. Pelikkan? Why not take the effort to speak in Malay fluently? Cakap in English boleh je fluently kalah orang putih gitu??

Haih. sedih aku tengok realitinya. Dengan contoh-contoh yang aku bagi tadi, aku nak share kan ngn korang, inilah realiti di MALAYSIA sebenarnya. Aku tak faham mana perginya nilai 1MALAYSIA kita tu. Sorry kalau ada yang terasa, but aku nak kita sedar bahawa contoh-contoh yang aku bagi tu SEPATUTNYA TIDAK BERLAKU DALAM NEGARA KITA. 

Memanglah, kita buat open house satu Malaysia semua. Bagus latu. Nampak la 1MALAYSIA nya.  Tapi ada segelintir, okay SEGELINTIR manusia yang tak menghormati pun kaum-kaum lain. dan yang SEGELINTIR ni lah yang banyak membuat tercetusnya perbalahan sesama kaum.

apa yang aku cakap itu semua betul dan terjadi di sekeliling aku di mana-mana aku pergi. Masa aku tinggal di UK, tak pernah pulak orang putih cakap orang-orang Somali tu as BLACKS ke botol kicap ke ejek2 dia benda tak elok. Serious, tak ada. Punyalah dorang menjaga hati mereka-mereka tu. Ni kita di Malaysia ni konon harmoni berbilang kaum pun tak bersatu hati. We don't need another May 1969 - If you get what I mean.

Sekian. 

15 comments:

  1. yup..agreed with you on this..segelintir rakyat malaysia nie kuat diskriminasi...hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. yup.. zaza pun setuju tu :D


    jawapan kpd soalan..utk join dan syarat penuh di sini

    http://www.duniashida.com/2013/10/reddelima-giveaway-part-2-by-dunia.html

    :)

    ReplyDelete
  3. seroiz indon jadi cashier kat jusco? syukur malaysia masih aman

    ReplyDelete
  4. hi Ms Purple,
    Saya dah bawa blog awak...terima kasih sebab komen kt blog saya, maaflah, kalau saya bagi nasihat sikit boleh.. saya tahu..saya pun baru dalam blogging world ni. Okay, awak punya layout cantik,, tapikan, kalau header awak tu, kalau melintang lagi cantik,, sebab sekarang awak punya header menegak kan? Lagi satu, kan kat setting ada untuk berapa banyak post yang kita nak kat blog kita pada satu-satu masa kan? So, memandangkan awak punya entry panjang, apa kata, awak kurang kan post awak dari 4 ke dua, mungkin, kan? so, orang nak baca senang, tak yah scroll banyak-banyak. Tapi itu hak awak kan, you know whats best for you. Tapi jangan lak mara sebab pendapat ni ye, thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terima kasih banyak2.. akan dibuat penambah baikan.. saya dah lama dh berblogging, cuma malas nk explore. hehehe.. tq ye :)

      Delete
  5. hye singgah. hm. tulah salu je bias. mana2 pergi pun sama je.
    geram jgk.. :) tapi xp. bumi luas rezeki banyak. so jgn give up ye

    ReplyDelete
  6. Pahit untuk diakui tapi itulah kenyataannya.

    ReplyDelete
  7. betol2.. stuju.. tapi x semua org mcm tu.. segolongan saja..
    anyway, datang singgah dan follow sini.. :)

    ReplyDelete
  8. part basuh baju tu sy pernah terfikir..tp lama2 basuh juga baju..erm..tp tu la mentaliti kita kan? erm....ntah la..susah nk ckp..apapun noce entry utyk kita berfikir sejenak..

    ReplyDelete
  9. hehehehe.. suka baca entri ni.. sambil baca sambil tersenyumm sebab ada jugak yang terkena kat teman.. terutama bab cuci baju xnk bercampur dgn baju org lain terutama cindia.. hee.. opss..

    Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. saya setuju . bangsa lain yg mesra dgn kita cuma yg jadi kawan kita . jiran cina saya , ok jer . tapi yg india ... faham2 jer la ... pening !

    ReplyDelete
  11. Assalam sayang.. :)

    Hanya di Malaysia, eh? hehe.. interesting! ;)

    Feel free to follow me back ya! http://apleasurelights.blogspot.com

    Thanks and salam ukhwah.. :)

    ReplyDelete
  12. Writing assignments is one of the most important tasks for students. If you are a student who is struggling with your academic performance, then you must hire an expert to write your papers. It will be beneficial for you to choose the best homework writing services that offer quality services at affordable prices.

    ReplyDelete