Baru-baru ni, kami didenda untuk mencari
maklumat tentang solat dhuha dan doanya kerana x datang kelas di surau.. (hehe)
Jangan ikut jejak langkah saya la ye! Bukan ape, time tu kemalasan di tahap
maximum, tu yang tak TERganjak dari bilik.. > maafkan saya < Tapi,
untuk menghalalkan attendance, ustazah bagila tugasan, iaitu untuk mencari
tentang solat dhuha. Alhamdulillah, saya dpat juga serba sedikit maklumat untuk
dikongsikan bersama..
SOLAT DHUHA
Waktu Solat Dhuha ialah dari naik
matahari sampai sepenggala dan berakhir di waktu matahari tergelincir, tetapi
disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain
iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat
dan lapan rakaat.
CARA
MELAKUKAN SOLAT DHUHA:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya:
“Sahaja aku
solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan
As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah
dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa :
“Ya Allah,
Sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.”
“Ya Allah,
jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika sedikit banyakkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”
Amin..
Amin..
MasyaAllah, besar sungguh kelebihan
solat Dhuha ini. Marilah kita memulakan solat dhuha, 2 rakaat pun dah memadai..
insyaALLAH.. :)
No comments:
Post a Comment