Thursday, 5 May 2022

Photoshoot Raya X Maternity

May 05, 2022 0

 Assalamualaikum semua..

Saje je nak share dekat korang photoshoot raya. Since tengah pregnant, alang-alang tu kita buat maternity sekali la kannn. 

Lepas ni tak tahu bila lagi pregnant kan.. So kita cherish the moment sementara masih ada. Haaaa gitchew

Ok korang boleh layan dulu gambar-gambar ni. Boleh jadikan sebagai idea bila korang nak photoshoot nanti..



















Ada banyak lagi sebenarnya tapi kita post yg ni jela dulu. Haha

Selamat berphotoshoot! 

#photoshootmaternity

#photoshootraya

Tuesday, 5 April 2022

Ramadhan Staycation 2022 di Hotel Kuala Lumpur (Staycation + berbuka + sahur pakej)

April 05, 2022 2



Hi semuaaaa..

Sekarang ni dah banyak hotel buat promo best-best dan yg paling best ialah banyak hotel membuat promosi ramadan staycation kepada para pengunjung, di mana pengunjung boleh menginap di hotel and the best partttt,  korang juga boleh berbuka puasa buffet ramadhan dan bersahur dalam satu pakej staycation!

Okay I dah siap-siap list kan semua di bawah, so korang boleh je check it out tau!


Sekitar Kuala Lumpur

1. Pullman Kuala Lumpur 



2. MiCasa Hotel Kuala Lumpur

3. Premiera Hotel Kuala Lumpur


4. Novotel Kuala Lumpur


5. Eastin Hotel


6. The Pearl Kuala Lumpur


7. Sheraton Imperial Kuala Lumpur

8. Berjaya Times Square Hotel


9. Hotel Maya Kuala Lumpur


10. Royale Chulan Kuala Lumpur


11. The Gardens Hotel Residence Kuala Lumpur


Sekitar Selangor

1. Armada Petaling Jaya


2. Geno Hotel Subang Jaya



3. Avante Hotel Petaling Jaya


4. Sheraton Petaling Jaya


5. Best Western i-city Shah Alam


Sekitar Bangi / Putrajaya

1. Zenith Putrajaya


2. Park Inn Putrajaya



3. Tenera Bangi


4. Dorsett Putrajaya





Friday, 14 January 2022

Apa yg perlu buat bila mengandung

January 14, 2022 3





“Apa yg perlu buat bila mengandung”

Itulah apa yg I Google lepas dapat tahu I pregnant.. Haha

So ni I share step by step apa yg korang perlu buat tauu..

Jangan nervousss! Everything’s going to be okay.


1. Beli UPT test dekat Watson / Guardian 


Bila rasa mcm dah terlambat tarikh period, mcm korang rasa “Minggu ni patut aku period” tapi tak datang2, so boleh la korang beli UPT test kit dekat Watson / Guardian. 

UPT - Urine Pregnancy Test 

Range harga serendah RM 5 tapi ada terjumpa kt Shopee serendah RM 0.10??? Mak aih murah bethooollll haha


Link UPT murah : https://shp.ee/29m3d49


Anyway I ada try yg murah, ada try yg mahal. Dua2 bagi result positif hahaha.. Usually masa awal2 org tak boleh detect double line, tp I punya awal2 lagi dh boleh detect positive pregnant even guna yg murah. 


Tp orang kata jenama Clear Blue ni best sbb dia digital. Ok kita try beli.. Harga dalam RM 40 ++ kalau ambik yg digital. Function dia sama je, cara dia pun sama je, tp lebih cantik la kalau korang nak ambik gambar sebagai kenangan.. 


Haa gituuu buat surprise haha

2. Download apps Pregnancy +

Then, korang download apps yg berkaitan kehamilan. Ada banyakkkk tapi so far yg best is Pregnancy +


Haaa yg ni. Mmg bestttt! 


Sbb dia akan bagitahu perkembangan baby setiap minggu mcmana siap ada 3D Model lagiiii. 

Pastu dia akan kirakan sekali anggaran tarikh bersalin (Estimated Due Date) kita.. Utk tahu anggaran due date kita, apps biasanya akan minta “tarikh last period”. So korang kena tahu la tarikh last period korang berapa haribulan. 

Boleh download apps untuk period seperti CLUE or apa2 apps siap2 so that korang boleh keep track setiap kali period, catat dlm app. Gittewww hihi


Optional : Buat scan murah di mana-mana klinik yg tengah ada promo


Kebetulan sesrch punya search, ada yg paling murah RM 18 je!! Biasanya 2D scan ni paling murah dalam RM 40 kalau kt klinik. Lagipun ni sbb I buat saje2, excited kann, so murah2 pon takpe hahahaha

Link kalau korang nak book : https://www.sono-ultrasound.com/

Sbb tengok dia mcm selalu buat promo RM 18 tuuu. 

Jimat sgt




Tapi sebab terlalu kecil lagi, so nampak kantung je.. Tapi okla boleh membuktikan yg kita mmg betul2 pregnant bila nak buka buku pink nanti. 

3. Buka buku pink bila kandungan dah 8 minggu


Korang boleh pergi ke Klinik Kesihatan (KK) yg TERDEKAT dgn rumah korang.

I gigih laaa dtg buka buku pink awal walaupun kandungan belum 8 minggu lagi nampak tak excited hahaha 


Nasib nurse baik jeee, tp nurse buatkan appointment baru bila kandungan ngammm 8 minggu. So kita dtg je balik masa tarikh yg dia dh bagi tu 


So tepat tarikh yg diberikan tu, I dtg sekali lagi ke KK utk buka buku pink.


First kita kena isikan segala details kita kat muka depan buku pink ni seperti nama, alamat, detail suami, semua la haha


Kemudian kita akan dipanggil ikut nombor. Banyak benda rupanya nak kena buat bila buka buku pink ni.


1. First dia akan tanya kita utk check la history kesihatan kita. Ada penyakit tak? Keluarga ada sejarah penyakit apa2 tak? Pstu timbang berat dan ketinggian, blood pressure, semua laaa, pastu nurse pon isikan maklumat tu dalam buku pink.


2. Kita kena pergi ambik darah untuk check for HIV or apa2 jenis penyakit berkaitan darah


3. Lepas tu kena check air kencing pulak.. 


4. Dah settle baruuuu dpt jumpa Dr dan buat scan utk baby.. 


Alhamdulillah result semua cantikkk. 


Mungkin antara asbab amalkan set mengandung Shaklee. 

Kalau nak boleh whatsapp tau :

http://www.wasap.my/60177650745/naksetmengandung


Scan punya scan, Dr. macam terkejut, eh apa benda ni banyak2 ni, cyst ke.. Pastu dia panggil Dr satu lagi untuk double confirm, pastu Dr lagi sorang dtg dia tengok dan scan pastu dia cakap ni ada dua heartbeat ni. Eh kembar niiii!!


Pastu semua orang cm happyyyy, nurse doktor semua happy sebab jarang ada twin pregnancy kat klinik tu. wehhh pastu i pon nangis juga sebakkkk. 


Patutla bila check UPT terus dh positif masa first time check tu.. Mungkin kandungan HCG i memang tinggi sebab bawa twinssss. Allahu Akbarrrr.. Sedih, sebak semua adaaa…. Tak sangka… Sekali Allah bagi, dua terus … Allahu…


4. Redeem segala free gift yg ada untuk pregnant mommies


1. Free hospital bag

2. Shopee Mum’s club

3. Susu Anmum untuk Ibu mengandung

[Will update more from time to time]


Ok setakat itu sahaja sharing utk harini.. Not sure if membantu or not tp itula sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman sendiri.. 


Semoga dipermudahkan bagi semua mommies di luar sana.. Dan semoga yg belum dpt zuriat yg betul2 nak zuriat akan mendapat zuriat selepas ini… Allah pasti akan bagi at the right time.. Percayalah.. ❤️


Shopee Mum’s club