Hai semuaaaa.. Hari ni nak share pasal New Zealand!
Haaa, seperti sume tau, New Zealand kn jiran kite je.. Tapi jiran punye jiran pun mahal jugak nak ke sana. Mungkin sebab mereka tu 'negara orang putih kan'. So high class la sikit. KOTLA KOTT. haha
Okay, New Zealand ni dia ada dua island, satu Northern Island and satu lagi Southern Island, so that senang nak refer kat mana yang kite tgh cakap.
AUCKLAND
Okay so from Malaysia, kami mendarat di Auckland airport, Auckland, yang terletak di Northern Island. Sejurus selepas itu, kitorang naik macam buggy tu utk ke hotel kitorang.. So we stayed in Marriot..
Auckland ni, kira cam negeri terbesar di NZ. and kat situ jugak antara negeri yang paling busyyy. Macam KL la jugak. Hihi..
OKAY itu lahh den..
Ni Auckland tower (Macam KL tower kite tu Haha)
Konon2 amik gambar papan tanda University ni berangan la masuk sini. puihh hahaha..
Kat Auckland bg sy macam x berapa best sbb macam KL la kan, busy sokmo, so xnk letak gmbr byk2.. Haha
Utk pengetahuan, dalam island ni kitorang sewa kereta untuk memudahkan pergerakan la kan..
So next stop is :
ROTORUA
HAA, nak tau x rotorua ni famous utk apa? Bau SULFUR yang sgt kuat! Sbb kat Rotorua ni terdapat Geyser, air panas, mudpool and stuff. So the stench is teribble though you still haven't reached to that place yet. Bau dia nak describe camne eh? Cam bau kentut kot. haha Serious!! bau telur gitu (-_-')
So kalau pegi sini, ameklah peluang pegi thermal parks dia utk tengok ciptaan Allah yang sangat hebat ni..
Kitorang pegi ke TE PUIA - Te Whakarewarewa Thermal Reserve untuk tengok ni semua. Just bare the smell okay? :3
Inilah geyser. SubhanaALLAH.. Kebetulan masa kitorang tgh berjalan mmg dia tengah memancut2.. So rasa la juga haba and wap2 dia tuu..mmg disediakan raincoat wane putih tu, yela just in case wap tu memancut2 so takut basah juga la kena air wap tuu..
Oh ye, kt tempat ni juga ada puak Maori dia, iaitu orang asli di sana. Kira cam kt Malaysia ni, Taman Negara cm kt Pahang tu la yang ada orang asli betul2 yang hidup di sana..
So nak cite sikit lah macamna kisah orang Maori ni.. As said earlier, diorang ni memang dah lama menetap di NZ. tapi dalam 17th century if not mistaken, orang2 putih discovered NZ. so dari situ lah ada drastic changes dalam culture orang2 Maori ni..
Haka dance, tarian tradisi dorang
Jangan terkejut tengok gambar ni, sebab ini memang tradisi mereka. Ni antara persembahan Haka dorang la en. sebab mengikut dorang, bagi mendapatkan pelindungan sebelun pergi berperang, kena buat 'War Hakas', dan tunjukkan muka2 garang supaya dapatlah perlindungan Tuhan mereka dan secara tak langsung menakutkan musuh-musuh mereka.
Haka dance dari jauh
Lepas dah puas tengok haka ni semua, kitorang pun menuju ke destinasi seterusnya..
10 minit dari ROTORUA ada AGRODOME, tempat yang kite boleh tour around farm dia untuk tengok haiwan2 macam kambing, dan seangkat dengannya..
Kitorang pusing2 farm tu naik benda alah tuu. hihi
Mama bg llama tu makan haha.. <3
And then, there was this place, (still in that agrodome thingy), kita boleh tengok kambing2 tu buat show. Lepas tu nnt ada orang tu dia tunjuk cara nak perah susu kambing.
ni haa show yg sy cakap tuu. huhu
Dekat Northern Island ni kitorang adelah berjalan ke tempat2 lain macam pegi shopping2 sikit ke.. Kat situ famous dengan karpet bulu kambing.. So kalau nak beli, belilah. Hihi. Tapi bagi sy, kalau pergi NZ semata2 utk pergi Auckland memang macam tak berapa nak berbaloi sbb kalau nak tengok bandar metropolitan, kita pun ada kan?? Hihi..
Ikuti sambungan di New Zealand Part II
No comments:
Post a Comment