Monday, 2 February 2015

Japan : Tokyo Kawaguchiko


Assalamualaikum. 


Haaa pastinya ramai ternanti-nanti post aku ini.. Harap post ni dapat membantu korang planning trip korang dan maafkan sekiranya ada kekurangan. Ceritanya, aku sebenarnya ade masa sebulan lebih untuk pack barang sebelum pergi ke Jepun, tapi aku terlalu busy untuk prepare itinerary dan budget untuk ke Jepun ni. Walaupun hanya umur 21, tapi kini aku dah boleh merangka sendiri trip aku, tanpa panduan ibu bapaku. Terima kasih mama abah kerana memberi kepercayaan sepenuhnya to me. Sudahnya beberapa hari sebelum departure baru nak terhegeh-hegeh kemas baju. So, ceritanya, aku akan pergi Jepun ni dengan my travel mate, Mira, and a friend of hers, Shu. 


28/12/2014

Flight pukul 1440 pastu tetiba masa check in online tu, dekat print out tu tulis 1630. So takdela berapa rushing. Sampai je KLIA 2, tunggu Mira dan Shu, and kitorang pon bergegas untuk check in luggage, sebab dlm tiket kitorang amik 25 kg terus, yela, winter kan, baju sume tebal2, so takde maknanya nak backpacking. Acah-acah je tuu. Haha. Pastu tengok2 kat counter yang nak ke Jepun, panjangnya beratur yang amat! Nasib baik dah check in siap2 kat rumah so xdela risau sgt..

Nak tahu tak? Masa kitorang nak pergi Tokyo ni, tetiba dpt info pasal kapal terbang Air Asia QZ xdpt dikesan. Pehhh apa lagi memang berderau je darah masa nak naik plane. Tapi rationalise balikkan diri, cakap dalam hati "Ajal maut di tangan Allah, kalau bukan dalam plane, ko akan mati juga di tempat lain". Barulah rasa kurang sikit kerisauan tu..

So, lepas dah lalu kastam semua tu, gedebak gedebuk, tengok2 flight delayed pulakkk. Akhirnya departed at 1800. Sampai airport about kul 2330 cmtu.. Plannya nak tidur kat tempat ambil luggage tu, sebab Mira kata lepas dah keluar nnti xde tempat berkarpet untuk tidur. Kitorang pon lepak2 la kat situ sampai pukul 2 pagi macam tu, pegawai kastam masih tertunggu kitorang. Takde la halau ke apa en, macam kesian pulak, so kitorang pon decide untuk keluar je dari tempat immigration tu. And awas, dorang memang tak reti cakap om putih yoooo. Fully in Japanese, so kena faham thru their gestures la haha.

29/12/2014  TOKYO - KAWAGUCHIKO LAKE 


Dah keluar dari kastam tu, memang terus akan menuju ke arrival hall. Airport dia cam kecik je.. Situ la arrival, situ la domestic. From arrival hall boleh nmpk sign board train stn. Keikyu line. on your right, sederet dengan tourist information centre. Tp tutup  lagi so tunggu pukul 5 pg. In the mean time kitorang pon tidur la atas kerusi, and memang sejuk. wuuu, nasib baik ade winter coat, selubung satu badan.  Tapi tak boleh tidur, and tengok jam dah pkul 5.50 pagi. So siap2 then kul 6 beli  kat information centre (yang belah kanan tau, macam kedai tu). Kenape aku pergi sini? Sebab... aku nak beli TOKYO METRO DAY PASS for Tourists! hehe. 


Ini tiketnya. tapi bukan untuk guna hari tu ye! nak guna on the last day in Tokyo.


Nak beli tiket ni kena tunjuk passport. Yang bestnya tiket ni, sebab dia boleh cover hampir semua tempat2 menarik di Tokyo untuk sehari dgn harga 600 yen je! Berbaloi baloi! 

Tips : Mungkin orang tu akan promote juga 1 lagi tiket 800 yen, yang tambah pink line tp aku suggest (ini aku lah yang suggest) tak payah pon tak pe. Sebab dengan pass 600 yen tu pon boleh cover area yang utk pass 800 yen jugaa.

Lepas dah bahagia beli tiket ni, kitorang pon beli PASMO tiket kat mesin tiket. Menuju ke Shinjuku station. Memang ceritanya tak faham la bahasa Jepun tapi pegawai tu tolong. PASMO ni sama macam TOUCHNGO kita. Kenapa aku beli? Sebab nak melancarkan perjalanan. Yela, taknak la setiap kali nak masuk station kena beli tiket baru kan? So kita touch and go je haha. PASMO ni kena bayar deposit 500 yen untuk beli. Ala, masa nak beli utk pertama kali kat mesin tu, kita masukkan (topup) 3000 ye, so kira baki dalam kad 500 yen la. Jangan risau, contoh kita dah tak nak guna dah PASMO tu, kita boleh pulangkan kat mana2 station dia and cakap nak refund. so dapatla balik 500 yen tu. 



Then, kitorang TouchGo dekat gate auto tu, then terus naik lif ke tingkat 2. Pastu kitorang tunggu train.  Cuak jugak camne nak tahu train kita yang mana satu, sbb dengar cerita kalau salah naik, kang merepek mereban dia bawaknya. Okay, jangan risau, ade LCD board tu yang akan tunjuk next train menuju ke mana and pukul berapa sampai. Mereka sangat punctual so jangan risau. Di sebabkan aku nak ke  shinjuku kena ambil local train shinagawa. Kat train tu pon akan tulis dia tu menuju ke mana. Okay, mesti ada orang tanya kenapa ke Shinagawa? Kata nak pi Shinjuku? Sebab tak de direct train ke sana. So kena pitstop dulula.



Train arrives at 6.25 a.m. Boarded the train and then berhenti di shinagawa, cepat2 naik JR green line yamanote. Turun kt shinjuku. Kenapa nak kena turun ke Shinjuku? Sebab aku plan nak pergi KAWAGUCHIKO LAKE, untuk tengok Mount Fuji. Yela, Mount Fuji tutup sebab salji, so yang paling dekat ialah Kawaguchiko Lake ni la. 

Tokyo Haneda - Shinagawa - Shinjuku

type je kat google, nanti dia keluar macam ni : 



Harga the whole trip 610 yen. Tips aku, ikut je sebiji2 apa yg google cakap. Termasuk platform. In sha Allah tak sesat.

Setibanya di Shinjuku Station, cari south exit / west exit. Bag kitorang simpan dalam locker sebab tak kan nak mengangkut naik bus kan. Locker 500 yen untuk saiz besar. Dah ringan sikit beban, barulah misi memburu bus terminal pulak. haha..

Sejujurnya kitorang sesat jugak nak cari bus station dia. Kena keluar tnye org shinjuku Terminal bus ni katne. Mula2 cam nak nangis jugak sebab book tiket pukul 7.40 a.m depart ke sana, tapi dah sesat barat 7.55 am baru jumpa. Bayangkan bus station dia besar lah. rupanya macam bus stop biasa je, tapi banyak bus stop. Huhu. Kitorang beli tiket di keio office tu. Ingatkan dah tak valid tiket tu, tapi pegawai tu tengok tiket kitorang, pastu book yang baru. Nasib baik nak reserve tiket tu xde kena bayar pape, kalau tak melayang je duit. Lepas dah dapat tiket, and bayar 3500 yen (return), depat at 8.10 a.m Shinjuku - Kawaguchiko, and return at 13.10 from Kawaguchiko to Shinjuku. kitorang pon ikut je arahan dia nak kena beratur kat bus stop yang mana. Haha. Pukul  8.10 a.m naik bus. 


Office dia kenit je, berdekatan dengan bus stop tu
Untuk book ticket bus ke Kawaguchiko lake ni *even macam takde function pon book sebenarnya sebab boleh je beli kat office dia* boleh pergi ke website di bawah :




Aku cadangkan korang print out map dia supaya senang nak tanya2 orang hehe.  Dah naik bas tu, best la, sebab on the way nak ke sana boleh tengok extreme park dia yang ade roller coaster tinggi gilaaa tu kat Fuji Q station. Nak tercabut jantung mak tengok tinggi benau. Kitorang sampai pukul 10.05. 


So ini station dia. Comel kan??



Tengah berjalan-jalan menuju ke Kawaguchiko Lake. Ikut je sign dia. Dekat je dengan Kawaguchiko Station tu. 
So we walked to kawaguchiko lake. Dah sampai wohoooo

posing dulu, jauh kan perjalanan



At Kawaguchiko lake, a famous tourist attractions to have a view of the Mount Fuji! 

Memang honestly sangat sangat cantikla Lake Kawaguchiko. Cuma time tu cam cloudy so tak berapa nak nampak Mount Fuji. Lepas dah snap snap bergambar, perut pon dah lapar sangat, kitorang pon kembali ke Kawaguchiko Station. Waktu time tu pon dah pukul 12.30 p.m. Kat station tu, we had tempura udon at the cafe. At 13.10 returned to shinjuku. 

Sesampai je Shinjuku, kitorang plan nak pusing Shinjuku dulu, tengok bandar dia macamana. Very organised I must say! 



Belom apa2 lagi dah menyopping ye hahaha





Hari pon dah nak malam even baru pukul 3 ptg, tp yela nak kena cari Rumah Pelajar Malaysia lagi so kitorang pon decide nak balik. Sampai ke Shinjuku Station, perghhh nak kena cari balik coin locker bag tu kat mana satu halnya. Hahaha. Dari situ, kitorang belajar, bahawa setiap kali tinggalkan bag, make sure amik gambar setiap penjuru, setiap perjalanan supaya tak confuse yang mana satu tempatnya. Sebab station dia teramat lah besar!


Dah dapat bag, *phewww lega* kitorang pon jalan balik ke hostel. Shinjuku Station - Nishikoyama Station




Dari Nishikoyama station tu, untuk ke Rumah Pelajar Malaysia boleh tengok video kat youtube, sebab nak terangkan pon susah. Haha





So amacam? Adakah post aku ni menerangkan dengan detail? Please leave your comments kalau ade soalan and masih blur2 ye :)

*********************

Previous post : Budget trip ke Jepun
Next post : Tokyo DisneySea

********************

3 comments:

  1. macam mana naktempah rumah pelajar melayu

    ReplyDelete
  2. ok baru abis baca, syok, tgk video tu yg jln A tu jauh ke? straight je

    ReplyDelete
  3. Trip ni berapa hari? Bulan brp? Covered tokyo sahaja ke lawatan awk ni?

    ReplyDelete